omniture

Benih dan anak benih baru dibangunkan diperkenal di Ekspo Asia Agri-Tech 2019

UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
2019-05-28 11:47 129

TAIPEI, Taiwan, 28 Mei 2019 /PRNewswire/ -- "Taiwan Seed Varieties" akan kembali ke Ekspo & Forum Asia Agri-Tech 2019 dan mempamerkan benih dan anak benih yang baru dibangunkan. Dengan tema 'inovatif, mesra alam dan mampan,' produk yang dipamerkan mempunyai ciri-ciri rintang- dan tahan-  haba, penyakit, lembap, dan kemarau. Pameran perdagangan diadakan di Pusat Pameran Taipei Nangang, Dewan 1 dari 31 Oktober hingga 2 November.

"Varieti Benih Taiwan" akan mempamerkan benih dan anak benih yang baru dibangunkan.
"Varieti Benih Taiwan" akan mempamerkan benih dan anak benih yang baru dibangunkan.

 

Ekspo Asia Agri-Tech 2019 akan melancarkan program pemadanan di tapak pameran.
Ekspo Asia Agri-Tech 2019 akan melancarkan program pemadanan di tapak pameran.

 

Ekspo Asia Agri-Tech menawarkan penggiat utama pertanian sebuah platform profesional untuk rangkaian dan pembelian.
Ekspo Asia Agri-Tech menawarkan penggiat utama pertanian sebuah platform profesional untuk rangkaian dan pembelian.

Disokong oleh Agensi Pertanian dan Makanan, Majlis Pertanian (COA) dalam tiga edisi berturut-turut, Ekspo Asia Agri-Tech 2019 bertujuan untuk mempercepatkan perniagaan benih di rantau Asia Pasifik yang menyediakan penyelesaian yang mampan untuk persekitaran, krisis makanan dan keselamatan makanan.

Asia and Pacific Seed Association (APSA), sebuah organisasi bukan keuntungan industri benih terkemuka dan World Vegetable Center (WVC), institut penyelidikan pertanian antarabangsa berkewibawaan tinggi secara kolektif bekerjasama dengan penganjur pameran perdagangan dan akan membuat pembentangan di tapak pameran.

WVC akan membentangkan pencapaiannya yang terkini dalam "Varieti Benih Taiwan," sementara APSA akan berkongsi trend benih terkini dan maklumat pasaran Asia Pasifik. Ia bukan sahaja menjadi pencapaian penting bagi pameran ini, tetapi juga hubungan yang bermanfaat kepada pemegang kepentingan pertanian, kata Sabine Liu, Pengurus Besar penganjur pameran.

Benih sayuran dan buah-buahan yang dipamerkan di Ekspo Agri-Tech 2019 termasuk brokoli, bunga kubis, timun, labu, kacang hijau, tembikai, tomato, tembikai, betik, dan lain-lain. Tambahan pula, anak benih bunga akan merangkumi kategori rumput, herba, tumbuhan litup dan banyak lagi.

Kedua-dua program pemadanan dalam talian dan luar talian untuk perniagaan benih akan dilancarkan di pameran ini. Program Insentif Pembeli telah diumumkan di laman sesawang acara. Ekspo & Forum Agri-Tech Asia 2019 dijangka merekrut lebih daripada 350 peserta pameran dan menarik kira-kira 22,000 pengunjung.

Latar Belakang Informa Markets

Ekspo & Forum Asia Agri-Tech dianjurkan oleh Informa Markets, sebuah divisyen Informa plc. Informa Markets mewujudkan platform untuk industri dan pasaran pakar untuk berdagang, berinovasi dan berkembang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.informamarkets.com.

Siaran berita, sila hubungi

Cik Joy Chou 

 

Untuk pertanyaan pempamer, sila hubungi

Cik Sophia Lu 

 

Untuk pertanyaan pengunjung, sila hubungi

En. Liang Lin 

Informa Markets

TEL: +886-2-2738-3898

FAKS: +886-2-2738-4886

Emel: aat-tw@ubm.com 

Laman sesawang: www.agritechtaiwan.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474599-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474599-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474599-1-c
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474599-1LOGO

Source: UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
Keywords: Agriculture Food/Beverages Trade show news Future Events