omniture

Orsted pilih Atos bekalkan penyelesaian komunikasi kritikal untuk ladang angin luar pesisir di Taiwan

Atos
2019-06-19 22:36 255

PARIS dan KUALA LUMPUR, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Atos, pemimpin global dalam transformasi digital, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Orsted, pemimpin global di luar pesisir, untuk membekalkan penyelesaian komunikasi kritikal berasaskan TETRA (Terrestrial Trunked radio) untuk dua ladang angin luar pesisir, di luar pantai Changhua County di Taiwan. Ini adalah kontrak pesanan beransur pertama yang ditandatangani di bawah perjanjian kerangka Atos dan Orsted yang baharu untuk projek ladang angin luar pesisir semasa dan masa depan di rantau APAC. Perjanjian kerangka yang sama untuk Eropah telah ditandatangani pada Disember 2017.

Sebagai sebahagian daripada kontrak ini, Atos akan membekalkan penyelesaian komunikasi yang komprehensif dan akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan rantaian nilai: daripada kejuruteraan dan reka bentuk hinggalah kepada pemasangan, pengujian dan penempahan, dan sokongan penyelenggaraan selama 5 tahun. Penyelesaian ini akan merangkumi:

  • Sistem Radio Mudah Alih Profesional berasaskan TETRA,
  • Sistem komunikasi marin dan penerbangan,
  • Sistem pengesanan marin dan penerbangan,
  • Pautan gelombang mikro,
  • Pengurusan rangkaian dan
  • Sistem penghantaran suara

"Kami berbangga menyokong Orsted dalam membangunkan tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia, dengan menyediakan kepakaran kami dalam penyelesaian komunikasi kritikal. Kontrak pertama di Taiwan di bawah perjanjian rangka APAC baharu memperkukuhkan kerjasama kami dengan Orsted, yang kami telah memulakan dua tahun lalu dalam perjanjian kerangka Eropah," kata Cyril Dujardin, Naib Presiden Kanan Atos, Sistem Misi-Kritikal, Bahagian Data Raya & Keselamatan.

"Sekali lagi kami telah memilih untuk bergantung kepada kepakaran Atos untuk menyediakan sistem komunikasi infrastruktur kritikal ladang angin kami. Kecekapan kejuruteraan terbukti Atos adalah penting dalam persekitaran ladang angin luar pesisir yang teruk dan mencabar. Interaksi lancar kakitangan dan sistem adalah penting untuk operasi yang selamat dan cekap," jelas Mads Thorsted Nielsen di Orsted.

Latar Belakang Atos

Atos ialah pemimpin global dalam transformasi digital dengan lebih 110,000 pekerja di 73 negara dan pendapatan tahunan melebihi EUR11 bilion. Nombor satu di Eropah dalam Awan, Keselamatan Siber dan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi, Kumpulan ini menyediakan penyelesaian Awan Hibrid Terperinci, Data Raya, Aplikasi Perniagaan dan Tempat Kerja Digital hujung-ke-hujung. Kumpulan ini ialah Rakan Kongsi Teknologi Maklumat Sedunia untuk Sukan Olimpik & Paralimpik dan beroperasi di bawah jenama Atos, Atos Syntel, dan Unify. Atos ialah SE (Societas Europaea), yang tersenarai di indeks saham CAC40 Paris.

Tujuan Atos adalah untuk merancang masa depan ruang teknologi maklumat. Kepakaran dan perkhidmatannya menyokong perkembangan pengetahuan, pendidikan serta pendekatan berbilang budaya dan pluralistik untuk penyelidikan yang menyumbang kepada kecemerlangan sains dan teknologi. Di seluruh dunia, kumpulan ini membolehkan para pelanggan, pekerja dan pengkolaborasi, dan ahli-ahli masyarakat untuk hidup, bekerja dan membangun secara lestari dan yakin dalam ruang teknologi maklumat.

Hubungan akhbar:
Sylvie Raybaud 
sylvie.raybaud@atos.net
+33-6-95-91-96-71
@Sylvie_Raybaud

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180716/2187572-1LOGO

Source: Atos
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities