omniture

Sasol Raikan Pembukaan Kilang Alkosilasi Baharu di China

Sasol Limited
2019-07-12 01:00 81

NANJING, China, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sasol Limited, syarikat kimia dan tenaga bersepadu bertaraf antarabangsa, hari ini mengumumkan pembukaan kilang alkosilasi baharunya di Nanjing. Kemudahan ini – projek peluasan terbesar oleh syarikat di China – akan menambah lebih dua kali ganda kapasiti pengeluaran alkosilasi di wilayah ini dan akan disokong oleh keupayaan penyelidikan dan pembangunan serta sokongan pelanggan teknikal yang semakin berkembang.

En. Bongani Nqwababa, Presiden Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Sasol, Cik Debora Balatseng, Kuasa Usaha Kedutaan Afrika Selatan di China dan Cik Mpho Hlahla, Konsul Besar Shanghai, Konsulat Jeneral Afrika Selatan, menghadiri upacara memotong riben bagi meraikan pencapaian penting ini. Pegawai-pegawai kerajaan China yang hadir di upacara ini termasuk En. Zhou Jinliang, Timbalan Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Nanjing Jiangbei dan En. BIAN Zhongwu, Pengarah Taman Teknologi Tinggi Bahan Baharu Nanjing Jiangbei, berserta eksekutif-eksekutif dan kakitangan Sasol yang lain, rakan-rakan niaga serta para pelanggan.

"Peluasan kami di China mendukung cita-cita perniagaan kimia kami untuk mempelbagaikan kawasan, mengambil bahagian dalam pasaran yang mengalami pertumbuhan tinggi dan berkembang dalam aplikasi-aplikasi berbeza. Selama lebih 25 tahun, kami bergiat aktif dalam menyediakan surfaktan berkualiti tinggi di China yang mana kami dapat melihat peralihan berterusan ke arah segmen-segmen bernilai tinggi dan berbeza," kata Nqwababa.

"Saya yakin bahawa peluasan ini akan membolehkan kami menyokong keperluan pelanggan tempatan dan usaha kami untuk pertumbuhan jangka panjang yang berterusan dalam pasaran baru muncul yang paling penting di dunia dengan lebih baik," tambah beliau.

Terletak di Taman Teknologi Tinggi Bahan Baharu Nanjing Jiangbei (dahulunya dikenali sebagai Taman Perindustrian Kimia Nanjing), pembinaan tapak berkeluasan 35 ekar ini bermula pada Jun 2017 dan kilang ini mencapai operasi bermanfaat pada April tahun ini. Kilang ini akan meluaskan keupayaan alkosilasi semasa Sasol kepada kira-kira 150 kiloton setahun (ktpa) dengan kemudahan-kemudahan tambahan untuk pengeluaran surfaktan anion.

Kilang baharu ini dapat beroperasi menggunakan sama ada alkohol bercabang atau linear bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dalam aplikasi-aplikasi seperti detergen, penjagaan peribadi, tekstil dan kulit, kerja logam dan pelinciran, dakwat, cat dan pelapisan, serta minyak dan gas, perolehan minyak tertingkat dan pembersihan perindustrian.

Sebagai kemudahan pengeluaran milik Sasol pertama sepenuhnya di Asia, Sasol menjadi pengeluar untuk surfaktan, termasuk etoksilat alkohol bukan ionik serta eter sulfat alkohol anion, di China sejak tahun 1992. Projek ini bukan sahaja merupakan peluasan penting bagi jejak operasi semasa Sasol dalam pasaran, tetapi juga merupakan langkah pertama ke arah strategi peluasan yang tangkas dan berbeza untuk perniagaan Kimia Prestasi Sasol di seluruh rantau Asia yang lebih luas.

"Merangkumi teknologi proses yang canggih, kilang ini akan beroperasi mengikut piawaian tertinggi keselamatan, keandalan dan kefleksibelan operasi. Di samping itu, teknologi ini membolehkan kami meminimumkan impak terhadap alam sekitar yang mematuhi langkah-langkah perlindungan alam sekitar ketat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepenuhnya," kata Shentu Hongxing, Naib Presiden Operasi China dan Pengarah Urusan Sasol China. "Kami berharap dapat membuat sumbangan yang lebih besar kepada ekonomi serantau dan alam sekitar yang lebih hijau – kesemua sambil terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan penyelesaian tersuai yang berkualiti tinggi."

Latar Belakang Sasol
Sasol ialah syarikat kimia dan tenaga bersepadu global. Melalui pekerja berbakat kami, kami mewujudkan nilai unggul untuk pelanggan, pemegang saham dan pemegang kepentingan yang lain dengan selamat dan mampan. Kami menyepadukan teknologi canggih dalam kemudahan operasi berskala dunia untuk menghasilkan dan mengkomersialkan komoditi dan kimia khusus, bahan api gas dan cecair.

Dikeluarkan oleh:
Matebello Motloung, Pakar Kanan: Perhubungan Media
Talian terus: +27 (0) 10 344 9256; Tel. Bimbit: +27 (0) 82 773 9457
matebello.motloung@sasol.com 

 

Source: Sasol Limited
Related Stocks:
Berlin:SAOA Dusseldorf:SAOA Frankfurt:SAOA Johannesburg:SOL Johannesburg:SOLBE1 Munich:SAOA NYSE:SSL OTC:SASOF Stuttgart:SAOA
Related Links:
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Corporate Expansion New products/services