omniture

CEO Danone dan Migros Pilih Pengerusi Bersama Lembaga Forum Barangan Pengguna

The Consumer Goods Forum
2019-06-21 01:00 100

Emmanuel Faber dan Özgür Tort akan mempengerusi Lembaga diterajui CEO dan berasaskan pariti

PARIS, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Forum Barangan Pengguna (CGF), badan global yang memperjuangkan matlamat dan perubahan positif di seluruh industri barangan pengguna, mengumumkan hari ini bahawa ia telah memilih dua Pengerusi Bersama untuk Lembaga Pengarahnya: Emmanuel Faber, Pengerusi dan CEO Danone akan mempengerusikan Kolej Pengilang Lembaga ("Manufacturer College of the Board"), manakala Özgür Tort, CEO Migros Ticaret akan mempengeruskan Kolej Peruncit ("Retailer College").

Pasangan tersebut akan menerajui Lembaga CGF Board selama dua tahun dan menggantikan Pengerusi Bersama yang peramah iaitu Ian Cook dari Colgate-Palmolive dan Olaf Koch dari METRO AG. Di samping itu, James Quincey, Pengerusi dan CEO Syarikat Coca-Cola dan Daniel Zhang, CEO Kumpulan Alibaba telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Bersama Lembaga CGF.

Pengumuman hari ini telah dibuat selepas mesyuarat Lembaga Pengarah dwitahunan, yang berlangsung pada Sidang Kemuncak Global ke-63 di Vancouver mulai 12hb-14hb Jun.

Menyampaikan Matlamat & Perubahan Positif Mengikut Keperluan

En. Faber dan En. Tort mengambil alih sebagai pengerusi bersama pada waktu apabila gangguan berterusan dalam industri menjadikan misi CGF semakin penting.  Semakin ramai pengguna, pekerja dan pelabur mengharapkan syarikat-syarikat untuk menerima matlamat melebihi keuntungan, sementara teknologi baharu mewujudkan peluang asas untuk membentuk semula model perniagaan tradisional. Skala dan rentak perubahan menjadikan kerjasama di seluruh rantaian nilaian itu penting – ciri unik cara bekerja CGF. Pengerusi bersama baharu akan menggunakan pengalaman pengilangan dan peruncitan mereka bagi menyatukan anggota dalam menangani isu seperti sisa plastik, sisa makanan, penebangan hutan, buruh paksa, ketepatan data, keselamatan makanan, kesihatan pengguna dan kesejahteraan pekerja.

Mengulas mengenai pemilihan beliau, Emmanuel Faber, Pengerusi dan CEO Danone, menegaskan: "Kesihatan manusia di bumi ini merupakan cabaran utama abad ke-21. Kita perlu bertindak sekarang untuk membina masa depan mampan dan semua pihak berkepentingan hendaklah berganding bahu untuk memberikan impak terbaik berskala besar. Saya yakin bahawa industri kita mempunyai peranan penting untuk dimainkan. CGF merangkumi platform unik bagi mendorong perubahan positif melalui kerjasama di peringkat dalam negara dan antarabangsa, supaya dapat mencipta semula model industri. Saya amat berbesar hati menjadi Pengerusi Bersama Lembaga yang baharu bersama-sama dengan Özgür dan rasa teruja untuk memajukan hala tuju kolektif CGF yang bercita-cita tinggi dengan semua anggotanya".

Mengulas mengenai pemilihan beliau, Özgür Tort, CEO Migros Ticaret, menyatakan: "Menjadi penghormatan memimpin usaha, bersama-sama dengan Emmanuel, pada detik yang menarik ini dalam industri kita. Kita semua menyedari bahawa kita perlu berkembang secara mampan dan bertanggungjawab untuk menyaingi permintaan pengguna yang semakin meningkat ini dan memenuhi tanggungjawab kita kepada generasi akan datang. Jelas, perkara ini memerlukan perubahan penting dalam cara kita menjalankan perniagaan. Setiap perubahan melibatkan beberapa risiko yang perlu kita tangani bersama-sama dengan syarikat anggota kita. Dalam era industri barangan pengguna global baharu, kerjasama antara semua pihak termasuk peruncit, pengilang, pihak berkuasa undang-undang, universiti, Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation, NGO") dan platform digital akan menjadi kunci untuk memperkasa sektor kita. Perkara ini akan membawa faedah langsung kepada kehidupan pengguna pada masa akan datang".

