JOHANNESBURG, 13 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC, salah sebuah syarikat reka bentuk cip set yang terkemuka di dunia, mengumumkan bahawa Hisense Infinity H30lite, dikuasakan oleh UNISOC SC9863A, telah dilancarkan dengan jayanya di Afrika Selatan. Ia juga merupakan penampilan sulung untuk UNISOC SC9863A dalam pasaran Afrika.
Hisense Infinity H30lite ialah gabungan sempurna spesifikasi popular seperti skrin Waterdrop 6.1" dengan Paparan U-Infinity 19.5:9, bateri 3000mAh, dwikamera belakang 16MP+5MP dan RAM 3GB. Selain itu, Hisense Infinity H30lite menyokong pengecaman pemandangan Kecerdasan Buatan (AI) dengan prestasi luar biasa untuk fungsi pengindahan dan rakaman malam.
Octa-teras berkuasa mudahkan kelancaran
Hisense Infinity H30lite dibina dengan UNISOC SC9863A, platform cip set LTE yang bersepadu sepenuhnya berasaskan pemproses Octa-teras 1.6GHz Arm Cortex-A55 berprestasi tinggi. Dibandingkan dengan Arm Cortex-A53, prestasi kepantasan operasi dan pemprosesan AI amat meningkat sekali, yang menjamin operasi lancar permainan serta aplikasi-aplikasi lain. Di samping itu, UNISOC SC9863A menyokong fungsi pengecaman wajah berdasarkan rangkaian neural mendalam yang dapat merealisasikan pengesahan wajah yang pantas dan tepat serta melindungi privasi dan keselamatan maklumat untuk pengguna akhir.
Fotografi
UNISOC SC9863A membawakan penambahbaikan besar-besaran kepada keupayaan pemprosesan kamera dan aplikasi inovatif, yang membolehkan Hisense Infinity H30lite dapat merealisasikan fungsi pengindahan waktu nyata, pengaburan latar belakang, suasana malam dan rakaman panorama. Dengan Bokeh, W+T dan algoritma pembetulan herotan yang dibangunkan secara bebas oleh UNISOC, kecantikan, penyingkiran kabus, HDR dan aspek-aspek lain dapat menunjukkan prestasi cemerlang dalam pemandangan malam super. Selain itu, melalui algoritma AI pintar, UNISOC SC9863A dapat merealisasikan pengesanan dan pengecaman pemandangan pintar waktu nyata dan mengoptimumkan mod rakaman dan parameter secara automatik mengikut ciri-ciri pemandangan berbeza, seraya dapat mewujudkan pengalaman rakaman yang lebih pintar.
"Kami bersyukur dengan adanya Hisense sebagai rakan niaga kami dan dapat bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran Afrika. Komunikasi mudah alih sedang menjalani pembangunan pesat di Afrika dan begitu ramai pengguna 2G mempercepatkan transformasi kepada 3G dan 4G. UNISOC akan terus mendorong pasaran tempatan dan bekerjasama dengan Hisense untuk menyediakan penyelesaian tersuai dan perkhidmatan cemerlang bagi memperkasa era baharu Afrika yang didigitalkan," kata Eric Zhou, Naib Presiden Kanan Pemasaran, UNISOC.
"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan UNISOC sempena pelancaran Telefon Pintar baharu kami, Infinity H30lite memperkenalkan SC9863A untuk benua Afrika buat julung kalinya. Kami akan bersama-sama mempercepatkan transformasi daripada 2G kepada 3G dan 4G di Afrika," kata Jerry Liu, Pengurus Besar Hisense Timur Tengah dan Afrika.