omniture

Royal Canadian Mint Beri Penghormatan kepada Veteran Kempen Normandy tatkala Lancarkan Katalog Numismatik Jun

Royal Canadian Mint (RCM)
2019-06-07 10:12 128

OTTAWA, Ontario, 7 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sentiasa berbangga untuk meraikan kisah pencapaian Kanada terhadap syilingnya, Royal Canadian Mint melancarkan dua duit syiling baharu yang menghormati para askar yang bertempur dalam Kempen Normandy, yang mana selepas kejayaan Hari-D, menghantar Sekutu untuk membebaskan Eropah Barat. Tanda kenang-kenangan bersejarah ini, bersama-sama dengan banyak koleksi lain yang halus buatannya, boleh didapati pada hari ini.

The Royal Canadian Mint silver coin marking the 75th anniversary of The Normandy Campaign
The Royal Canadian Mint silver coin marking the 75th anniversary of The Normandy Campaign

Tidak lama selepas tengah malam pada 6 Jun 1944, pasukan payung terjun dari Batalion Payung Terjun Kanada pertama mula turun di kawasan musuh untuk menyokong pertempuran Hari-D: memusnahkan jambatan, meneutralkan sasaran utama dan menawan bahagian depan kawasan pendaratan air. Perspektif inovatif "beret maroon beret" kami, tentara pertama Kanada untuk menjejakkan kaki di tanah Perancis, dirakamkan oleh artis Pandora Young. Membuat terjunan di dalam kegelapan malam, tentera-tentera yang berani itu memulakan serangan yang, sama sekali mengubah perjalanan Perang Dunia Kedua.

Tindakan berani ini digambarkan pada $125 Syiling Perak Halus Ulang Tahun ke-75 Normandy Campaign: Operation Tonga 2019, syiling perak tulen seberat setengah kilo. Bahagian belakang menunjukkan pemandangan dari udara seorang askar penerjun payung terjun yang turun di kawasan perkampungan Perancis, dengan garis statik disambungkan ke pesawat untuk membuka payung payungnya, tatkala rakan-rakannya terapung di bawah dengan paying terjun telah terbuka. Bahagian belakang menampilkan ciri-ciri patung ukiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja George VI, sepertimana ia tertera pada semua duit syiling Kanada pada tahun 1944.

Tindakan di Juno Beach secara dramatik digambarkan pada $20 Syiling Perak Halus World War II Battlefront Series – Normandy Campaign 2019. Direka oleh artis Brad Anderson, ia menampilkan seorang askar infantri yang bercangkung di pasir tatkala rakan-rakan askar mendekati di belakangnya dalam kapal pendaratan dan kereta kebal Sherman, yang mewakili bahagian-bahagian perisai Kanada. Di atas senario ini muncul gelombang bunyi menggambarkan "bunyi" "V" untuk "Kemenangan" dalam kod Morse - isyarat yang memenuhi siaran radio pada Hari D. Bahagian hadapan duit syiling ini juga memaparkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja George VI. 

Turut dijual pada bulan ini ialah:

  • $20 Syiling Perak Halus 2019 - 100th Anniversary of the First Non-Stop Transatlantic Flight, syiling berbentuk setem yang berwarna baharu meraikan penerbangan bersejarah Pengebom Vickers yang diubahsuai dari St John's, NL ke daerah Galway, Ireland;
  • $200 Syiling Emas Tulen 2019 - HMS New Brunswick 1843, penghormatan numastik kepada New Brunswick tahun tersebut, direka dan dihasilkan oleh Soho Mint di Birmingham, UK yang kini sudah tidak lagi beroperasi;
  • $30 Syiling Perak Halus 2019 - Peter McKinnon Photo Series: Mount Rundle, meraikan mercu tanda ikonik Pergunungan Kanada dalam 2 auns perak tulen;
  • $20 Syiling Perak Halus 2019 - The Beloved Maple Leaf, syiling perak tulen 1 auns dengan perincian yang cantic direka oleh artis David Caesar;
  • 25-sen Syiling Emas Tulen 2019 - Bouquet of Maple Leaves, syiling emas tulen 0.5g dengan kelebaran 11 mm Mint yang terbaharu direka oleh Vanessa Miller;
  • $50 Syiling Perak Halus 2019 - Rose of the Winds, penghormatan daripada artis Pandora Young kepada pembuatan peta klasik, menampilkan ros kompas bersalut emas dikelilingi oleh ikonografi yang sudah dikenali;
  • $20 Syiling Perak Halus 2019 - Sky Wonders - Fire Rainbow, yang pertama dalam siri bertemakan cuasa direka oleh Tony Bianco, menampilkan ilusi optic semulajadi yang muncul di langit Kanada;
  • $30 Syiling Perak Halus 2019 – Birds in the Backyard, menampilkan empat spesies burung berbeza dalam rekaan warna warni oleh artis Neil Hamelin;
  • $20 Syiling Perak Halus 2019 - Norse Gods – Odin, penghormatan artis Alexandra Lefort kepada mitologi terkenal warga Kanada berketurunan Scandinavia;
  • $20 Syiling Perak Halus 2019 - The Sleeping Beauty, syiling tiga segi rekaan Tony Bianco menggambarkan seorang ballerina, terukir dalam warna merah jambu dan emas, lemah gemalai menari salah satu balet paling terkenal di dunia;
  • $100 Syiling Perak Halus 2019 - Into the Light – Lion, syiling perak 10 auns bersalut emas menampilkan salah satu karya hebat savanna Afrika artis hidupan liar Robert Bateman;
  • $5 Syiling Perak Halus 2019 - This is Canada! Syiling perak berwarna yang bersinar dalam gelap rekaan Tony Bianco;
  • $3 Syiling Perak Halus 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Coastal Drive, direka oleh Steve Hepburn; dan
  • $5 Syiling Perak Halus 2019 – Zodiac Series: Cancer, direka oleh Jori Van Der Linde.

Penempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" www.mint.ca. Imej syiling boleh didapati di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di Amerika Syarikat, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat Kedaulatan yang bertanggungjawab untuk menempa dan mengedarkan syiling pengedaran Kanada. Mint ini diiktiraf sebagai salah satu kilang syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai jenis produk duit syiling yang khusus dan berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan perkhidmatannya, lawati www.mint.ca.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/897351/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_Pays_Tribute_to_Vete.jpg  

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Keywords: Banking/Financial Service Mining/Metals Precious Metals New products/services