omniture

Sercomm dan Altiostar Pacu Inovasi Sel Kecil dan vRAN Terbuka

Platform Sel Kecil FSM™ Qualcomm® dengan Perisian vRAN Digunakan Secara Langsung dalam Percubaan Pengguna Lapangan Rangkaian Rakuten
Sercomm Corporation
2019-05-27 19:00 174

TAIPEI, Taiwan, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Sercomm (TWSE: 5388), pengeluar dan pembekal terkemuka bagi peralatan telekomunikasi, dan Altiostar, perintis bagi teknologi RAN (vRAN terbuka) maya terbuka, hari ini bersama-sama mengumumkan penggunaan sel kecil maya pertama dunia yang menggabungkan faedah-faedah reka bentuk perkakasan dioptimumkan Sercomm dengan vRAN (rangkaian akses radio maya) Altiostar dan memanfaatkan cekap kuasa dan beraneka ciri Platform Sel Kecil FSM Qualcomm. Sel kecil maya telah digunakan dalam ujian-ujian rangkaian natif-awan hujung-ke-hujung, maya sepenuhnya Rakuten di pinggir bandar Tokyo, yang mula dilancarkan pada Februari 2019. 

Penyelesaian vRAN (Rangkaian Akses Radio Maya) Terbuka menyediakan fabrik perisian umum untuk sel-sel makro dan kecil serta akan membantu menyediakan pengendali telekomunikasi dengan kebolehan untuk menambah kecerdasan, pengurusan gangguan, dwisambungan antara 4G dan 5G, peruntukan auto untuk sel-sel kecil dan pantas menyesuaikan perisian untuk perkhidmatan berbeza dengan CAPEX (perbelanjaan modal) minimum. vRAN mengubah seni bina RAN tradisional dengan memayakan dan menyatukan kawalan fungsi-fungsi tanpa wayar bagi mengoptimumkan prestasi dan juga kos. Bagi menyediakan rangkaian tanpa wayar yang tangkas, stabil dan boleh diskala, pengendali akan perlu memaksimumkan kecekapan rangkaian mereka dan menurunkan CAPEX dan OPEX (perbelanjaan operasi). Dengan menggunakan Platform Sel Kecil FSM Qualcomm, unit teragih (DU) Sercomm dan unit terpusat (CU) bertumpu perisian maya yang inovatif daripada Altiostar, gabungan penyelesaian ini direka untuk menawarkan pengendali dengan kebolehan untuk mencapai kesalingfungsian, kebolehskalaan dan kebolehsuaian antara persekitaran 4G dan 5G.

Dengan memisahkan DU dan CU, sel kecil maya menawarkan penyelesaian disruptif untuk rangkaian mudah alih. Melalui keupayaan pengkomputeran CU berkuasanya, sel kecil maya, dengan pemprosesan bersama serta keupayaan perkongsian radio yang koperatif, boleh dipasang dan dikendalikan secara dinamik mengikut keperluan rangkaian. Direka oleh Sercomm, DU sel kecil maya didatangkan dengan faktor bentuk kompak (27.5cm x 20cm) dan penggunaan kuasa yang rendah. Dikuasakan oleh FSM9016, sel kecil ini direka untuk memberikan pengalaman jalur lebar mudah alih yang tangkas dan berkelajuan tinggi dengan kependaman rendah. Sel kecil maya direka untuk membolehkan platform natif awan hujung-ke-hujung sebenar yang bukan sahaja sangat meningkatkan keandalan, tetapi turut memudahkan rangkaian heterogen.

Menggabungkan faedah-faedah seni bina rangkaian generasi seterusnya dan sel kecil maya, ia bersama-sama direka untuk menangani keperluan industri telekomunikasi dengan menyediakan ciri mudah dipasang, prestasi tinggi, kefleksibelan yang boleh diperluas dan pemindahan lancar kepada rangkaian 5G. Penggunaan sel kecil yang fleksibel menawarkan penjimatan kos dan masa untuk dipasarkan yang pantas, seraya memberikan Kualiti Pengalaman (QoE) pelanggan yang unggul. Dengan mengguna pakai seni bina vRAN untuk melancarkan rangkaian secara komersial pada Oktober 2019, Rakuten bersedia menjadi pengendali mudah alih pertama di dunia yang menawarkan rangkaian natif awan hujung-ke-hujung maya sepenuhnya yang sebenar yang menggabungkan sel-sel makro dan kecil 4G serta 5G.

"Sercomm menumpukan sumber-sumber penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting bagi membangunkan penyelesaian inovatif untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi generasi seterusnya," kata Ben Lin, Ketua Pegawai Teknologi Sercomm. "Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin industri seperti Rakuten, Qualcomm dan Altiostar. Kami bersama-sama tidak sabar-sabar untuk meneruskan inovasi teknologi dan menyediakan laluan berevolusi ke arah rangkaian masa depan."