Kedua-dua En. Faber dan En. Tort menegaskan kesyukuran mereka kepada En. Cook dan En. Koch atas sumbangan luar biasa mereka kepada CGF di sepanjang dua tahun terdahulu dan mengucapkan terima kasih kepada mereka bagi pihak Lembaga atas kepimpinan hebat serta komitmen mereka bagi mempercepatkan perubahan positif. Dipilih sebagai Naib Pengerusi Bersama pada mesyuarat Lembaga Pengarah 2015 di New York, En. Cook dan En. Koch mengambil alih sebagai Pengerusi Bersama susulan pelantikan mereka pada mesyuarat Lembaga 2017 di Berlin. 

Mengenai Emmanuel Faber, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Danone

Emmanuel FABER memulakan kerjaya beliau sebagai perunding di Bain & Company sebelum berkhidmat sebagai jurubank pelaburan di Baring Brothers. Beliau berhijrah ke Legris Industries, di mana beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1996.

Emmanuel menyertai Danone pada 1997 dan menjadi Ketua Pegawai Kewangan pada 2000 serta anggota Jawatankuasa Eksekutif syarikat. Pada 2005, beliau menggalas tugas sebagai Naib Presiden bagi rantau Asia Pasifik yang berpangkalan di Shanghai. Pada 2008, Emmanuel telah dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar. Pada 2011, beliau menjadi Naib Pengerusi Lembaga Pengarah dan pada Oktober 2014, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Sejak Disember 2017, Emmanuel merupakan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Danone. Emmanuel sangat komited dalam menggalakkan model perniagaan terangkum yang inovatif. Pada 2005, beliau menyelia eksperimen perniagaan sosial pertama di Bangladesh bersama Bank Grameen dan penciptaan Komuniti Danone, dengan kerjasama erat bersama Muhammad Yunus, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2006. Bersama Martin Hirsch, Emmanuel adalah juga pengasas dan pengerusi bersama Pemikir Tindakan Perniagaan dan Kemiskinan ("Business and Poverty Action Tank"), sebuah inkubator sosial-perniagaan yang berpangkalan di HEC, Paris.

Pada 2013, atas permintaan Kerajaan Perancis, Emmanuel menulis bersama laporan dengan Jay Naidoo yang bertajuk "Membuat pembaharuan dengan menggerakkan pihak berkepentingan: 10 cadangan pendekatan baharu kepada Bantuan Pembangunan Rasmi".

Mengenai Özgür Tort, CEO Migros Ticaret:

Özgür Tort ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Migros, rantaian pasar raya terkemuka di Turki, yang memiliki kedudukan perintis selama 65 tahun dalam sektor menerusi pelaksanaan inovatifnya, fokus makanan segar dan perkhidmatan terunggul untuk pengalaman beli-belah unik. Migros memiliki lebih daripada 2,000 kedai di seluruh Turki dan mempunyai operasi yang kukuh di Kazakhstan dan Macedonia. Tort memiliki kerjaya menguasai semua dimensi pengurusan runcit. Beliau terlebih dahulu menyertai Kumpulan Migros pada 1996 di Pembangunan Perniagaan. Beliau menerajui perkhidmatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan ("Customer Relationship Management, CRM") dan Pengembangan Antarabangsa. Beliau bertugas di anak syarikat Migros di Rusia sebagai Ketua Pegawai Operasi di antara tahun 2002 dan 2006. Pada 2006, beliau berpindah kembali ke Turki sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia di ibu pejabat sehingga beliau dilantik sebagai CEO Kumpulan Migros pada 2008 pada usia 35 tahun.

Özgür Tort adalah juga Pengerusi Bersama Persatuan Peruncit Makanan (GPD) dan ahli lembaga Persekutuan Pusat Beli-Belah dan Peruncit Turki ("Turkish Federation of Shopping Centers and Retailers, TAMPF") di Turki. Tort merupakan Jurutera Perindustrian yang menamatkan pengajian dari Universiti Teknikal Istanbul dan beliau memiliki ijazah MS yang memberi pengkhususan dalam Pengurusan Kejuruteraan di Universiti Sains dan Teknologi Missouri. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Mengenai Forum Barangan Pengguna

Forum Barangan Pengguna ("The Consumer Goods Forum, CGF") ialah sebuah rangkaian industri global berasaskan pariti yang didorong oleh ahlinya bagi menggalakkan penerimaan amalan dan standard global yang mengendalikan industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menyatukan CEO dan pengurusan kanan sebahagian 400 peruncit, pengilang, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat ahlinya merekodkan gabungan jualan sebanyak EUR 3.5 trilion dan secara langsung menggaji hampir 10 juta pekerja, dengan 90 juta selanjutnya kerja berkaitan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada lebih 50 pengilang dan CEO peruncit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.theconsumergoodsforum.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/556222/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg  

 

 

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Retail Accounting news, issues Corporate Social Responsibility Personnel announcements