omniture

Nyalakan! Saatnya tiba untuk bercahaya sempena Vivid Sydney 2019

Destination NSW
2019-05-27 16:11 542

SYDNEY, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Sydney akan bermandikan cahaya warna dan kesan khas yang menakjubkan sepanjang 23 malam, dengan lampu-lampu dipasang secara rasminya untuk Vivid Sydney pada malam ini oleh Premier Gladys Berejiklian.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: 
https://www.prnasia.com/mnr/shine-for-vivid-sydney-2019.shtml

 
Balet Austral Flora, Sydney Opera House
Balet Austral Flora, Sydney Opera House

Balerina
Balerina

Acara terbesar limpahan cahaya, muzik dan idea di Hemisfera Selatan ini, akan mengubah kota tersebut menjadi pameran pencahayaan berwarna warni, bunyi-bunyian sensasi dan pemikiran kreatif mulai 24 Mei hingga 15 Jun 2019.

Menurut Cik Berejiklian Vivid Sydney ialah tarikan utama dalam kalendar acara NSW, meningkatkan bilangan pelancong ke Sydney dan Negeri ini.

"Vivid Sydney adalah acara yang luar biasa pentingnya yang menarik berjuta-juta pelancong ke bandar raya ini pada bulan Mei dan Jun setiap tahun, yang kebanyakannya juga meneruskan perjalanan untuk menjelajah wilayah NSW," kata Cik Berejiklian.

Acara yang terbesar di Australia itu menyemarakkan Sydney, dengan menggalakkan penduduk tempatan dan pengunjung untuk menikmati makanan tempatan yang lazat, mengunjungi tempat-tempat tarikan serta berpeluang membeli belah semasa musim sejuk.

Menurut Menteri Pelancongan Stuart Ayres, acara Vivid Sydney telah memberi kesan yang penting untuk ekonomi tempatan dan peluang pekerjaan.

"Vivid Sydney adalah lebih daripada sekadar festival cahaya, muzik dan idea yang memukau. Pada tahun lalu, Vivid Sydney  menerima 2.25 juta pengunjung disepanjang acara yang berlangsung selama 23 hari, kami menyaksikan 185,887 pakej perjalanan yang mencatat rekod dijual kepada pengunjung domestik dan antarabangsa, merupakan satu peningkatan 37 peratus pada tahun 2017," kata En. Ayres.

Semua mata tertumpu pada Panggung Opera Sydney yang terkenal di dunia pada jam 6 petang hari ini yang menandakan permulaan festival Lighting of the Sails, dicipta oleh artis yang berpangkalan di LA, Andrew Thomas Huang serta menampilkan penghormatan yang memukau terhadap tumbuh-tumbuhan natif Australia.

Projeksi Huang akan menjadi antara lebih 50 pemasangan cahaya dan projeksi yang dicipta oleh lebih 100 artis dan kolaborator dari 17 negara. Ini akan dapat dilihat merentas lapan kawasan Sydney termasuk Barangaroo, Chatswood, Circular Quay, The Rocks, Pelabuhan Darling, Taman Luna, Taman Botani Diraja Sydney dan Zoo Taronga.

Kandungan video dan imej program Vivid Sydney 2019 disediakan di: www.vividsydney.com/mediacentre 

Pertanyaan Media:

Florence Rocca, Destination NSW
florence.rocca@dnsw.com.au / +61-428-555-080

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201905/vividsydney/video.mp4 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2476040-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2476040-1-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Travel