omniture

Sunmi dayakan transformasi digital untuk peniaga dengan teknologi bayaran berasaskan pengecaman wajah Alipay

Sunmi
2019-05-28 20:00 518

TAIPEI, Taiwan, 28 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Di COMPUTEX 2019 pada 28 Mei 2019, Sunmi, peneraju teknologi perkakasan IoT global, mempamerkan siri penyelesaian bayaran berasaskan pengecaman wajah Alipay dan mendemonstrasikan aplikasi praktikal kaedah bayaran serba baharu dari tanah besar China.

Model bayaran berasaskan pengecaman wajah Alipay dijangka akan mengubah pasaran, yang mana model ini dijangka akan memberikan pengalaman yang belum pernah tersedia sebelum ini kepada pembeli. Teknologi terkini ini, yang hanya dapat dilihat dalam video jenis futuristik, kini menjadi kenyataan, menambah tahap kemudahan yang tiada tandingan apabila mengurus tugasan atau membeli belah sesuatu barangan baharu, yang membolehkan pembeli melengkapkan pembelian tanpa telefon bimbit mahupun dompet.

Pada 17 April, Sunmi Dragonfly dilancarkan, menandakan bahawa aplikasi bayaran berasaskan pengecaman wajah Alipay mula tersedia dalam pasaran tanah besar Cina. Ant Financial Services turut mengumumkan rancangan untuk melabur sebanyak 3 bilion yuan untuk mempopularkan aplikasi teknologi ini sepanjang tiga tahun akan datang. Setakat ini, lebih sejuta pengguna di 100 bandar Cina telahpun mengalami kaedah bayaran yang amat mudah itu. Dalam senario membeli belah baharu, Alipay menyediakan teknologi bayaran berasaskan pengecaman wajah dengan perlindungan sekuriti, pengkomputeran pintar serta sistem pengurusan risiko bersepadu yang direka bagi menjamin keselamatan dan ketepatan data. Pasaran aplikasi Sunmi menjadi salah satu kedai aplikasi komersial yang terbesar di dunia dalam sektor B2B lantaran portfolio bayaran berasaskan pengecaman wajah komprehensifnya. Dengan menggabungkan perkakasan dan perisian, Sunmi memberi akses mudah kepada rakan kongsi dan peniaga kepada teknologi bayaran berasaskan pengecaman wajah. Bersama-sama dipromosikan oleh Sunmi dan Alipay, teknologi ini digunakan secara meluas dalam pasar raya, organisasi kerajaan, hospital serta hotel dan lain-lain. Sunmi telah bekerjasama dengan Alipay untuk membina ekosistem bayaran berasaskan pengecaman wajah sejak tahun 2017.

Sunmi telah mewujudkan rangkaian melibatkan lebih 10,000 rakan kongsi. Semasa pameran, Sunmi, dengan kerjasama peneraju-peneraju teknologi POS Haiding, TCPOS dan PC Mira, mempamerkan penyelesaian pasar raya terpilih yang menyepadukan perisian dan perkakasan sebagai langkah untuk membantu peniaga mencapai transformasi digital.

Sunmi merancang untuk terus menawarkan perkhidmatan kepada peniaga luar talian dan mencipta ekosistem yang bagus untuk mereka. Ekosistem ini membolehkan pembeli melengkapkan bayaran dengan mudah dan cekap tanpa menggunakan sebarang medium pembayaran, di samping menyepadukan saluran maklumat dalam talian dan luar talian bagi mempromosikan transformasi digital untuk peniaga luar talian, menghubungkan perkhidmatan peniaga dengan pengguna serta membolehkannya terlibat dalam kempen-kempen pemasaran jitu yang menyasarkan pelawat yang kerap berkunjung.

Source: Sunmi
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements New products/services