omniture

Taiwan Expo menawan Pulau Pinang dengan produk terbaik dari Taiwan

Taiwan Expo by TAITRA
2019-07-05 15:00 147

PULAU PINANG and KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Taiwan Expo 2019 akhirnya dilancarkan hari ini di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang. Ekspo yang dinanti-nantikan ini mempamerkan produk-produk dari 140 pengilang Taiwan di 110 gerai pameran, memberi peluang kepada pelawat untuk belajar mengenai teknologi dari Taiwan yang terkenal di seluruh dunia seperti bandar pintar, Industri 4.0, teknologi hijau, rawatan perubatan, trend produk gaya hidup, pelancongan, teh gelembung (bubble tea), makanan istimewa Taiwan dan Halal Taiwan Pavilion. Acara yang berlangsung selama dua hari ini dijangka menjana peluang perniagaan di antara Taiwan dan Malaysia buat tiga tahun berturut-turut.

Pengerusi TAITRA En James C.F. Huang melancarkan pembukaan rasmi acara ini dengan tetamu kehormat Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Chow Kon Yeow dan wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia H.E. Puan Anne Hung. Menurut En James Huang, ini adalah tahun ketiga berturut-turut Taiwan Expo diadakan di Malaysia dan kali pertama di Pulau Pinang. Acara tahun ini memberi peluang baik untuk perniagaan di bahagian utara Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan dari Taiwan.

Taiwan Expo 2019 dilangsungkan di Setia SPICE Convention Centre di Pulau Pinang pada 5 dan Julai. Acara ini menampilkan 12 pavilion bertema dan 2 kawasan pameran untuk produk dan perkhidmatan di bawah 6 segmen utama – "Bandar Pintar & Industri 4.0", "Teknologi Hijau", "Perubatan", "Halal Taiwan", "Gaya Hidup Taiwan", "Pelancongan Taiwan".

Selaras dengan langkah kerajaan Malaysia ke arah bandar pintar, Taiwan Smart City Pavilion akan mempamerkan pelbagai solusi penuh yang meliputi integrasi perkakasan dan perisian untuk bandar raya masa depan; Taiwan Excellence Pavilion akan mempamerkan jenama terkemuka di dalam revolusi Industri 4.0 Taiwan seperti solusi pengurusan kesihatan dari Advantech, lengan robotik dari HiWin dan teknologi runcit pintar; Taiwan Healthcare Pavilion akan memperkenalkan produk perubatan yang canggih termasuk PhotoTherapy, suatu kejayaan besar dalam rawatan kanser.

Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion dan Taiwan Agriculture Pavilion akan memperkenalkan produk terbaik dari Taiwan yang disahkan halal. Ini akan menguatkan lagi kerjasama di antara industri halal Malaysia dan Taiwan, serta membantu Taiwan menembus pasaran halal global yang terdiri daripada 1.8 bilion penduduk. Ekspo ini juga akan mempamerkan fesyen berfungsi dari Taiwan manakala Taiwan Beauty Pavilion akan menampilkan pelbagai produk seperti peralatan berteknologi tinggi, suplemen kecantikan dan juga topeng muka perisa bubble tea.

Source: Taiwan Expo by TAITRA
Keywords: Agriculture Beverages Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages Trade show news