omniture

Casablanca dan Toronto Meterai Hubungan Lebih Erat Galakkan Kolaborasi Khidmat Kewangan Global

Casablanca Finance City (CFC); Toronto Finance International (TFI)
2019-06-21 21:48 103

TORONTO, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Casablanca Finance City (CFC) dan Toronto Finance International (TFI) hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU), yang memudahkan akses dan kerjasama yang semakin meningkat antara pusat-pusat kewangan Casablanca dan Toronto, serta Afrika dan Kanada secara lebih luas lagi. MoU berkenaan akan turut menyediakan platform untuk mempromosikan amalan terbaik dalam bidang-bidang kewangan mesra alam dan infrastruktur mesra alam serta berkongsi maklumat dan kepakaran bagi membantu mendayakan kerjasama antara kedua-dua pusat kewangan dalam bidang-bidang seperti program-program pendidikan dan latihan kewangan profesional bersama, penyelidikan, bengkel dan aktiviti-aktiviti lain.

 

Manal Bernoussi, Strategy, Marketing & Communications Director of CFC and Jenifer Reynolds, CEO of TFI
Manal Bernoussi, Strategy, Marketing & Communications Director of CFC and Jenifer Reynolds, CEO of TFI

 

Manal Bernoussi, Pengarah Strategi, Pemasaran dan Komunikasi CFC, berkata, "Kami berbesar hati untuk menandatangani perjanjian ini dengan Toronto Finance International yang akan mendayakan penerokaan peluang-peluang kerjasama antara Kanada, Maghribi dan Afrika. Perjanjian ini membolehkan Casablanca Finance City untuk mengukuhkan jaringan perkongsiannya di Amerika Utara dan meluaskan lagi kerjasama antarabangsanya. Ia turut mengesahkan minat CFC terhadap pasaran Amerika Utara dan begitu juga daya tarikan benua Afrika terhadap pelabur-pelabur Amerika Utara."

Jennifer Reynolds, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Toronto Finance International, berkata, "Kami berasa amat gembira untuk memeterai MoU dengan Casablanca Finance City (CFC). Afrika ialah salah satu wilayah dengan ekonomi yang berkembang paling pantas di dunia dengan hubungan perdagangan serta pelaburan yang semakin berkembang dengan Kanada. Melalui jalinan kerjasama dengan CFC, kami akan memudahkan pertukaran maklumat dan kepakaran bagi membangunkan peluang-peluang baharu demi kerjasama antarabangsa yang lebih besar."

Latar Belakang Toronto Finance International (TFI) 

TFI ialah satu perkongsian awam-swasta antara tiga peringkat kerajaan Kanada, sektor perkhidmatan kewangan dan bidang akademik. Misi TFI adalah untuk memimpin tindakan kolektif yang memacu daya saing dan pertumbuhan sektor kewangan Toronto dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat kewangan antarabangsa yang terkemuka. (dahulunya TFI dikenali sebagai Toronto Financial Services Alliance.)

www.tfi.ca 

Latar Belakang Casablanca Finance City (CFC) 

CFC ialah hab ekonomi dan kewangan Afrika yang terletak di pertembungan antara benua. Diiktiraf sebagai pusat kewangan yang terkemuka di Afrika dan rakan kongsi pusat-pusat kewangan antarabangsa yang terbesar, CFC telah membina komuniti keahlian mantap yang melibatkan firma kewangan, ibu pejabat serantau syarikat multinasional, penyedia perkhidmatan dan syarikat induk. CFC menawarkan ahli-ahlinya dengan proposisi nilai menarik termasuk sokongan "Menjalankan Perniagaan" ("Doing Business") yang mempromosikan pembangunan aktiviti-aktiviti mereka di Afrika. Didorong oleh cita-cita untuk menampung komunitinya, CFC komited untuk mempromosikan kepakaran Afrika ahli-ahlinya di samping merangsang sinergi dan juga peluang perniagaan dalam jaringannya.

www.casablancafinancecity.com 

 

 

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/926349/Manal_Bernoussi_and_Jenifer_Reynolds.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/926383/Casablanca_Finance_City_Logo.jpg

 

 

 

Source: Casablanca Finance City (CFC); Toronto Finance International (TFI)
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Corporate Expansion Joint ventures