omniture

Whale Cloud julung kali perkenal keupayaan pengewangan 5G di MWC19 Shanghai

Whale Cloud
2019-07-01 12:23 336

SHANGHAI, 1 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Whale Cloud, syarikat teknologi pengkomputeran awan yang terkemuka melancarkan suit pendayaan perniagaan 5G, yang merupakan penaiktarafan daripada penyelesaian d-BEP semasa, di Persidangan Program Rakan Kongsi GSMA semasa MWC19 Shanghai (26-28 Jun). Suit yang baru dilancarkan merupakan penambahbaikan keupayaan pengewangan 5G di bawah penyelesaian naungan transformasi digital syarikat, Platform Pendayaan Perniagaan Digital (d-BEP). Suit tersebut menghimpunkan seni bina kalis masa depan, tahap pertengahan AI dan data, enjin operasi perniagaan yang fleksibel, pengurusan rangkaian 5G dan pasaran ekosistem untuk membantu pengendali telekomunikasi berjaya menjana keuntungan daripada perniagaan 5G.

Tidak seperti 4G, teknologi 5G menyediakan akses yang lebih pantas dan dengan kependaman rendah, serta keupayaan penghirisan rangkaian yang dinamik, lalu membawa peluang-peluang baharu untuk syarikat-syarikat telekomunikasi menjana keuntungan daripada akses rangkaian dan penyelesaian industri dalam pasaran-pasaran vertikal. Walau bagaimanapun, 5G turut membawa cabaran untuk meraih keuntungan: infrastruktur IT syarikat telekomunikasi perlu pintar, fleksibel dan boleh diskala secukupnya bagi menyokong perkhidmatan berbeza dan atas permintaan dengan cara yang berkesan kos. Oleh itu, IT syarikat telekomunikasi akan berkembang menjadi amat pintar, automatik sepenuhnya dan didayakan ekosistem dalam era 5G.

Dikuasakan oleh analitik data raya dan teknologi AI Alibaba, suit pengewangan 5G Whale Cloud menyediakan sokongan E2E untuk perniagaan, rangkaian dan operasi ekosistem, membantu pengendali meluaskan pasaran 2C dan 2B serta memaksimumkan nilai 5G. Suit berkenaan mengandungi:

  • Asas pintar mantap yang terdiri daripada tahap pertengahan data dan tahap pertengahan AI.
  • Rangkaian penuh pengurusan penghirisan rangkaian dan instrumen pengewangan, menyokong reka bentuk, pengaturan, penggunaan, penyelenggaraan dan operasi penghirisan rangkaian.
  • Portal layan diri untuk menyediakan akses mudah untuk penghirisan rangkaian 5G kepada pelanggan perusahaan.
  • Pasaran penyelesaian vertikal yang menyediakan saluran pengewangan untuk rakan kongsi ekosistem.
  • Perundingan dan instrumen operasi perniagaan 5G untuk pengendali bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menjana aliran pendapatan baharu.

Apakah yang baharu dengan suit 5G Whale Cloud?

Tahap pertengahan AI terbuka peringkat perusahaan: Dikuasakan oleh teknologi AI Alibaba dan pengalaman selama 20 tahun oleh Whale Cloud dalam industri ICT, tahap pertengahan AI Whale Cloud disesuaikan untuk sokongan IT industri telekomunikasi. Setakat ini, tahap pertengahan AI telah mengumpul lebih 10,000 tag, 473 model perlombongan industri, 136 model AI, 16 graf pengetahuan. Paling penting, keupayaaan AI boleh dibuka kepada pihak ketiga yang membolehkan pengendali memanfaatkan keupayaan AI dalam semua aplikasi sokongan AI.

Pengurusan penghirisan rangkaian automatik dan pintar: Instrumen penghirisan divisualisasikan disediakan untuk menyokong reka bentuk, penggunaan dan pentauliahan penghirisan automatik, yang membolehkan peruntukan perkhidmatan 5G dibuat dalam 3 minit. Pusat pengawasan yang dipertingkat dengan AI melindungi prestasi penghirisan dalam rangkaian. Pusat O&M penghirisan pintar melakukan pengawasan pada waktu nyata dan mengoptimumkan prestasi penghirisan tepat pada masanya. Pengurusan penghirisan Kitar Hayat penuh dan keupayaan SaaS disokong untuk memudahkan keperluan model perniagaan baharu.

Enjin pengenaan bayaran yang fleksibel: Ia menyokong pengaturan fleksibel metrik berbilang pengenaan bayaran mengikut penyelesaian vertikal tertentu dan senario aplikasi tersuai. Di samping itu, pengenaan bayaran pihak ketiga dan perkongsian pendapatan turut disokong bagi memudahkan pembinaan ekosistem dalam era 5G.

Saluran pengewangan didayakan ekosistem: Portal perkhidmatan penghirisan rangkaian dan pasaran ekosistem menyediakan konfigurasi produk penghirisan E2E, templat penghirisan vertikal, persekitaran pembangunan dalam talian dan pasaran pengewangan penyelesaian vertikal yang membolehkan rakan-rakan kongsi ekosistem untuk terlibat dalam rantaian nilai perniagaan 5G.

Suit 5G adalah dengan asas seni bina tahap pertengahan Alibaba. "Dalam era 5G, memanfaatkan seni bina tahap pertengahan untuk membina infrastuktur IT dapat mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan inovasi perniagaan," kata Steven Cho, Perunding Jawatankuasa Penyelidikan 5G Whale Cloud. "Suit 5G baharu dapat meningkatkan keupayaan Whale Cloud dengan ketara bagi memudahkan pelanggan CSP global untuk mengurus pelbagai senario perniagaan khusus-5G."

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news