omniture

Retrica Perkenal Musim 2 Dengan Kebolehgunaan UI/UX Lebih Baik

Retrica telah mencecah 420 juta muat turun di seluruh dunia
Retrica kukuhkan Perkhidmatan Pandangan dan Inspirasi
Retrica
2019-07-11 13:00 377

SEOUL, Korea Selatan, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Retrica (Ketua Pegawai Eksekutif Sangwon Park) mengumumkan kemas kini lengkap aplikasi foto serba gunanya pada 10 Julai. Aplikasi popular ini membolehkan pengguna untuk menggabungkan pelbagai warna dan cahaya.

Retrica perkenal musim 2 dengan UI/UX dikemas kini dan ciri baharu
Retrica perkenal musim 2 dengan UI/UX dikemas kini dan ciri baharu

Kemas kini ini, Retrica Musim 2, direka untuk menganalisis corak penggunaan dan meningkatkan kebolehgunaan aplikasi berdasarkan hasilnya, selain menghasilkan UI/UX untuk pengambilan foto (satu ciri utama Retrica) yang lebih mudah dan koleksi penapisnya lebih mudah digunakan. Pelbagai nisbah aspek, kesan kabur zum dan pengecapan masa ditambah bagi menawarkan pengalaman yang lebih menyeronokkan kepada pengguna.

Perkhidmatan Inspirasi, yang dibawakan oleh Retrica dengan bangganya, terdiri daripada "Pencari Pemandangan" dan "Pandangan". Pencari Pemandangan membolehkan anda berkongsi foto yang anda ambil menggunakan Retrica, membolehkan anda berkongsi "pengalaman pemandangan" anda. Sekiranya anda mengklik pada foto yang dipaparkan pada Inspirasi, anda dapat melihat penapis yang akan memberi kesan warna yang serupa. Pandangan menyediakan penyampaian kandungan dengan kisah-kisah yang menarik dan mudah difahami tentang warna, cahaya dan foto yang ditawarkan oleh Retrica. Ia dijangka akan disiarkan secara bersiri sekali seminggu.

"Retrica telah berkembang seiring dengan trend swafoto global dan kini bersiap sedia untuk lonjakan baharu ke hadapan. Penapis Retrica akan mengukuhkan kedudukannya sebagai alatan yang paling ringkas dan paling mudah untuk merakamkan pemandangan sepenuhnya sebagai pengalaman pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif Retrica Sangwon Park. "Retrica akan terus membangunkan penapis baharu dengan menggabungkan warna, lorek dan cahaya bagi membolehkan pengguna telefon pintar di seluruh dunia mengambil gambar yang lebih halus, indah dan beremosi."

Anda boleh menemui Retrica baharu di Play Store Google dan App Store Apple.

Latar Belakang Retrica

Retrica disukai kerana kualiti dan kebolehan tiada tandingannya untuk menggabungkan pelbagai warna dan lorek di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, salah satu medan pertempuran paling hangat untuk aplikasi mudah alih. Retrica, yang membantu merakamkan pengalaman pemandangan penuh, memukau bukan sahaja pengguna umum, tetapi juga pencipta kandungan dengan minatnya terhadap penapis. Setakat Jun 2019, ia telah mencecah 420 juta muat turun terkumpul di seluruh dunia. Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, Retrica telah menarik pelaburan bernilai 6 juta dolar daripada pelbagai pelabur termasuk Bessemer Venture Partners, Goodwater Capital dan Altos Ventures.

Untuk maklumat tambahan, kunjungi laman sesawang Retrica (Retrica.co).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517285-1

Source: Retrica
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services