omniture

Lukisan Artis Vietnam mengenai Perubahan Iklim Gamit Perhatian semasa Sambutan Hari Wesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2019

Pengerusi lembaga HTD Media Joint Stock Company, artis Vietnam Nguyen Thi Kim Duc mempersembahkan "Cover of Future" -- lukisan yang memaparkan akibat yang dahsyat lantaran perubahan iklim, kepada pemimpin-pemimpin dunia semasa sambutan Hari Wesak.
HTD Media Joint Stock Company
2019-06-04 03:15 628

HA NAM, Vietnam, 4 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Saintis-saintis yang terkemuka di dunia memberi amaran bahawa hanya tinggal dua belas tahun sahaja sebelum berjuta-juta orang mengalami risiko kemarau, banjir, panas melampau dan kemiskinan[1] akibat perubahan iklim. Amaran ini turut diumumkan dengan terang dan jelas kepada pemimpin-pemimpin dunia, pemimpin-pemimpin Buddha dan penganut agama Buddha di seluruh dunia sempena perayaan Hari Wesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2019 (UNDV 2019) yang diadakan di Vietnam melalui satu hasil lukisan.

"Cover of Future" asli dipamerkan di Tam The Palace of Tam Chuc Temple di Kim Bang, Wilayah Ha Nam, Vietnam semasa perayaan Wesak PBB 2019
"Cover of Future" asli dipamerkan di Tam The Palace of Tam Chuc Temple di Kim Bang, Wilayah Ha Nam, Vietnam semasa perayaan Wesak PBB 2019

Dikenali sebagai "Cover of Future", artis Vietnam Nguyen Thi Kim Duc menggunakan sutera Vietnam tradisional, cat air hasil inspirasi Van Gogh, berus yang lembut namun tebal, berserta warna-warna mendalam dan tidak bermaya untuk melukis sebatang pohon mati yang sebahagiannya tenggelam dalam air laut. Lukisan ini menunjukkan gambaran jelas tentang apa yang mungkin berlaku kepada dunia sekiranya manusia terus mengabaikan perubahan iklim. Ia akan berubah menjadi dunia tanpa pokok-pokok hijau, haiwan mahupun manusia.

Menggunakan gaya melukis yang ringkas, Puan Nguyen ingin agar karya seni itu dapat disampaikan dari "hati ke hati", melahirkan kasih beliau terhadap alam sekitar, sebagaimana menurut kata-kata ahli falsafah Cina Lao Tzu: "Manusia bergantung pada tanah, tanah bergantung pada Tuhan, Tuhan bergantung pada agama, agama menjawab melalui alam semula jadi".

Hasrat ini dan pada masa yang sama turut mempercayai bahawa manusia merupakan punca utama berlakunya perubahan iklim, Puan Nguyen berkata sekalipun berjuta-juta batang pokok baharu ditanam untuk menyerap pendorong utama perubahan iklim iaitu karbon dioksida, alam sekitar masih akan termusnah kecuali manusia mengubah tabiat membazir dan mencemarkan alam sekitar mereka.

Sebanyak 105 salinan lukisan ini diberikan sebagai hadiah kepada ketua-ketua negara dan pemimpin-pemimpin agama Buddha dari lebih 100 negara yang menghadiri acara sambutan Hari Wesak bulan lalu. Mereka terdiri daripada pemimpin-pemimpin agama Buddha seperti Profesor, Dr. Phra Brahmapundit - Pengerusi Majlis Hari Wesak Antarabangsa (ICDV), En. Nguyen Manh Hung - Menteri Maklumat dan Komunikasi Vietnam, Ryan Giggs - Jurulatih Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Wales, Perdana Menteri Nepal, Presiden Senat Bhutan dan Sang Ji Zha Xi - Timbalan Ketua Setiausaha Chinese Buddhist Church. Mereka semua amat bersimpati dan tersentuh ketika menerima hadiah lukisan tersebut.

Artis Nguyen Thi Kim Duc – Seorang ahli perniagaan wanita Vietnam yang mahu melihat masa depan yang hijau dan berjaya mendapat perhatiaan para pemimpin dunia terhadap isu ini di perayaan Wesak PBB 2019
Artis Nguyen Thi Kim Duc – Seorang ahli perniagaan wanita Vietnam yang mahu melihat masa depan yang hijau dan berjaya mendapat perhatiaan para pemimpin dunia terhadap isu ini di perayaan Wesak PBB 2019

"Melalui 'Cover of Future', saya ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin dunia tentang tanggungjawab mereka untuk memelihara dunia kita. Sebagai pembuat keputusan, mereka perlu memimpin perjuangan ini untuk menyebarkan pesanan bagi mengambil tanggungjawab untuk melindungi alam sekitar kepada orang ramai dan sekiranya mereka tidak bertindak serta merta, dunia akan berakhir. Saya ingin melihat mereka menggantung gambar ini di ruang tamu mereka, agar mereka dapat diingatkan tentang kewajipan harian mereka. Biarpun saya hanyalah seorang ahli perniagaan di Vietnam, saya ingin menjalankan tugas saya dalam memelihara dunia kita dan ini merupakan langkah pertama," kata artis Nguyen Thi Kim Duc.

Latar Belakang Artis

Nguyen Thi Kim Duc kini berkhidmat sebagai Pengarah Institute of Human Resources - HV Talent dan Pengerusi lembaga HTD Media Joint Stock Company. Beliau turut menubuhkan Butta, rangkaian sosial pertama untuk komuniti penganut agama Buddha di Vietnam. Meskipun dihujani dengan beban kerja, Puan Nguyen masih berusaha untuk membantu alam sekitar. Sebagai contoh, beliau menganjurkan acara menanam pokok dan memanfaatkan peluang seperti sambutan Hari Wesak untuk menyebarkan pesanan tentang perlindungan alam sekitar.

Minat Puan Nguyen adalah hasil daripada pengaruh bapa beliau. Bapa beliau ialah seorang penulis Vietnam yang ternama Nguyen Son Dong yang menulis novel terkenal "Xu Doai May Trang" dan banyak sajak Vietnam. Puan Nguyen berkata bahawa sajak bapa beliau, "The Freshness To Life" membentuk minat beliau untuk membantu memelihara dunia yang didiami manusia dan menyediakan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Ia turut mendorong beliau untuk menghasilkan "Cover of Future".

"On a block of wood this afternoon ("Pada sebongkah kayu petang ini)
Raindrops were so small (Rintik hujan begitu halus)
It pained my heart (Ia menyayat hatiku)
But the forest was vast (Namun belantara sungguh luas)
People's immensity as well, (Seluas masalah manusia)
Please join me! (Ayuh bersamaku!)
For evergreen forest (Demi hutan malar hijau)
The freshness to life" (Kesegaran hidup") 

-- Daripada "The Freshness To Life"

Puan Nguyen berharap agar "Cover of Future" akan dianggap sebagai duta jenama untuk alam sekitar kita dan antiperubahan iklim serta berharap dapat dipersembahkan ke seluruh dunia untuk mempromosikan perlindungan Bumi Hijau (Green Planet) pada masa depan.

[1] https://www.ipcc.ch/sr15/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190531/2483301-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190531/2483301-1-b

Source: HTD Media Joint Stock Company
Keywords: Art Entertainment Environmental Issues Not for profit