"Seni bina maya terbuka yang inovatif daripada Altiostar menyediakan pengendali tanpa wayar dengan kebolehan untuk memodenkan pelaburan rangkaian melalui penggunaan penyelesaian yang dapat menangani keperluan hari ini dengan realiti infrastruktur 5G masa depan," kata Thierry Maupile, Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Pengurusan Produk Altiostar. "Seni bina terbuka yang inovatif ini menyediakan pengendali dengan kapasiti yang lebih besar pada jumlah kos pemilikan yang lebih rendah, mendayakan model perniagaan baharu, penciptaan perkhidmatan yang lebih pantas dan memberikan mereka model perolehan baharu untuk rangkaian mereka."

"Dengan sokongan daripada rakan-rakan kongsi teknologi yang utama dalam industri seperti Sercomm, Qualcomm dan Altiostar, Rakuten menggunakan sel kecil maya sepenuhnya yang pertama di dunia sebagai percubaan untuk rangkaian mudah alih baharu kami," kata Tareq Amin, Ketua Pegawai Teknologi Rakuten Mobile, Inc. "Dengan ketangkasan yang lebih baik dan perkhidmatan yang lebih pelbagai, pengguna kami akan mendapat manfaat daripada rangkaian maya yang disruptif ini serta peralihan industri tanpa perlu bergantung pada perkakasan khusus dan infrastruktur legasi."

"Sel kecil merupakan blok binaan yang amat penting untuk penggunaan rangkaian selular termaju yang mencakupi 4G dan 5G," kata Puneet Sethi, pengarah kanan, pengurusan produk, Qualcomm Atheros, Inc. "Seni bina fleksibel Rakuten, yang memanfaatkan sel kecil yang menggabungkan Platform Sel Kecil FSM Qualcomm untuk teknologi 4G dan 5G, membolehkan mereka menyediakan pelanggan dengan pengalaman termaju pada masa kini dengan laluan fleksibel untuk berkembang pesat demi generasi-generasi masa depan. Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan Altiostar, Sercomm dan Rakuten untuk usaha ini, memanfaatkan platform FSM binaan khas kami bagi memberikan prestasi tangkas berserta kefleksibelan dan kesederhanaan penggunaan."

Latar Belakang Sercomm Corporation

Sercomm Corporation (TWSE: 5388) ialah pengeluar utama dunia bagi peralatan telekomunikasi dan jalur lebar. Ditubuhkan pada tahun 1992, Sercomm memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan penyelesaian terbenam, demi menjadikan perangkaian mudah dan mampu milik. Menerusi keupayaan kejuruteraannya yang bersepadu sepenuhnya dan kemudahan pengeluaran yang canggih, Sercomm menawarkan penyelesaian jalur lebar telekomunikasi yang komprehensif seperti sel kecil, get laluan kediaman/perusahaan dan produk IoT, dan kini merupakan peneraju global dalam industri. Beribu pejabat di Taipei, Taiwan, jaringan operasi global Sercomm merangkumi pasaran di Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Kumpulan pelanggannya termasuk penyedia perkhidmatan, OEM perangkaian dan penyepadu sistem yang terkemuka di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sercomm.com.

Latar Belakang Altiostar 

Altiostar menyediakan penyelesaian perisian RAN maya sedia-5G yang menyokong antara muka terbuka dan memisahkan perkakasan daripada perisian untuk membina rangkaian berskala web berbilang vendor yang terbuka. Penyelesaian ini menyokong sel makro dan kecil, dalaman dan luaran, mendayakan pengurusan gangguan, pengagregatan pembawa dan dwipenerimaan bagi mempertingkat kecekapan rangkaian serta meningkatkan Kualiti Pengalaman untuk pengguna sambil menyediakan kelajuan jalur lebar. Pengendali boleh menambah kecerdasan, menyesuaikan perisian dengan pantas untuk perkhidmatan berbeza dan mengautomasikan operasi untuk meluaskan rangkaian dengan pesat.
Untuk maklumat lanjut kunjungi http://www.altiostar.com atau ikuti di Twitter @altiostar.

Latar Belakang Rakuten

Rakuten, Inc. (TSE: 4755) ialah peneraju global bagi perkhidmatan internet yang memperkasa individu, komuniti, perniagaan dan juga masyarakat. Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1997 sebagai pasaran dalam talian, Rakuten telahpun berkembang untuk menawarkan perkhidmatan dalam segmen e-dagang, teknologi kewangan, kandungan digital dan komunikasi kepada lebih 1.2 bilion ahli di serata dunia. Rakuten Group mempunyai lebih 17,000 kakitangan dan beroperasi di 30 negara dan wilayah. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://global.rakuten.com/corp/.

Qualcomm dan FSM ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Qualcomm FSM ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.

Source: Sercomm Corporation
Related Stocks:
Taiwan:5388
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Joint ventures New products/services