omniture

Projek-projek IC Hangzhou tarik RMB 163 juta pelaburan pada Suku Pertama, meningkat 24.1 peratus berbanding tahun sebelumnya

Hangzhou Investment Promotion Bureau
2019-05-18 04:32 470

HANGZHOU, China, 18 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Projek-projek litar bersepadu (IC) Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang di timur China, telah menarik 163 juta yuan pelaburan pada suku pertama tahun ini, meningkat 24.1 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Biro Promosi Pelaburan Hangzhou.

Sektor IC menjadi tonggak bagi industri maklumat elektronik Hangzhou, yang memperoleh pendapatan sebanyak 19.1 bilion yuan pada tahun 2018.

Sebagai salah satu hab reka bentuk IC China, Hangzhou menempatkan 122 perusahaan IC termasuk banyak peneraju pasaran.

Sebagai contoh, Hangzhou C-SKY Microsystems Co., Ltd., satu-satunya penyedia CPU terbenam 32-bit tempatan China, memulakan perniagaannya di Hangzhou pada tahun 2001 dan produk-produknya menerima pencapaian perwakilan untuk projek kebangsaan berkaitan peranti elektronik, cip dan produk perisian asas.

Bandar ini telah menghimpunkan perusahaan reka bentuk IC seperti Hangzhou Silan Microelectronics, pengeluar peranti bersepadu (IDM) yang terkemuka di China, Sage Microelectronics yang mana siri Bridge miliknya tersenarai di tempat ketiga seluruh dunia dari segi penghantaran dan Hangzhou ZhongKe Microelectronics yang mana cip daripadanya menyediakan sokongan untuk Sistem Satelit Navigasi Beidou.

Sementara itu, Hangzhou menjadi semakin menarik untuk bakat-bakat saintifik dan teknologi. Data menunjukkan bahawa kadar aliran masuk bersih bandar tersebut untuk bakat sedemikian pada tahun 2018 mencecah 12.6 peratus, lebih tinggi berbanding 2.07 peratus di Shanghai dan 0.24 peratus di Beijing.

Pencapaian ini boleh dikaitkan dengan langkah-langkah yang diterima pakai oleh bandar ini untuk menggalakkan persekitaran yang inovatif dan mesra untuk pertumbuhan industri IC.

Pada Januari 2018, Hangzhou mengumumkan penubuhan Bandar Pembuatan Pintar Mikro-Nano Tasik Qingshan yang menumpu pada sensor pintar dan reka bentuk cip, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengujian dan pempakejan serta penyepaduan aplikasi sensor pintar. Bandar ini telah menarik pelaburan sebanyak 7.92 bilion yuan dalam 26 projek mikro-nano setakat hari ini.

Untuk memainkan sepenuhnya peranan industri IC dalam ekonomi maklumat, Hangzhou memperkenalkan dasar-dasar khas pada Julai 2018 untuk mempromosikan projek-projek berkaitan dan mengaturkan dana khas untuk perusahaan IC.

Industri IC Hangzhou meliputi reka bentuk, pembuatan, pempakejan dan ujian, bahan, peranti serta segmen lain dalam seluruh rantaian perindustrian. Ia menduduki kedudukan teratas bagi bandar-bandar China dari segi reka bentuk untuk CPU terbenam, IC mikrogelombang dan gelombang milimeter, audio serta video digital, kata seorang pegawai daripada Biro Promosi Pelaburan Hangzhou, seraya menambah bahawa biro ini akan terus menggalakkan pembangunan industri IC dengan kerjasama institusi-institusi dan perusahaan-perusahaan berkaitan.

 

Source: Hangzhou Investment Promotion Bureau
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Survey, Polls & Research