omniture

Xelerate® SunTec Bantu Bank-bank Percepat Transformasi Digital dengan 'Singkirkan Fungsi Teras'

SunTec
2019-07-11 11:26 77

Mendayakan pemodenan teras – model 'tinggalkan dan manfaatkan' ringkas yang memberikan penumpuan pelanggan sebenar 

LONDON dan THIRUVANANTHAPURAM, India, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- SunTec, peneraju bagi pengurusan hasil dan pengaturan pengalaman pelanggan, mengumumkan pelancaran Teras Digital Xelerate® - pendekatan berisiko amat rendah untuk bank-bank mempercepatkan perjalanan transformasi Digital mereka, tanpa perlu menggantikan sistem teras legasi yang stabil dari segi fungsinya.

Xelerate® memudahkan proses dengan 'menyingkirkan fungsi-fungsi penglibatan pelanggan' daripada sistem teras dan mengurusnya sebagai lapisan rentas-perusahaan mendatar. Ini termasuk keupayaan inovasi produk, pengurusan data pelanggan sofistikated, ekosistem rakan kongsi dan pengurusan hasil serta penentuan harga. Melalui pendekatan ini, bank-bank dapat mengguna pakai teknologi baharu dengan pantas, menambah lebih banyak fungsi dan keupayaan, menawarkan produk yang disesuaikan dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Matlamatnya adalah untuk beralih daripada organisasi berasaskan produk kepada organisasi tangkas yang mengutamakan pelanggan.

Ini sejajar dengan analisis oleh Naib Presiden dan Ketua Penganalisis Forrester, Jost Hoppermann tentang apa yang diperlukan oleh bank-bank untuk berjaya dengan Transformasi Digital. Dalam laporan 'The State Of Digital Banking Transformation, 2019' (Keadaan Transformasi Perbankan Digital 2019), Jost menasihatkan bahawa, "Kemestian transformasi perbankan digital tidak pernah serelevan hari ini. Bank-bank perlu segera beralih kepada landskap aplikasi yang terkini. Tanpa landskap sedemikian, mereka akan mendapati sukar untuk melakukan lebih daripada sekadar terus bertahan pada dekad akan datang."

Menekankan betapa mudahnya hal ini dapat dilakukan, Nanda Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif SunTec, berkata "Matlamat kami adalah untuk membantu bank-bank memutuskan hubungan aspirasi transformasi digital mereka daripada keadaan sistem legasi mereka. Xelerate® melengkapi bank-bank dengan ketangkasan dan kefleksibelan yang diperlukan untuk menjadikan rancangan Transformasi Digital mereka berhasil. Ia membolehkan bank-bank menghimpunkan pelbagai aspek teknologi bagi mencipta pengalaman pelanggan yang baharu." Mengulas tentang pembinaan Xelerate®, beliau menjelaskan, "Pendekatan kami mudah - meminimumkan risiko, memanfaatkan infrastruktur sedia ada dan melengkapi bank-bank untuk memiliki pengalaman pelanggan. Ketangkasan ialah daya penggerak untuk semua perjalanan transformasi digital dan Xelerate® dibangunkan untuk menyediakan kesemua parameter yang disebutkan di atas."

SunTec berganding bahu dengan Capgemini untuk membawakan penyelesaian penglibatan pelanggan diperibadikan kepada pelanggan perkhidmatan kewangan global dengan Teras Digital Xelerate®. Anirban Bose, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Capgemini berkata, "SunTec merupakan bahagian penting dalam ekosistem rakan kongsi kami yang berkembang tatkala kami berusaha untuk memberikan penawaran yang paling berkuasa dan relevan bagi memenuhi keperluan kumpulan pelanggan global kami. Xelerate® boleh digunakan pada infrastruktur legasi dan moden serta membolehkan bank-bank untuk mencipta proposisi berasaskan gaya hidup yang disesuaikan, yang merupakan satu kemestian utama untuk banyak pelanggan perbankan kami tatkala mereka berusaha untuk berubah secara digital."

Colin Dinn, Ketua Pegawai Teknologi Siam Commercial Bank berkongsi bagaimana SunTec membantu mencapai matlamat bank berkenaan. Beliau menjelaskan, "Kami bertanyakan sesama sendiri bagaimana kami dapat kekal relevan kepada pelanggan kami? Kami melihat Transformasi Digital sebagai satu kemestian yang perlu kami ikuti dengan amat pantas. Tumpuan kami adalah untuk memisahkan pengalaman pelanggan daripada sistem rekod. Xelerate® SunTec membantu kami beralih daripada seni bina pembuatan kepada seni bina pemasangan. Kini, kami mempunyai mekanisme yang dapat membawakan keupayaan baharu, menggabungkannya dengan keupayaan sedia ada kami dan kemudian meningkatkannya untuk pelanggan kami. Ini bermakna kami dapat menginovasi dengan lebih pantas dan beralih dengan lebih cepat."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Xelerate® SunTec, sila kunjungi: http://suntecgroup.com/

Latar Belakang SunTec™ 

Di SunTec, kami membantu pelanggan kami meningkatkan nilai sepanjang hayat hubungan pelanggan mereka melalui pengurusan hasil yang berkesan dan pengaturan pengalaman pelanggan waktu nyata. Kami merupakan penyedia terkemuka bagi penyelesaian transformasi digital bertumpu pelanggan dan pengaturan pengalaman, bukan hanya kepada perkhidmatan kewangan tetapi juga industri perkhidmatan digital dan komunikasi. Dengan kekayaan legasi penggunaan di lebih 45 negara, SunTec ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh bank-bank dan penyedia-penyedia perkhidmatan digital dan komunikasi yang terkemuka di dunia. Beribu pejabat di India, kami mempunyai pejabat-pejabat kami di AS, UK, Jerman, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Australia.

Untuk pertanyaan media, hubungi:
SunTec:
Anoop M George
Ketua-Korporat & Pemasaran Digital
Emel: anoopmg@suntecgroup.com 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/927544/SunTec_Logo.jpg

 

 

Source: SunTec
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology