omniture

Reevoo dan J.D. Power Gabung Kekuatan Teraju Bidang Pandangan Pengguna Automotif di AS

Reevoo
2019-05-18 01:14 219

LONDON, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Dalam sektor automotif, Reevoo, peneraju global bagi teknologi ulasan bersumberkan pelanggan dan J.D. Power, peneraju global bagi analitik data dan kecerdasan pengguna, hari ini mengumumkan satu perikatan eksklusif. Gabungan ini akan mewujudkan J.D. Power Verified Reviews (Ulasan Disahkan J.D. Power), cara yang tiada tandingan untuk semua pengeluar automotif mendengar dan memaparkan pandangan pelanggan dalam pasaran A.S.

 

Reevoo staff at J.D. Power headquarters (left to right): Marco Franca, VP – Americas; Lisa Ashworth, CEO; Asitha Rodrigo, CTO
Reevoo staff at J.D. Power headquarters (left to right): Marco Franca, VP – Americas; Lisa Ashworth, CEO; Asitha Rodrigo, CTO

 

Penilaian pelanggan terhadap jenama, kenderaan dan pengedaran akan dikumpul melalui platform-platform digital, menyediakan kandungan untuk penerbitan dalam talian oleh pengeluar-pengeluar automotif.  

"Kami amat teruja dengan prospek untuk bekerjasama rapat dengan J.D. Power dalam pasaran AS, menerusi sejarahnya selama 51 tahun menjadi suara untuk pelanggan," kata Lisa Ashworth, Ketua Pegawai Eksekutif di Reevoo. "Kami bersama-sama akan berupaya menawarkan syarikat-syarikat automotif dengan sumber data dan instrumen yang tiada tandingan bagi membantu mereka berkembang dan membangunkan perniagaan mereka. Dalam masa yang sama, pembeli kereta Amerika akan mendapat laluan yang terbukti dan boleh dipercayai bagi memperoleh pandangan pengguna dan berkongsi pandangan mereka."

Reevoo ialah pembekal utama bagi perkhidmatan yang mendayakan ulasan bersumberkan pelanggan untuk jenama, produk dan perkhidmatan. J.D. Power Verified Reviews akan menyediakan pandangan tentang bagaimana pelanggan AS memperkatakan tentang jenama-jenama dan pengalaman mereka dengan kenderaan, jualan dan perkhidmatan. Menerusi pandangan ini, pengeluar-pengeluar dapat menemui aspek-aspek yang boleh ditambah baik, mengenal pasti cara untuk menarik dan mengekalkan pembeli kereta selain menyediakan pengguna dengan sumber yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan pembelian.

"Menerusi falsafah yang kami kongsikan bahawa pelanggan merupakan tumpuan bagi setiap perniagaan, terdapatnya sinergi yang semula jadi antara J.D. Power dan Reevoo," kata Chris Sutton, Naib Presiden, Amalan Peruncitan Automotif AS di J.D. Power. "Minat dan usaha kami untuk mengukur maklum balas pelanggan diperkukuh menerusi kerjasama ini dan menyediakan jenama-jenama dengan satu lagi saluran untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh pelanggan mereka."

Reevoo ialah penyelesaian teknologi pemasaran (martech) yang menyediakan ulasan yang disahkan untuk produk serta perkhidmatan kepada pelbagai syarikat global. Dengan asas kukuh yang dibina untuk mengumpul dan menerbitkan ulasan daripada pembeli-pembeli yang disahkan sahaja, Reevoo melanjutkan kepercayaan dan integritinya kepada syarikat-syarikat merentas lebih 60 negara dalam 30 bahasa. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.reevoo.com.

J.D. Power ialah peneraju global bagi pandangan pengguna, khidmat nasihat serta data dan analitik. Keupayaan ini membolehkan J.D. Power untuk membantu pelanggannya mendorong kepuasan pelanggan, pertumbuhan dan keuntungan. Ditubuhkan pada tahun 1968, J.D. Power mempunyai pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Asia Pasifik dan Eropah.

 

 

generated by system

Maklumat Perhubungan Media: 
Garth Garland; Reevoo; London, UK; +44-20-3195-7669; garth.garland@reevoo.com   
Geno Effler, J.D. Power; Costa Mesa, California, AS; +1-714-621-6224; media.relations@jdpa.com

 

 

Source: Reevoo
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Contracts Corporate Expansion Joint ventures Data Analytics