omniture

OKI Lancar Pencetak Label Tampung Keperluan Industri

Pengeluar pencetak khusus dari Jepun melancarkan Pencetak Label Berwarna Pro Series di Asia Tenggara bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang dan berubah-ubah
OKI Data Singapore
2019-07-04 10:30 354

SINGAPURA, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ -- OKI telah melancarkan mesin cetak label format-sempit yang mengubah industri untuk dijual di Asia Tenggara. Pencetak label 'Pro Series' baharu, Pro1040 dan Pro1050, merupakan pencetak khusus label torehan tunggal kecil yang pertama di dunia, yang menggunakan LED dengan teknologi toner (EP). Teknologi pencetakan terkini untuk mencetak label ini dijangka dapat memberi faedah besar kepada pelbagai industri dan perniagaan di rantau ini.

Pencetak Label Pro Series: OKI mencipta dua variasi untuk dipilih oleh pelanggan - Pro1040 dan Pro1050
Pencetak Label Pro Series: OKI mencipta dua variasi untuk dipilih oleh pelanggan - Pro1040 dan Pro1050

 

Pencetak label Pro Series baharu membolehkan pengguna menikmati pengendalian medium yang amat fleksibel, ketahanan yang tinggi, kebolehlanjutan dan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah. Pro1040 mencetak label-label berwarna warni menggunakan toner CMYK, manakala Pro1050 melakukan yang sama tetapi didatangkan dengan kebolehan tambahan untuk mencetak tompok putih (CMYK+W). Dengan menggunakan toner putih, Pro1050 boleh mencetak label dengan teks dan grafik berwarna putih sahaja, selain menghasilkan latar belakang putih lutsinar di bawah imej berwarna warni bagi menghasilkan label-label yang lebih menarik lagi pada medium label lutsinar mahupun berwarna.

Banyak industri memerlukan jenis label yang berbeza dan di sinilah keserbabolehan Pro1040 dan Pro1050 membuktikan kekuatannya. Dengan pengendalian medium yang tiada tandingan, pencetak label Pro Series boleh mencetak pada pelbagai medium bermula dengan kertas bertekstur kepada filem sintetik dan lutsinar (PET) serta banyak lagi. Label dengan ukuran panjang sehingga 1320.8mm dan sekecil 12.7mm - dengan panjang potongan minimum 101.6mm - boleh dihasilkan dengan mudah. Sifat-sifat teknikal ini - berserta teknologi toner putih - menjadikan pencetakan khusus dapat dijayakan. Pencetak label Pro Series meluaskan keupayaan hiasan perniagaan dan membantu syarikat-syarikat mencipta label yang lebih unik dengan pesanan bertujuan atau fungsi tertentu. Dengan pencetak ini, syarikat-syarikat tekstil dan pakaian dapat mencipta tag pakaian yang unik, malah syarikat-syarikat keselamatan juga dapat mencetak label dengan pengedap keselamatan khas yang digunakan untuk mendedahkan begaan manusia.

Untuk industri automobil, keluli dan banyak lagi industri pembuatan berat yang lain dengan operasi dalam kilang, pencetak label Pro Series dapat menghasilkan label penunjuk seperti label GHS, label kimia, label ISO dan label pengecaman, yang dapat membantu meningkatkan keterlihatan bahagian dan bekas kimia di kilang dan tapak gudang. Label amaran tersuai juga boleh dicetak untuk mengingatkan pekerja tentang barangan, bahan atau kawasan yang berbahaya.

Dalam sektor peruncitan, syarikat-syarikat sentiasa melakukan penaiktarafan kepada label utama mereka dan meskipun grafik reka bentuk penting untuk label utama, kualiti cetakan imej, pilihan medium dan kelajuan pengeluaran adalah sama penting. Dalam industri makanan dan minuman, produk-produk baharu dan sentiasa berubah-ubah merupakan sebahagian daripada kepenggunaan yang semakin berkembang di Asia Tenggara dan ini membawa kepada peningkatan permintaan untuk label yang lebih menggamit perhatian dan dihasilkan dengan lebih baik. Label makanan, label wain tersuai, label minuman botol, label kosmetik, label tamat tempoh produk dan label maklumat yang dilekatkan pada pempakejan produk kedai runcit, hanyalah beberapa contoh daripada apa yang boleh dihasilkan secara berkesan oleh pencetak label Pro Series tanpa perlu menanggung kos yang tinggi atau bertolak ansur terhadap kualiti. Di samping itu, dengan mencetak secara dalaman iaitu dalam pejabat atau premis perniagaan sendiri, label tersuai boleh disediakan dan digunakan dalam masa yang amat singkat dan pantas, dan atas permintaan.

Menggunakan teknologi pengecaman auto, banyak hospital, kilang, syarikat logistik dan perniagaan runcit memudahkan operasi mereka dengan menggunakan label yang dicetak dengan kod bar, data boleh ubah atau aksara yang amat kecil. Hakikat bahawa pencetak label Pro Series boleh mencetak kesemua ini dengan tepat - dan pada jenis medium berbeza termasuk medium yang lebih tebal - menjadikannya sesuai untuk menghasilkan label reagen, label pengurusan proses, label logistik serta label perubatan yang mengandungi maklumat sulit, serta dalam warna penuh.

"Kami berasa bangga kerana akhirnya dapat melancarkan pencetak label Pro Series di Asia Tenggara," kata Masahiko Tsuda, Pengarah Urusan untuk Oki Data (Singapore) Pte. Ltd. dan Presiden Oki Systems (Thailand) Ltd. "Banyak perniagaan di rantau ini mempunyai keperluan pelabelan, maka menjadi perkara biasa apabila syarikat-syarikat berkenaan mencari cara yang lebih cekap dan berkesan kos untuk menambah baik aspek perniagaan mereka ini. Menggunakan teknologi warna LED termaju, kami yakin bahawa pencetak label Pro1040 dan Pro1050 baharu dapat membantu perniagaan meningkatkan pendapatan dan memperbaiki operasi mereka."

Untuk pemilik perniagaan, Pro1040 dan Pro1050 menandakan nilai yang sangat baik untuk pengeluaran label kerana ia menawarkan tahap kecekapan yang tinggi dengan pelaburan modal yang rendah. Pencetak label khusus ini adalah untuk pengguna yang memerlukan pencetakan atas permintaan dan keserbabolehan. Pemilik perniagaan yang ingin mencipta lebih banyak pilihan reka bentuk label, namun mencetak dalam jumlah yang sedikit - bagi mengurangkan stok label dan pembaziran - akan mendapati pencetak label Pro Series sesuai untuk keperluan mereka. Di samping itu, pencetak ini mudah dipasang dan juga mudah dikendalikan.

Pencetak label Pro1040 dan Pro1050 kini disediakan untuk tujuan jualan di Asia Tenggara. Pelanggan yang berminat untuk membeli atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk ini, boleh menghubungi pejabat OKI tempatan, pengedar atau penjual semula OKI yang sah.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Singapura: www.oki.com/sg/printing 
Thailand: 
www.oki.com/th/printing 
Malaysia: 
www.oki.com/my/printing

Spesifikasi teknikal Pro1040 / Pro1050 OKI:

  • Pilihan Warna: Pro1040 (CMYK) / Pro1050 (CMYK+W)
  • Kelebaran Medium: Kertas gulung: 29.4mm (1.16") - 130mm (5.1") termasuk pelapik
  • Ketebalan Medium: 0.076 - 0.250mm
  • Kelebaran Label: 25.40 - 126mm
  • Pengesanan Medium: Tanda Hitam (dicetak pada bahagian belakang pelapik), Sela, Tiada
  • Format Medium: Gulungan
  • Bahasa Pencetak: Adobe PostScript3, emulasi PCL 5c, emulasi PCL 6 (XL)
  • Pemotong Auto: Potongan penuh dengan bilah berputar  
  • Dimensi (LxDxT): 1,040x 477 x 441 mm (pencetak dengan unwinder)
  • Berat (termasuk bekalan): Kira-kira 62.0 kg (pencetak dengan unwinder)

Latar Belakang OKI Data Singapore

OKI Data Singapore ialah subsidiari OKI Data Corporation - unit perniagaan pencetak global OKI Group. Syarikat menyediakan pencetak pejabat, penyelesaian pengurusan dokumen dan peralatan pencetakan khas seperti pencetak seni grafik dan pencetak label, kepada syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi di Asia Tenggara dan Hong Kong.

Perhubungan media:
Oki Data (Singapore) Pte Ltd
Oscar Tan: Pengurus Pemasaran & Komunikasi, Asia Tenggara & Hong Kong
Emel: odsp-press@oki.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2511734-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190628/2511734-1LOGO

Source: OKI Data Singapore
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Computer Accessories New products/services