omniture

Daerah Lishi, bandar Lvliang di Shanxi, utara China tingkatkan pembangunan pelancongan desa peringkat tinggi

The People's Government of Shanxi
2019-07-04 02:16 335

LVLIANG, China, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Tiga buah kampung di daerah Lishi, Lvliang, sebuah bandar di Wilayah Shanxi, utara China, dipilih dengan jayanya antara 100 kampung demonstrasi pelancongan desa tahap-AAA pertama di Shanxi, menurut satu pengumuman yang dibuat oleh pejabat akhbar Kerajaan Rakyat Wilayah Shanxi pada 25 Jun lalu.

Diketahui bahawa antara 100 kampung demonstrasi pelancongan desa tahap-AAA pertama di Wilayah Shanxi, enam daripadanya adalah dari Lvliang yang mempunyai banyak sumber pelancongan alam semula jadi dan budaya.

Kampung demonstrasi pelancongan desa merujuk kepada kampong yang menawarkan pelancongan sebagai industri utamanya atau industri cirian dengan bergantung pada sumber-sumber pelancongan kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada penduduk kampung dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi luar bandar, menurut Li Gui, timbalan pengarah Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Shanxi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, daerah ini telah mempercepatkan pembinaan jenama pelancongannya sendiri menerusi pembangunan pertanian, ekologi dan pelancongan sebagai tumpuan. Sementara itu, ia turut memberi tumpuan pada pembinaan projek-projek pembasmian kemiskinan pelancongan desa di 23 buah kampung, dalam usaha untuk menggalakkan pembinaan pelancongan desa yang diselaraskan.

Pada tahun 2018, daerah ini menerima lebih satu juta pelancong, dengan pendapatan yang diperoleh daripada pelancongan melebihi 98 juta yuan, meningkat 40 peratus berbanding tahun sebelumnya dan membantu membebaskan lebih 3,000 orang keluar dari belenggu kemiskinan.

Tahun ini, daerah ini akan terus mengambil langkah-langkah untuk memupuk pembangunan pelancongan desa yang mampan dan sihat, termasuk melaksanakan pengurusan perusahaan-moden ke tempat-tempat indah, meningkatkan tahap perkhidmatan kemudahan di tempat-tempat ini, mempercepatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk budaya serta kreatif dan sebagainya.

Source: The People's Government of Shanxi
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel