omniture

Terra Drone labur dalam RoNik Inspectioneering perluas portfolio pemeriksaan ruang terbatas dalam industri proses

Usaha sama baharu, Terra Inspectioneering, akan menumpu pada sektor minyak dan gas seluruh dunia
Terra Drone Corporation
2019-07-02 21:00 444

TOKYO, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Terra Drone Corporation, salah satu penyedia yang terbesar bagi penyelesaian dron perindustrian di dunia, mengumumkan penyelesaian pelaburannya dalam RoNik Inspectioneering, sebuah syarikat Belanda terkemuka yang melaksanakan pemeriksaan visual dan ultrasonik menggunakan robot tanpa wayar. Menerusi pelaburan ini, RoNik Inspectioneering menjadi sebahagian daripada kumpulan Terra Drone dan dinamakan semula sebagai Terra Inspectioneering. Syarikat akan memberi tumpuan pada pemeriksaan ruang perindustrian, berbahaya dan tertutup, seperti tangki simpanan, dandang, pemanas lampau, relau, cerobong, saluran paip dan banyak lagi.

RoNik’s patented drone inspects tank thickness
RoNik’s patented drone inspects tank thickness

 

UT graph that can be checked on the ground monitor
UT graph that can be checked on the ground monitor

RoNik membawakan sejarah panjang dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan sebanyak lebih 200 kali untuk pengusaha utama minyak dan gas, petrokimia, makanan dan minuman di Eropah dan menganggap syarikat-syarikat minyak dan gas utama dunia sebagai pelanggannya. (Lihat proses pemeriksaannya: https://vimeo.com/290357142) Awal tahun ini, RoNik memenangi pertandingan Wira Dron Eropah 2019 (Drone Hero Europe 2019) yang dikelolakan oleh European UAV Knowledge Area (EUKA). Terra Drone diketahui melabur dalam syarikat-syarikat teknologi yang menawarkan penyelesaian tanpa pemandu berbeza kepada pengguna dan RoNik amat sesuai untuk tujuan ini.

RoNik telah mewujudkan satu bidang unik dalam industri dengan membangunkan teknologi UT proprietari yang menjadikan ujian ketebalan ultrasonik di tempat-tempat tertutup yang sukar dicapai amat mudah. Penggunaan dron untuk pemeriksaan tangki bukan sahaja menyingkirkan keperluan untuk meletakkan manusia di tempat yang berbahaya, bahkan ia turut mengurangkan masa yang diambil untuk membuat pemeriksaan sebanyak 40% hingga 60%. Data yang diperoleh daripada dron UT berpaten RoNik dikongsikan dalam bentuk model 3D berasaskan awan yang inovatif. Laporan ini mempunyai pematuhan penuh piawaian pemeriksaan industri tangki simpanan seperti API-653 dan EEMUA 159.

Toru Tokushige, Ketua Pegawai Eksekutif, Terra Drone Corporation, berkata, "Syarikat-syarikat minyak dan gas pantas menyedari bagaimana dron boleh digunakan untuk meningkatkan kadar operasi kilang, menjimatkan masa dan mengurangkan kos. Dengan menggabungkan teknologi pengujian tanpa musnah yang terbukti dan andal RoNik kepada set penyelesaian yang kami tawarkan melalui jaringan global Terra Drone melibatkan lebih 25 negara, kami akan berupaya menampung keperluan syarikat-syarikat minyak dan gas di seluruh pelosok dunia."

Terra Drone akan terus melabur dalam syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia yang mempunyai teknologi canggih.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Terra Drone Co.
Tel: +81(0)3-6319-7193
Emel:
info.en@terra-drone.co.jp
Laman Sesawang Terra Drone:
https://www.terra-drone.net/global/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2513700-1-a
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2513700-1-b

Source: Terra Drone Corporation
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Joint ventures STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)