omniture

Huawei Lancar Suis dan Penyelesaian Kampus Siri-S CloudEngine Serba Baharu

Membina Rangkaian Kampus Serba Baharu Yang Amat Pantas, Pintar, Terbuka dan Berfokus Perkhidmatan untuk Era Wi-Fi 6
Huawei
2019-07-02 00:52 330

SHENZHEN, China, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan satu kemajuan besar dalam perangkaian kampus dengan memperkenalkan 16 model baharu akses, pengagregatan dan suis teras siri-S CloudEngine. Daripada model yang dilancarkan ini, S12700E CloudEngine, suis teras kampus serba baharu, menggunakan cip set Solar untuk meningkatkan kapasiti pensuisan setinggi 57.6 Tbit/s yang pernah dicapai. S12700E CloudEngine yang beraneka ciri ini merupakan bahagian penting dalam tawaran hujung-ke-hujung Huawei yang disesuaikan untuk era Wi-Fi 6. Selain itu, dengan pengautomatan rangkaian yang dinaik taraf dan keupayaan O&M pintar berkuasa AI, Penyelesaian CloudCampus Huawei akan memberikan peningkatan ketara kecekapan pelancaran perkhidmatan dan membantu perusahaan daripada semua saiz untuk membina rangkaian kampus berfokus perkhidmatan dengan pantas.

Kitty Fok, Pengarah Urusan International Data Corporation (IDC) China, berkata dalam ucapan dasar beliau: "Transformasi digital telah memasuki fasa baharu. IDC meramalkan bahawa menjelang tahun 2020, kira-kira 55 peratus daripada perusahaan akan memiliki keupayaan 'membuat keputusan digital' bagi mencapai pemahaman, kecerdasan, autonomi dan kolaborasi secara meluas." Menerusi perusahaan digital seperti ini, rangkaian ini akan bersifat merata dan tersedia sama seperti udara yang kita gunakan untuk bernafas, dengan pengurusannya lebih ringkas berbanding sebelum ini.

"Rangkaian kampus, yang bertindak sebagai asas untuk membina platform digital kalis masa depan untuk perusahaan, mengalihkan tumpuan mereka daripada ketersambungan data kepada ketersambungan perkhidmatan. Oleh itu, membina rangkaian kampus didorong hasrat menjadi keutamaan dalam agenda kami," kata Zhao Zhipeng, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Rangkaian Produk Komunikasi Data Huawei. "Dalam era Wi-Fi 6, rangkaian kampus perlu mempunyai ciri-ciri baharu termasuk kapasiti yang ultra besar, kependaman ultra rendah 10-milisaat, pelancaran perkhidmatan tanpa konfigurasi dan penyembuhan kendiri daripada kegagalan rangkaian. Rangkaian kampus juga harus menggunakan seni bina terbuka, memudahkan evolusi yang lancar daripada rangkaian kampus tradisional kepada rangkaian yang pintar dan mudah."

Portfolio Suis Kampus Siri-S CloudEngine Generasi Seterusnya daripada Huawei

Suis kampus CloudEngine terbaharu disediakan melalui 16 model: siri S5700 CloudEngine (suis akses GE pintar), siri S6700 CloudEngine (suis pengagregatan penghalaan 10GE) dan siri S12700E CloudEngine (suis teras inovatif dengan prestasi tertinggi dalam industri). Sebagaimana yang telah disahkan oleh Tolly Group, S12700E CloudEngine memberikan kapasiti pensuisan sebanyak enam kali ganda daripada purata industri dan menyediakan lebar jalur slot-tunggal yang terbesar, ketumpatan port 100GE tertinggi dan kapasiti pensuisan terbesar antara kesemua produk yang setanding. Siri-S CloudEngine Huawei juga merupakan yang pertama seumpamanya dengan gabungan optimum keupayaan penumpuan berwayar dan tanpa wayar, enjin penipuan ancaman dan sokongan telemetri.  

Rangkaian Kampus Pintar dan Mudah Berfokus pada Ketersambungan Perkhidmatan 

Rangkaian berfokus perkhidmatan perlu menyediakan bukan sekadar ketersambungan jalur lebar ultra, tetapi juga menawarkan pengurusan yang sangat automatik dan O&M pintar bagi mempercepatkan pelancaran perkhidmatan sekaligus menjamin kualiti dan pengalaman perkhidmatan yang tinggi pada waktu nyata.

  • Pengurusan automatik: Menerusi penggunaan meluas pejabat bergerak dan aplikasi awan, pengurusan dasar rangkaian menjadi lebih rumit berbanding sebelum ini. Sebagai respons, Penyelesaian CloudCampus Huawei menyediakan pusat pengurusan rangkaian sehenti yang mengutomasikan perancangan, penggunaan, dasar dan pemantauan rangkaian dalam seluruh WLAN, LAN dan WAN melalui Antara Muka Pengguna Grafik (GUI) tanpa memerlukan Antara Muka Baris Perintah (CLI) tradisional. Hasilnya, kecekapan pengurusan rangkaian dapat ditingkatkan sebanyak lebih 80 peratus.
  • O&M Pintar: Kegagalan boleh diperbaiki dengan tepat dan cepat hanya apabila pengalaman rangkaian pengguna boleh diukur secara kuantitatif. Atas sebab inilah Huawei menaik taraf sistem O&M pintar berkuasa Pembelajaran Mesin (ML) dan AI miliknya. Sistem baharu ini menyediakan penilaian pengalaman kuantitatif, analisis punca asas dan ramalan kegagalan pintar, membolehkan kegagalan rangkaian dikesan dan diselesaikan dalam beberapa minit.
  • Keterbukaan semua lapisan: Selain pengautomatan rangkaian dan ciri-ciri kecerdasan yang menarik itu, Penyelesaian CloudCampus Huawei direka dengan keterbukaan semua lapisan untuk memudahkan penaiktarafan dan evolusi rangkaian perusahaan. Pada masa kini Huawei telah mengesahkan kebolehoperasian berbilang vendor yang berjaya dengan lebih 800 model peranti rangkaian daripada vendor-vendor terkemuka di seluruh dunia; bekerjasama erat dengan lebih 40 rakan kongsi dalam pengurusan rangkaian, pengesahan, sekuriti dan bidang lain; serta membangunkan penyelesaian bersama dengan lebih 30 rakan niaga di seluruh dunia. Huawei juga membina 26 Makmal Pengesahan Bersama (JVL) di seluruh dunia yang mendayakan pelancaran perkhidmatan yang lebih pantas dan lebih lancar melalui pengesahan penyelesaian bersama.

Huawei ialah penyedia teknologi dan penyelesaian global yang terkemuka dalam bidang rangkaian kampus dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di 150 negara dan wilayah di serata dunia. Menurut IDC, Huawei mengekalkan kedudukan teratas dalam pasaran suis kampus China selama empat tahun berturut-turut dan menduduki tempat kedua dalam pasaran suis kampus global untuk tahun ketiga berturut-turut. Tawaran rangkaian kampus Huawei membantu pelanggan dalam sektor pendidikan, kewangan, kerajaan, perusahaan besar, penjagaan kesihatan, pembuatan dan sektor-sektor lain bagi mencapai matlamat transformasi digital mereka.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services