omniture

Exotel Cecah Lapan Tahun, Sasar Pasaran Komunikasi Pelanggan Global

Exotel Techcom Pvt Ltd
2019-06-20 11:17 65

BANGALORE, India, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ --

Platform telefoni awan Exotel merayakan ulang tahun ke-8nya minggu lepas. Sepanjang 8 tahun yang lepas, Exotel telah berkembang menjadi platform telefoni awan terbesar di Asia. Dengan produk perdana yang dipatenkan seperti privasi nombor, pengesahan mudah, dan penyelesaian pengurusan utama, pertumbuhan Exotel dalam ruang komunikasi pelanggan adalah luar biasa.

Syarikat ini kini mempunyai hampir 2500 pelanggan termasuk Uber, Ola, Flipkart, DHL, Aramex, Fabelio, dll. Dengan kehadiran global, Exotel berfungsi dengan beberapa syarikat yang paling pesat berkembang di BFSI, e-dagang, pengangkutan, pendidikan, syarikat baharu, dan sektor kerajaan. Mereka mendayakan hampir 10 juta perbualan setiap hari dan telah menghubungkan lebih daripada 3 bilion orang di seluruh dunia.

Inovasi seperti Heartbeat API, yang memberikan pelanggan masa hidup sebuah nombor maya telah membawa Exotel lebih dekat dengan matlamatnya sebagai platform komunikasi komuniti pelanggan global yang paling boleh dipercayai.

Sepanjang tahun lepas, Exotel telah meningkat dua kali ganda dengan hampir 200 pekerja. Mereka juga telah menambah kepada suite produk dengan produk yang dipatenkan seperti nOTP, sistem pengesahan yang berfungsi tanpa sebarang SMS atau panggilan, dan LeadAssist, sistem pengurusan potensi pelanggan cekap kos yang unik untuk pasaran. Selain India, Exotel juga mempunyai kehadiran yang semakin meningkat di Asia Tenggara, Australia, Timur Tengah, dan AS.

Bercakap mengenai pelan masa depan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Shivakumar Ganesan berkata, "Ia merupakan satu perjalanan yang sangat memuaskan hati menyaksikan perkembangan Exotel yang semakin mantap. Kami menyaksikan peningkatan permintaan daripada kumpulan pelanggan kami di Asia Tenggara dan Australia kerana perniagaan mampu untuk menyelesaikan masalah operasi seperti kecekapan pekerja dan mengurangkan perbelanjaan operasi menggunakan Exotel."

Pada 2016, Exotel mengumumkan bahawa mereka melabur USD 10 juta dalam perluasan luar negara mereka. Kebanyakan perbelanjaan ini akan dijana untuk jualan dan operasi di rantau Asia Pasifik.

Syarikat kini sedang berusaha mendayakan sebilion perbualan seterusnya di peringkat global.

https://www.youtube.com/watch?v=cHcm1RtYAKM 

Latar Belakang Exotel

Exotel ialah platform telefoni awan terkemuka di Asia. Diperbadankan pada tahun 2011, Exotel telah diasaskan bersama oleh tiga ahli teknologi untuk membantu perniagaan memperoleh susunan dan kecekapan kepada komunikasi pelanggan. Exotel kini diketuai oleh Shivakumar Ganesan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas. Bekerjasama dengan beberapa syarikat yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara (Uber, Ola, Flipkart, GoJek, Lazada, Quikr, Redmart, dll.), Exotel membantu mereka menguruskan komunikasi pelanggan mereka melalui panggilan & SMS. Penyelesaian berasaskan awan kelas dunia Exotel memudahkan komunikasi pelanggan untuk hampir 2500 syarikat di India, Australia, dan SEA.

Setiap hari, mereka mendayakan lebih 10 juta perbualan antara perniagaan dan pelanggan mereka. Dalam tahun 2018, Exotel mendayakan 3.3 bilion perbualan perniagaan merentas Asia Tenggara.

Hubungan Media:
Gayatri Krishnamoorthy
gayatri@exotel.in 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/923757/Exotel_Logo.jpg

Source: Exotel Techcom Pvt Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services