omniture

Pameran Canton Alami Peluasan dalam Perdagangan dengan Negara-negara Jalur dan Jalan

Pameran Canton
2019-06-01 04:08 337

GUANGZHOU, China, June 1, 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-125 (Pameran Canton atau "Pameran") yang melabuhkan tirainya baru-baru ini mengalami peningkatan jumlah perdagangan dari negara-negara dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) sebanyak 9.9 peratus, mencecah USD 10.63 bilion. Perdagangan antara negara-negara BRI dan China di Pameran ke-125 itu menyumbang sebanyak 35.8 peratus daripada pusing ganti keseluruhan. Pembeli-pembeli dari negara-negara BRI turut meningkat sebanyak 0.5 peratus dengan pembeli-pembeli baharu bertambah sebanyak 0.94 peratus.

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, berkata, "Pameran Canton telah meningkatkan promosi di negara-negara dan wilayah-wilayah di sepanjang laluan BRI, memandangkan hubungan dagangan penting untuk mempromosikan kerjasama perniagaan." Tambah Xu, "Purata bilangan pembeli dari negara-negara BRI mencecah 80,000 orang, menyumbang 45 peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebanyak 8,198 pempamer dari negara-negara BRI mempamerkan produk-produk mereka di Pameran Canton; kumpulan terbesar dalam Sejarah Pameran."

Pameran Canton Alami Peluasan dalam Perdagangan dengan Negara-negara Jalur dan Jalan
Pameran Canton Alami Peluasan dalam Perdagangan dengan Negara-negara Jalur dan Jalan

Hubungan China dengan BRI diwujudkan untuk perdagangan bersama dan faedah perniagaan

Li Kuiwen, Pengarah Jabatan Analisis, Pentadbiran Kastam Awam Cina, menyatakan bahawa syarikat-syarikat perdagangan Cina, setelah mengukuhkan kehadiran mereka dalam pasaran domestik, kini berkembang ke dalam pasaran-pasaran baru muncul di sepanjang laluan BRI. Dalam empat bulan pertama tahun 2019 sahaja, jumlah perdagangan import dan eksport antara China dan negara-negara BRI mencecah CNY 2.73 trilion (USD 394,921 bilion), satu peningkatan sebanyak 9.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan bilangan pembeli di Pameran Canton dari negara-negara BRI memperlihatkan kenaikan ini. Pembeli-pembeli dari Thailand, Malaysia, Vietnam, Singapura dan Kemboja masing-masing meningkat sebanyak 10.75, 9.08, 23.71, 4.4 dan 8.83 peratus. Rusia juga menyaksikan peningkatan pembeli ke Pameran Canton sebanyak 1.29 peratus.

Pameran Canton dan pengembangan perniagaan global

Pameran Canton telah membantu meningkatkan kerjasama perniagaan antara China dan negara-negara BRI dengan memperkenalkan Program Perkongsian Global. Pameran ini kini memeterai perkongsian strategik dengan 48 organisasi perindustrian dan komersial di 32 negara BRI, bekerjasama dalam promosi, pameran, lawatan dan perkhidmatan maklumat. Kesannya menjadi rangsangan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan sepanjang BRI, yang mana perkongsian ini dijangka meliputi seluruh kawasan BRI dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Taymour M. Essam, Pengurus Projek Pameran Antarabangsa di Lembaga Pembangunan Eksport, Mesir, berkata bahawa Pameran Canton telah menarik bukan sahaja nama-nama besar di Mesir tetapi juga perusahaan-perusahaan bersaiz kecil dan sederhana bagi menguji produk mereka dalam pasaran antarabangsa.

"Pameran Canton ialah salah satu pameran terbesar di dunia. Tahun ini, sebanyak sembilan syarikat Mesir di pameran tahun ini memanfaatkan status ini untuk bertemu pelanggan dari Afrika dan Amerika Latin serta mewujudkan hubungan dengan jaringan global sebagai hasil daripadanya."

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190530/2482037-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news