omniture

LONGi menduduki pengeluar PV dengan kewangan paling stabil oleh Bloomberg NEF

LONGi Solar
2019-06-19 12:30 386

XI'AN, China, June 19, 2019 /PRNewswire/ -- LONGi telah menduduki tangga teratas carta skor Altman-Z Bloomberg New Energy Finance (BNEF) untuk pengeluar modul solar buat kali pertama - dan dengan skor yang sangat meningkat.

Nisbah Altman-Z mengukur jaminan kewangan syarikat terhadap lima kriteria asas yang menguji kemungkinan ia akan muflis dalam tempoh dua tahun akan datang.

LONGi Solar telah disenaraikan sebagai pengeluar PV yang paling terjamin di seluruh dunia dalam Tinjauan Pasaran PV 2Q-2019 BNEF, dengan nisbah skor Altman-Z 3.01.

Dalam edisi laporan BNEF terdahulu, LONGi telah menjadi pengeluar berpangkalan di Asia dengan kedudukan yang tertinggi dan diletakkannya di tempat kedua di peringkat dunia. LONGi juga secara konsisten disenaraikan dalam Pembuat Modul Tahap 1 BNEF.

LONGi Solar adalah anak syarikat milik penuh pengeluar wafer monohabluran kecekapan tinggi dunia LONGi Green Energy (SH 601012). Kumpulan ini mencatatkan rekod pendapatan tahunan baharu sebanyak RMB 21,987 juta (US$3.27 bilion) pada tahun 2018, naik 34.38% dari tahun sebelumnya, dengan keuntungan bersih tahunan RMB 2,557 juta (US $ 379.8 juta). LONGi mencapai penghantaran sel & modul solar sebanyak 7.072 GW, antara 4 teratas di dunia pada tahun 2018.

Encik Wenxue Li, Presiden LONGi Solar, berkata, "Skor Altman-Z BNEF baru-baru ini menegaskan kedudukan pertumbuhan dan kepimpinan yang luar biasa yang telah LONGi raih dalam pasaran solar global berkualiti tinggi, berprestasi tinggi dan berjumlah tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Faktor-faktor ini mendorong syarikat ke hadapan sebagai pilihan utama untuk pelanggan, kerana kemantapan kewangan kami dan kebolehpercayaan bank yang disahkan secara bebas."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards