omniture

Amorepacific Museum of Art Bakal Anjur Pameran Solo Pertama Barbara Kruger "FOREVER" di Asia

- Pameran dianjur untuk meraikan ulang tahun pertama Amorepacific Museum of Art di Yongsan, diadakan mulai 27 Jun hingga 29 Disember
- Pameran bakal pamer 44 karya seni oleh seniman konseptual yang ternama di dunia Barbara Kruger yang memaparkan lebih 40 tahun seluruh karya seni (oeuvre) beliau
Amorepacific Museum of Art
2019-06-28 18:28 581

SEOUL, Korea Selatan, 28 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Amorepacific Museum of Art dengan bangganya mempersembahkan pameran solo pertama seniman kontemporari Barbara Kruger "BARBARA KRUGER: FOREVER" di Asia. Pameran ini akan diadakan mulai 27 Jun hingga 29 Disember di Amorepacific Museum of Art yang terletak di Yongsan, Seoul.

Poster Pameran Barbara Kruger FOREVER APMA
Poster Pameran Barbara Kruger FOREVER APMA

Amorepacific Museum of Art merancang pameran ini bagi meraikan ulang tahun pertama pembukaannya di Yongsan. Acara ini akan membawakan semua karya seni utama Kruger sejak tahun 1980-an hingga kini. Ini merupakan peluang hebat untuk mengalami warna warni sebenar seniman yang telah mengusahakan pelbagai bentuk seni selama lebih 40 tahun tatkala terus mengekalkan gaya dan corak yang konsisten dan asal.

Barbara Kruger (1945-) ialah seorang seniman konseptual Amerika yang terkenal dengan hasil karya seni beliau yang mengaplikasikan teknik-teknik pengiklanan dalam imej dan teks yang diatur seiring. Melalui fon simbolik yang menggamit perhatian dan pesanan yang ringkas namun sangat mendalam, beliau telah menyampaikan isu-isu kuasa, keinginan, kepenggunaan, gender dan kelas secara kritikal dalam media massa dan mekanisme masyarakat kontemporari. Karya beliau membangkitkan persoalan tentang rangka kerja pemikiran yang membina asas cara kita berfikir, seperti tanggapan sejagat, kepercayaan atau stereotaip, yang membolehkan audiens berfikir secara bebas.

Pameran ini akan membawakan 44 hasil kerja yang menonjolkan karya seni (oeuvre) Kruger. Ini termasuk pelbagai bentuk karya seni beliau seperti pemasangan dan visual berskala besar. Seniman ini akan mempamerkan karya Hangeul pertama beliau buat julung kalinya di dunia menerusi pameran ini; Untitled (충분하면만족하라) (2019). Untitled (Forever) (2017, dimiliki oleh Amorepacific Museum of Art), karya yang mewakili pameran ini, direka semula khusus oleh seniman ini untuk Amorepacific Museum of Art. Terdapat juga 16 karya daripada siri kolaj awal tahun 1980-an seperti Your body is a battleground dan We don't need another hero.

Gambaran keseluruhan

  • Tajuk: BARBARA KRUGER: FOREVER
  • Tempoh: 27 Jun (Khamis) - 29 Disember (Ahad) 2019
  • Masa: 10 pagi - 6 petang (pejabat tiket ditutup pada jam 5:30 petang), ditutup pada hari Isnin
  • Tempat: Amorepacific Museum of Art (100, Hangang-daero, Yongsan-gu, Seoul)
  • Hubungi: Amorepacific Museum of Art / +82-2-6040-2345 / museum@amorepacific.com
  • Laman sesawang: http://apma.amorepacific.com
  • Barangan pameran: 44 karya termasuk pemasangan dan visual berskala besar

[Pengenalan kepada pameran utama]

1. Untitled (Plenty should be enough), 2018, Cetakan digital pada kertas dinding vinil, 600 x 2,170 cm

2. Untitled (충분하면만족하라), 2019, Cetakan digital pada kertas dinding vinil, 600 x 2,170 cm

"Banyak seharusnya cukup (Plenty should be enough)" merupakan frasa berulang dalam karya Barbara Kruger. Dengan memasukkan kalimat dalam amalan seninya, beliau memberi pandangan kritikal terhadap kepenggunaan dan keinginan. Dalam karya ini, dilaksanakan dan dipasang dalam bahasa Inggeris dan Korea, kekuatan kata-kata ditemui bukan hanya dalam maknanya tetapi juga dalam ukurannya, dengan kata-kata tersebut memenuhi seluruh dinding. Kruger menggunakan seni bina supaya aktiviti membaca, perbuatan yang umumnya dianggap pegun dan peribadi, menjadi pengalaman yang lebih fizikal.

Untitled (Plenty should be enough), 2018
Untitled (Plenty should be enough), 2018

 

Untitled (충분 하면 만족 하라), 2019
Untitled (충분 하면 만족 하라), 2019

3. Untitled (Forever), 2017, Cetakan digital cetak pada kertas dinding vinil, variabel dimensi (570 x 2,870 x 1,830 cm)

Kertas dinding vinil Untitled (FOREVER) (2017), khusus direka semula oleh artis ini untuk Amorepacific Museum of Art akan melitupi salah satu bilik terbesar di muzium tersebut dari lantai ke siling, menyelubungi audiens dalam suasana yang membingungkan namun merangsang fikiran. Karya khusus di tapak pameran ini menggunakan minat berterusan Kruger dalam bidang seni bina dan peluasan skala pemasangannya.

Untitled (Forever), 2017
Untitled (Forever), 2017

4. Untitled (The_latest_version_of_the_truth), 2018, Cetakan digital pada vinil, 226.1 x 173cm

Karya terbaharu dalam pameran ini ialah cetakan vinil Untitled (The latest version of truth) (2018) yang mengetengahkan hakikat penghasilan fakta adalah tepat pada masanya dalam iklim sosiopolitik semasa.

Untitled (The_latest_version_of_the_truth), 2018
Untitled (The_latest_version_of_the_truth), 2018

[Latar Belakang Barbara Kruger]

Lahir & Tempat Tinggal

1945     Lahir di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat

Kini       Menetap di New York City dan Los Angeles, California, Amerika Syarikat

Pendidikan

1966     Parsons School of Design, New York City, New York, Amerika Syarikat

1965    Syracuse University, Syracuse, New York, Amerika Syarikat

Anugerah dan Geran Terpilih

2005                 Golden Lion untuk Pencapaian Sepanjang Hayat, Venice Biennale ke-51

1983-84             Endowmen Kebangsaan untuk Geran Seni

1976-77             Geran Program Perkhidmatan Artis Kreatif

Barbara Kruger, salah seorang seniman kontemporari yang paling berpengaruh, berkomunikasi dengan dunia dalam bahasa visualnya yang unik untuk mengatur seiring gambar-gambar hitam dan putih dengan tulisan tebal. Beliau kini berpangkalan di Los Angeles dan New York di Amerika Syarikat.

Kruger dilahirkan pada keluarga kelas menengah di Newark, New Jersey, dan belajar di Syracuse University di New York. Setahun kemudian, beliau berpindah ke Parson's School of Design, iaitu ketika beliau memulakan hidupnya di New York, menuntut ilmu di bawah Diane Arbus dan Marvin Israel. Tidak lama kemudian beliau beroleh pekerjaan di Condé Nast Publications, bekerja sebagai pereka untuk Mademoiselle, dan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pereka pada tahun berikutnya. Beliau kemudian bertanggungjawab untuk menyunting gambar dalam majalah House and Garden, dan Aperture. 10 tahun pengalamannya sebagai seorang pereka menjadi asas dalam penciptaan bahasa visualnya yang unik.

