omniture

Huawei dan Lebih 30 Rakan Kongsi Industri Wujudkan Perikatan Industri dan Tapak Inovasi Industri untuk Perangkaian Berketentuan 5G

Huawei
2019-07-04 17:16 586

Keupayaan 5G "Berbeza & Berketentuan" Dayakan Ribuan Industri

SHANGHAI, 4 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Di MWC 19 Shanghai, Sidang Kemuncak Perangkaian Berketentuan 5G diadakan dengan jayanya. Semasa sidang kemuncak ini, Huawei dan lebih 30 rakan kongsi industri bersama-sama mewujudkan satu perikatan industri dan tapak inovasi industri melalui perangkaian berketentuan 5G. Pewujudan perikatan ini bertujuan untuk terus mempromosikan konsensus berhubung pembangunan industri dan pembinaan ekosistem serta mempercepatkan pembangunan industri 5G.

Majlis penubuhan untuk perikatan industri rangkaian deterministik 5G and tapak inovasi industri
Majlis penubuhan untuk perikatan industri rangkaian deterministik 5G and tapak inovasi industri

Keupayaan perkhidmatan rangkaian berbeza dan berketentuan merupakan kunci kepada pembangunan aplikasi industri 5G. Huawei merupakan yang pertama dalam industri yang mencadangkan idea perangkaian berketentuan. Dengan memanfaatkan teknologi-teknologi utama seperti Natif Awan, seni bina teragih, Penghirisan Rangkaian dinamik, pintar serta MEC heterogen berprestasi ultra, perangkaian berketentuan 5G mengguna pakai "Awan Tunggal" bagi memenuhi keperluan rangkaian berbeza dan komitmen SLA berketentuan merentas industri bagi memastikan pengalaman pengguna yang optimum, mempromosikan inovasi aplikasi industri dan mendayakan ribuan industri.

Cik Shi Jilin, Presiden Barisan Produk Rangkaian Teras Awan Huawei menyampaikan ucapan tentang pewujudan perikatan ini: "5G bermakna lebih banyak kemungkinan untuk industri digital dan rangkaian 5G akan menyediakan persekitaran rangkaian yang andal dan boleh diramalkan untuk aplikasi industri agar seiring dengan keperluan berbeza dan berketentuan untuk industri-industri. Perikatan industri perangkaian berketentuan 5G bertujuan untuk menyatukan rakan-rakan kongsi industri bagi menggalakkan kolaborasi terbuka antara rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran, menginkubasikan amalan terbaik dalam aplikasi industri serta mempromosikan pembangunan yang sihat dan mampan dalam industri-industri."

China Mobile, China Unicom, China Telecom dan rakan-rakan kongsi industri yang lain, seperti China Media Group, State Grid Jiangsu Electric Power Company, Country Garden Holdings, Guangzhou Public Transportation Group dan Haier, berkongsi aplikasi dan amalan industri mereka, menunjukkan prospek luas dan daya tenaga aplikasi 5G dalam industri-industri berbeza.

Liu Yun Jie, ahli akademik daripada Chinese Academy of Engineering, mengulas: "Rangkaian masa depan akan menyediakan pengguna dengan puluhan bilion sambungan dan perkhidmatan rentas-masa-dan-ruang, selamat dan pintar. Ia akan menjadi bahagian yang amat diperlukan dalam kehidupan sosial kita." Ahli akademik ini turut menyeru rakan-rakan kongsi industri untuk menggalakkan pembangunan platform berasaskan perikatan industri perangkaian berketentuan 5G dan tapak inovasi industri, berkolaborasi antara satu sama lain bagi meneroka model perniagaan yang saling menguntungkan serta mempromosikan pembangunan rangkaian masa depan.

Di sidang kemuncak ini, Huawei dan lebih 30 rakan kongsi industri bersama-sama mengadakan sebuah upacara perasmian bagi pewujudan perikatan industri perangkaian berketentuan 5G dan tapak inovasi industri. Pewujudan perikatan ini akan membuka lembaran baharu untuk pembangunan 5G dan mempercepatkan penggunaan komersial 5G serta aplikasi industri. Dengan berganding bahu bersama-sama, ahli-ahli perikatan akan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan rangkaian 5G berbeza dan berketentuan serta tapak inovasi industri bagi menginkubasikan lebih banyak penyelesaian dan aplikasi 5G yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190701/2513632-1

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Trade show news