omniture

Perikatan Kedai dan Pameran: CIFF Shanghai 2019 Jalin Kerjasama Dengan Penjual Tawar Ruang Pameran Seluas 1.2 Juta Meter Persegi

Tujuh tempat baharu terletak di Red Star Macalline akan bergabung dengan sembilan dewan Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan di Shanghai Hongqiao, menjadikan ruang pameran berkeluasan 1,293,000 meter persegi untuk CIFF Shanghai 2019.
China International Furniture Fair (Shanghai)
2019-06-26 04:32 514

GUANGZHOU, China, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Edisi ke-44 Pameran Perabot Antarabangsa China Shanghai ("CIFF Shanghai 2019"), yang bakal diadakan mulai 8-11 September 2019, akan menambah tujuh tempat baharu di seluruh Shanghai untuk mengalu-alukan lebih ramai pengunjung susulan peningkatan kehadiran pengunjung sebanyak 37% pada tahun 2018.

The 44th edition of China International Furniture Fair Shanghai (“CIFF Shanghai 2019”), to be held from September 8-11, 2019, at National Exhibition & Convention Center in Shanghai Hongqiao, will add seven new venues across Shanghai to welcome more visitors.
The 44th edition of China International Furniture Fair Shanghai (“CIFF Shanghai 2019”), to be held from September 8-11, 2019, at National Exhibition & Convention Center in Shanghai Hongqiao, will add seven new venues across Shanghai to welcome more visitors.

Tujuh tempat baharu tersebut, yang terletak di Red Star Macalline Shopping Mall di Shanghai, merupakan model organisasi baharu 'Perikatan Pameran dan Kedai'. Jalinan kerjasama yang pertama seumpamanya itu menyaksikan China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corporation, penyedia perkhidmatan pameran khusus di China dan Red Star Macalline Group, peneraju yang tidak perlu dipertikaikan lagi bagi pengedaran perabot di China untuk membentuk China Trade Macalline Exhibition Co. Ltd. Model baharu ini menawarkan kelebihan luar biasa untuk kedua-dua pameran dan juga perdagangan.

"CIFF Shanghai mengalu-alukan ribuan pengunjung luar negara setiap tahun. Kami menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran pasaran luar negara terhadap kualiti dan kepelbagaian reka bentuk Cina," kata Yang Weihua, Pengurus Besar China Trade Macalline Exhibition Co. Ltd.

Dijangkakan bahawa pameran tahun ini akan menarik minat lebih 150,000 pengunjung dan pembeli profesional dari seluruh dunia. Bertemakan "Paradigma untuk Kehidupan Global", CIFF Shanghai 2019 akan menampilkan lebih 1500 pempamer dalam empat kawasan pameran utama yang akan menawarkan pengunjung dengan konsep baharu kehidupan dan bekerja.

Dewan 4.1, Dewan 'Reka Bentuk Kontemporari', bakal menjadi salah satu dewan paling menggamit perhatian tahun ini dan akan menggabungkan jenama-jenama reka bentuk model yang inovatif untuk kelengkapan rumah. Ia akan turut membawakan pelbagai acara reka bentuk menarik yang menawarkan pandangan mendalam tentang trend reka bentuk Cina yang kontemporari, lalu menginspirasikan banyak pereka dalaman terkemuka yang dijangkakan di Hongqiao.

Dewan 3, Dewan 'Antarabangsa & Gaya Hidup', akan memberi tumpuan pada reka bentuk yang diperoleh secara global. Pelbagai jenama yang terkenal di dunia akan memaparkan inovasi dan trend serta memperkenalkan koleksi untuk mengembangkan pasaran Cina. Jenama-jenama individu dan kumpulan-kumpulan syarikat dari Jerman, Turki dan negara-negara lain akan menjamin pelbagai pilihan kosmopolitan perabot moden.

Dewan Utara untuk 'Lampu Antarabangsa' akan menghimpunkan jenama-jenama lampu antarabangsa, menjadikannya pameran lampu profesional pertama yang benar-benar bertaraf antarabangsa di China bagi memenuhi kehendak yang semakin meningkat terhadap lampu-lampu yang berkualiti tinggi.

Dewan 6.1 akan dibahagikan kepada perabot luar, fabrik dan aksesori rumah, mewujudkan dewan 'Luar & Libur, Hiasan rumah & Tekstil rumah'.

Di tingkat dua pusat pameran akan disediakan Dewan 5.2 'Ruang Tidur & Ruang Makan / Ruang Tamu', 6.2 'Sofa' dan 8.2 'Fesyen dan Pejabat' yang mana kesemuanya akan menawarkan penyelesaian lengkap untuk tujuan eksport ke pasaran-pasaran antarabangsa bermula dengan rumah hinggalah kepada persekitaran kerja.

Bersempena dengan CIFF Shanghai 2019, edisi kedua Pameran Jentera Perabot & Jentera Kerja Kayu Antarabangsa Shanghai akan berlangsung di dewan 7.1 dan 8.1.

www.ciff-sh.com/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190625/2507449-1

Source: China International Furniture Fair (Shanghai)
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events