omniture

Rove At The Park Buka Peluang kepada Pengalaman Gaya Hidup Menyeronokkan di Dubai Parks and Resorts

Emaar Hospitality Group
2019-06-17 15:27 173

DUBAI, UAE, 17 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Rove Hotels, jenama hotel berskala pertengahan yang kontemporari, telah membuka hotel keenamnya di Dubai – Rove At The Park – di Dubai Parks and Resorts, destinasi taman tema bersepadu yang terbesar di wilayah tersebut. Sebagaimana tawaran pembukaan, tetamu boleh menginap di Rove At The Park hanya pada harga AED 199 semalam dengan tambahan insentif dua tiket ke Dubai Parks and Resorts.

 

Rove At The Park
Rove At The Park

 

Rove At The Park mempunyai 579 bilik bersaiz selesa dan bilik keluarga saling bersambung. Tetamu di Dubai Parks and Resorts boleh mengakses lebih 100 tunggangan hiburan dan tempat tarikan menyeronokkan dan mengujakan yang tersebar di seluruh MOTIONGATE™ Dubai, BOLLYWOOD PARKS™ Dubai, LEGOLAND® Dubai dan Taman Tema Air LEGOLAND® selain akses percuma ke zon-zon bertema di Riverland™ Dubai.

Paul Bridger, Pengarah Korporat Operasi, Rove Hotels, berkata: "Tetamu menyukai Rove Hotels kerana lokasi pusatnya, ameniti, kemudahan dan nilai jaminannya yang menjadikan jenama ini sebagai salah satu yang paling popular di bandar ini. Kami berasa gembira untuk membuka Rove At The Park yang menawarkan percutian hebat buat Peminat Rove."

"Dubai Parks and Resorts ialah destinasi libur dinamik yang menggamit perhatian keluarga, pasangan dan peminat taman tema. Pembukaan hotel kedua merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk memiliki lebih 1,300 kunci di destinasi ini menjelang separuh kedua tahun 2020," kata Ahmed AlRayyes, Ketua Pegawai Jualan & Hospitaliti, DXB Entertainments, syarikat yang memiliki Dubai Parks and Resorts.

Rove At The Park hanya terletak dalam jarak setengah jam memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum. Tetamu boleh mengakses dengan mudah beberapa pusat membeli belah dan hiburan serta tapak Ekspo 2020 Dubai.

Semua bilik direka untuk menggembirakan tetamu dengan skrin TV interaktif 48 inci berserta hab media pintar dan wi-fi percuma. Bilik-bilik ini mempunyai tilam jenama pereka, katil sisipan untuk tetamu tambahan dan bilik mandi moden dengan pancuran air hujan yang berkuasa. Hotel ini menawarkan perkhidmatan pintar seperti daftar keluar lewat pada jam 2 petang, gimnasium 24 jam, kolam renang dan dek matahari. Hotel ini juga mempunyai kedai serbaneka butik 24 jam, kedai dobi layan diri dan bilik simpanan bagasi. The Daily ialah tempat bersosial sepanjang hari yang membolehkan tetamu menjamu selera di lokasinya atau untuk dibawa pulang.

Terdapat lima hotel lain di bawah jenama tersebut di Dubai termasuk Rove Downtown, Rove City Centre, Rove Healthcare City, Rove Trade Centre dan Rove Dubai Marina.

 

Rove At The Park
Rove At The Park

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/923483/Rove_At_The_Park.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/923484/Rove_At_The_Park.jpg

Hubungi
Kelly Home
ASDA'A BCW
+9714 4507600 
kelly.home@bcw-global.com

 

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services