omniture

Zoomlion (Shenzhen: 000157) Pasang Impeler Tertinggi China Pecah Rekod Usia Dua Minggu

Zoomlion
2019-05-31 05:52 275

YANGZHOU, China, 31 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") (Shenzhen: 000157) telah memecahkan rekod untuk impeler tertinggi China hanya dua minggu setelah ia dicatatkan. Rekod berkenaan dipecahkan baru-baru ini di Yangzhou apabila krew yang mengendalikan kren rangkak ZCC9800W Zoomlion memasang impeler dengan ketinggian 152 meter yang memecah rekod, seraya memecahkan rekod 140 meter terdahulu yang dicatatkan pada awal bulan ini.

Zoomlion Pasang Impeler Tertinggi China Pecah Rekod Berusia Dua Minggu
Zoomlion Pasang Impeler Tertinggi China Pecah Rekod Berusia Dua Minggu

Pada ketinggian 152-meter, impeler yang baru dipasang itu merupakan menara kipas keluli fleksibel yang tertinggi di China dan akan menyumbang kepada 46 output menara projek Ladang Angin Yangzhou kepada 100 megawatt secara keseluruhan.

"Impeler yang dipasang baru-baru ini, yang kini merupakan turbin angin tertinggi di China, membawa cabaran baharu buat kren rangkak kami yang diperlukan untuk beroperasi di kawasan rupa bumi yang sukar. Hasilnya merupakan satu bukti, bukan sahaja kemahiran hebat krew kejuruteraan dan pasukan servis di lapangan kami, tetapi juga fungsi dan kualiti jentera kami," kata Zhiwei Luo, Pengurus daripada Kren Rangkak Zoomlion.

Kren rangkak ZCC9800W itu, direka untuk projek-projek kejuruteraan yang unik dan mencabar, ialah salah satu daripada yang paling canggih dalam pasaran. Reka bentuknya yang ringan dan modular dijenterakan untuk keserbabolehan yang unggul dan boleh diceraikan, diasingkan kepada pelbagai segmen dan diangkut dengan mudah merentas pelbagai jenis jalan serta rupa bumi untuk dipasang semula di tapak.

Sebagai model unggulan 4.0 yang terkini daripada Zoomlion, ZCC9800W didayakan IoT dibina daripada bahan-bahan canggih bagi memenuhi kehendak era Pembuatan Pintar (IM). Struktur yang dioptimumkan dan kemajuan gabungan inovatif boleh mencapai 178 meter, dengan ketinggian angkat maksimum 180 meter.

"Kuasa angin ialah sumber kuasa bersih baru muncul, namun demikian, untuk menggunakan sumber ini dengan cekap, kami perlu membangunkan peralatan boleh dipercayai yang canggih secara berterusan," kata Luo.

Sebagai peneraju dalam industri, Zoomlion telah menyokong beberapa projek tenaga bersih seperti kren semua rupa bumi QAY2000, kren rangkak ZCC8800W dan ZCC9800W telahpun menyumbang dengan banyaknya kepada pengeluaran ladang angin dan penggunaan tenaga mesra alam. Zoomlion akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari cara-cara baharu untuk menyumbang kepada pembinaan yang lebih bersih dan lebih mesra alam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190529/2480632-1

Source: Zoomlion
Related Stocks:
OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Keywords: Construction/Building Machinery Transportation New products/services