omniture

CGPV Forest City Sambut Ulang Tahun Ketiga, Siap Sedia untuk Lebih Ramai Penduduk Antarabangsa

Forest City
2019-05-20 11:30 463

JOHOR BAHRU, Malaysia, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV) Forest City bersiap sedia untuk mengalu-alukan lebih ramai penduduk antarabangsa sewaktu ia menyambut ulang tahun ketiganya. Menerima Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada kerajaan Malaysia pada Lewat April, syarikat ini telah memulakan penyerahan dua pangsapuri berservis yang merupakan projek rintis yang dibina menggunakan teknologi IBS (Sistem Binaan Berindustri) dan komponen-komponen dibekalkan oleh kilang IBS dalamannya.

Forest City Marina Hotel
Forest City Marina Hotel

 

Di dalam kilang IBS
Di dalam kilang IBS

"Menggunakan teknologi IBS dapat membantu kami membina komuniti untuk penduduk Forest City dengan cara yang lebih mesra alam dan cekap. Kilang IBS kami, baru-baru ini diberi penghormatan sebagai kemudahan pembinaan pasang siap automatik sepenuhnya yang terbesar di Malaysia, telah membantu kami membina sembilan blok pangsapuri di bandar ini setakat ini dan akan menyumbang lebih banyak lagi kepada pembinaan dan pembangunan masa depan," kata Ng Zhu Hann, Pengarah Strategi CGPV. 

Direka menurut konsep penghijauan vertikal, muka depan bangunan di bandar ini dilitupi oleh tumbuh-tumbuhan bagi mewujudkan persekitaran seakan-akan hutan termasuk Forest City Phoenix International Marina Hotel yang telah sibuk dengan pelanggan-pelanggan antarabangsa yang bersedia menerima kunci hartanah baharu mereka dan menjadi penduduk Forest City.

"Banyak kemudahan sudahpun siap untuk komuniti ini. Ia mengejutkan saya apabila mereka berjaya membangunkan seluruh komuniti yang asalnya tiada apa-apa dalam tempoh tiga tahun. Saya menjangkakan lebih banyak pembangunan dijalankan di bandar ini sepanjang beberapa tahun akan datang," kata Yanlan Xu dari China, yang bersiap sedia untuk menghiasi pangsapuri yang baru dibelinya.

Tahun lalu, seramai 230,000 pengunjung telah tertarik dengan jalan-jalan komersial Forest City bersebelahan dengan hotel, menerusi persembahan berwarna warni restoran dengan rasa berbeza, kedai bebas cukai, kedai jenama mewah dan banyak lagi. Secoo, platform produk dan perkhidmatan mewah dalam talian yang bersepadu dan terbesar di Asia membuka kedai Asia Tenggara utama pertamanya di sini. Mengulas tentang keputusan untuk menubuhkan kedai di Forest City, Xiaoqian Ding, Pengurus Kedai Secoo berkata, "Kami optimis dengan pembangunan masa depan Forest City. Ia merupakan kompleks perindustrian dan bandar yang besar dan lestari. Menerusi pengenalan berterusan kepada industri dan perdagangan, kami percaya lebih ramai orang akan menetap dan bekerja di sini."

Shattuck St Mary's School, dibuka pada Ogos lalu, turut menambah daya hidup kepada komuniti ini. Dr. Gregg Maloberti, Guru Besar Sekolah, berkata bahawa kawasan kampus telah direka khusus dengan memikirkan tentang peluasan bandar pada masa depan dan bersedia untuk menerima 1000 orang pelajar. Dengan lebih ramai penduduk yang berpindah masuk, Sekolah ini merancang untuk menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PTA) bagi menggalakkan ibu bapa untuk terlibat dalam operasi harian Sekolah, seraya mewujudkan hubungan antara kampus dan komuniti yang mendapat khidmatnya.

"Forest City ialah projek dengan anggaran tempoh pembinaan selama 25-30 tahun. Dengan bilangan rumah dan pangsapuri yang lebih banyak diperuntukkan kepada penduduk mendatang, pasukan pengurusan hartanah Forest City akan menganjurkan lebih banyak acara komuniti bagi mengukuhkan hubungan kami bersama penduduk dan sesama penduduk bagi menjadikan Forest City sebagai sebuah komuniti terhubung dan kediaman antarabangsa," kata Ng. 

Latar Belakang Forest City

Dibangunkan oleh Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), Forest City Terletak dalam zon ekonomi khas (SEZ) Iskandar yang berada di kawasan paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Singapura serta ditubuhkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2006 dan menerima pelaburan daripada kerajaan Singapura dan juga Malaysia.

Meliputi keluasan kira-kira 30 Km persegi, Forest City, terdiri daripada 4 pulau buatan manusia (kira-kira 20 km persegi), pusat peranginan golf dan taman perindustrian IBS (10 km persegi), dengan tempoh pembinaan selama 25-30 tahun, bandar ini dinamakan oleh Forbes sebagai salah sebuah daripada "lima bandar baharu yang bakal menggoncang masa depan."

Untuk menyemak tahap kemajuan tapak Forest City, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Forest City, sila kunjungi:

Laman Sesawang: http://www.forestcitycgpv.com
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/forest-city-country-garden-pacificview    
Facebook: https://www.facebook.com/ForestCityCGPV/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190517/2469457-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190517/2469457-1-b

Source: Forest City
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate