KOTA DAMANSARA, Malaysia, 17 Jun 2019 /PRNewswire/ -- SEG International Bhd (SEGi), semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga Puluh Tiga telah mencapai keuntungan tinggi 5 tahun sebelum cukai sebanyak RM47.8 juta pada tahun 2018. Keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham diisytiharkan sebanyak RM42.2 juta pada tahun 2018 (meningkat sebanyak 4.9%).
Menuju masa depan, SEGi akan terus memacu transformasi bernilai tambah yang dapat memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang melalui operasi-operasi teras Universiti dan Kolej SEGi. Falsafah SEGi ialah setiap pemegang kepentingan, termasuk pelajar, kakitangan, pembekal, komuniti dan pelabur adalah penting. Ia akan kekal amat berdaya saing, melanjutkan cita-cita antarabangsanya dan berusaha untuk memberikan pengalaman akademik yang luar biasa kepada pelajar, selari dengan objektif dalam menjadikan SEGi sebagai "Universiti Pilihan". Ini dapat dicapai dengan menjadi universiti bertumpu kualiti dan dipacu masa depan. Strategi-strateginya selari untuk memperkasa SEGi bagi meningkatkan kecekapan, kapasiti dan keupayaannya terhadap pertumbuhan mampan menuju masa depan.
Selepas 42 tahun beroperasi, hari ini SEGi mempunyai sekitar 20,000 pelajar di 5 kampusnya di seluruh Malaysia. SEGi telah berkembang maju lantaran banyak faktor, namun khususnya hasil daripada dedikasi ke arah kecemerlangan dalam menyediakan pendidikan pengajian tinggi yang berkualiti.
SEGi dikenali di seluruh wilayah tersebut sebagai pusat untuk penyelidikan, kesarjanaan dan pengajaran. Kombinasi antara reputasi akademik yang mantap, dengan memberi penekanan pada kebolehpekerjaan, kemahiran masa depan dan pengalaman pelajar yang berkualiti, telah membawa kepada pengiktirafan jenama yang kukuh serta kejayaan kemasukan pelajar. Strategi-strategi ini berserta komitmen ke arah penambahbaikan berterusan menjadikan SEGi sebagai institusi pendidikan ternama, sinonim dengan kecemerlangan pendidikan dan nilai untuk wang.
SEGi melihat perkongsian luar negaranya sebagai bahagian penting dalam strategi antarabangsanya. Jaringan perkongsian universiti asingnya merupakan komponen penting untuk bantuan global dan komitmen SEGi terhadap pengantarabangsaan. Program-program ijazah SEGi kini ditawarkan dengan kerjasama universiti-universiti di UK, AS dan Australia, menarik minat pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bangsa. Ini dilengkapi dengan program-program bantuan global yang hebat serta pakej-pakej kewangan yang fleksibel untuk menjadikan pengajian tinggi lebih berpatutan buat semua.