Kruger memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 1969, tetapi imej hitam dan putih yang dibingkai berwarna merah, diselaraskan dengan teks tebal yang merupakan tanda ciri beliau mula terkenal pada tahun 1981. Imej-imej yang terdapat dalam majalah lama dan katalog foto disunting, kemudian teks yang selalunya provokatif dan implikatif diletakkan di bahagian atas untuk menangani isu-isu seperti kuasa dan kawalan, media massa dan kapitalisme, putar belit kebenaran dan stereotaip peranan jantina. Slogan-slogan yang dapat difahami dengan segera seperti "I shop therefore I am" (Saya berbelanja oleh itu saya wujud), dan "Your body is a battleground" (Tubuh anda adalah medan pertempuran) menimbulkan parodi dan penghormatan yang tidak terkira banyaknya, menjadikan ini tanda "gaya Kruger".

Oleh sebab penggunaan bahasa, dan gaya papan iklan, dan pengiklanannya, Kruger sering dikelompokkan dengan artis feminis pasca-moden seperti Jenny Holzer, Sherrie Levine, Martha Rosler, dan Cindy Sherman. Namun begitu, karyanya dipamerkan tidak hanya di muzium dan galeri seni yang terkenal, tetapi juga di papan iklan, kad bas, majalah, surat khabar, poster, taman dan platform stesen kereta api. Oleh itu, karya beliau dengan pelbagai media dan komunikasi yang rapat dengan orang awam membolehkan beliau menempa nama sebagai seorang artis yang tiada tolok bandingannya. Beliau dianugerahi Golden Lion untuk Pencapaian Sepanjang Hayat di Venice Biennale ke-51 pada tahun 2005. Pada tahun 2020 karya beliau juga akan dipersembahkan di Art Institute of Chicago.

[Gambaran keseluruhan Amorepacific Museum of Art]

Amorepacific Museum of Art bermula dengan koleksi peribadi kraf dan seramik yang berkaitan dengan wanita, kosmetik dan teh oleh pengasas dan mantan Pengerusi Suh Sungwhan (1924-2003) bagi memulihara dan mempromosikan tradisi-tradisi Korea. Ditubuhkan pada tahun 1979 sebagai Pacific Museum, ia dinamakan semula sebagai Amorepacific Museum of Art (APMA) pada tahun 2009. Muzium ini merangkumkan barangan antik dan seni kontemporari dari Timur dan Barat dan ia telah menyumbang kepada pembangunan budaya seni seperti pameran, penyelidikan, penerbitan dan banyak lagi.

Amorepacific Museum of Art baru dibuka pada tahun 2018 di ibu pejabat Amorepacific yang terletak di Yongsan, Seoul. Muzium baharu ini dibuka kepada semua sebagai plaza untuk muzium, seniman dan pengunjung untuk berkomunikasi dalam bahasa 'seni' yang sama untuk umat manusia. Anda akan menemui lobi dan kedai cenderamata di tingkat pertama selain ruang pameran 'APMA Cabinet' dan perpustakaan katalog pameran dunia (apLAP). Dewan pameran bawah tanah menampilkan semua jenis pameran dan cerita yang merangkumkan barangan antik dan seni kontemporari Korea serta seni dari seluruh dunia.

Ibu pejabat Amorepacific direka oleh arkitek British yang terkenal di dunia David Chipperfield. Beliau berhasrat untuk mengekspresikan keindahan ketunggalan yang unik untuk Amorepacific di tengah-tengah bandar tersebut yang dikelilingi oleh bangunan. Ibu pejabat tersebut walaupun tidak terdiri daripada beberapa bangunan tetapi merupakan sebuah bangunan yang mempunyai bentuk yang anggun dan ringkas. Ia menyerupai keindahan balang bulan porselin putih tanpa teknik-teknik yang rumit, lalu mencetuskan mood yang beraneka dan selesa. Para pengunjung akan dapat mengalami kepelbagaian pameran yang mana karya seni Korea dan luar negara bertemu di Amorepacific Museum of Art.

Amorepacific Museum of Art menyumbang kepada pembangunan budaya seni di kedua-dua Korea dan dunia. Ia akan terus menjalankan beberapa aktiviti untuk mengkaji dan menyokong seni dengan memperkenalkan seni tradisional dan kontemporari Korea kepada dunia serta trend baharu seni global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494116-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494116-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494116-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190612/2494116-1-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190625/2494116-1-e

Source: Amorepacific Museum of Art
Keywords: Art Entertainment