omniture

Suncheon, ibu kota ekologi Korea, sasar tarik 10 juta pelancong tahun ini

Suncheon City Hall
2019-07-12 20:08 455

SUNCHEON, Korea Selatan, 12 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Suncheon City Hall melancarkan kempen "Tahun Melawat Suncheon" pada tahun ini di Suncheon, sebuah bandar barat daya yang terkenal sebagai pusat ekologi Korea Selatan, menyasarkan untuk menarik 10 juta pelancong.

This photo provided by Suncheon City Hall shows the Suncheon Bay Wetland Reserve.
This photo provided by Suncheon City Hall shows the Suncheon Bay Wetland Reserve.

 

This photo provided by Suncheon City Hall shows Suncheon Bay National Garden.
This photo provided by Suncheon City Hall shows Suncheon Bay National Garden.

 

This photo provided by Suncheon City Hall shows Naganeupseong Folk Village.
This photo provided by Suncheon City Hall shows Naganeupseong Folk Village.

Pada separuh pertama tahun ini, 4.47 juta orang mengunjungi Suncheon, kira-kira 415 kilometer di bahagian selatan Seoul, manakala Taman Negara Suncheon Bay, taman buatan pertama seumpamanya dan terbesar di Korea, telah menarik kira-kira 3 juta pengunjung setakat 3 Julai tahun ini.

Suncheon, terletak di Wilayah Jeolla Selatan, terkenal dengan Rizab Tanah Lembap Suncheon Bay dan rizab-rizab yang kaya dengan ekologi yang lain serta aset-aset budaya tradisional termasuk Tokong Seonam.

Pelbagai makanan dihasilkan dari kawasan bersih dijangka dapat menambah kepada keseronokan mengunjungi Suncheon, kata pegawai-pegawai perbandaran, meramalkan pertumbuhan selanjutnya dalam kemasukan pelancong pada separuh kedua. Peningkatan bilangan pelancong dijangka mengangkat lagi status Suncheon sebagai hab ekologi global dan ibu kota ekologi Korea Selatan.

Suncheon meraih kemasyhuran antarabangsa pada tahun 2006 apabila Suncheon Bay, kawasan tanah lembap pantai yang mempunyai daratan pasang surut yang luas, padang rumput mensiang, rawang garam dan habitat untuk burung-burung hijrah, menjadi tanah lembap pantai Korea pertama yang dimasukkan ke dalam senarai Ramsar bagi tanah lembap yang dilindungi.

Pada tahun 2018, seluruh bandar ini, termasuk Suncheon Bay dan Taman Ekologi Suncheon Bay, telah ditetapkan sebagai rizab biosfera oleh UNESCO.

Pada tahun 1990-an, Suncheon Bay merupakan kawasan tanah lembap terbiar dengan muara Dongcheon yang menempatkan padang rumput mensiang yang luas dan pelbagai organisma serta haiwan tanah lembap. 

Kawasan teluk ini menarik perhatian orang awam pada tahun 1993 apabila projek pemaju persendirian untuk mengekstrak agregat laut mula diketahui.

Projek tersebut dihentikan lantaran bantahan daripada rakyat dan aktivis alam sekitar yang ingin memelihara padang rumput mensiang teluk ini. Susulan satu tinjauan ekologi pada tahun 1996, Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan menetapkan Suncheon Bay sebagai kawasan pemeliharaan tanah lembap pada tahun 2003.

Burung jenjang berhud, salah satu spesies yang paling terancam di Korea dan tugu semula jadi tetapan negara No. 228, mula dilihat di Suncheon Bay pada tahun 1996 dan sebanyak 2,176 ekor burung jenjang berhud berkunjung ke kawasan ini pada tahun lalu sahaja.

Dengan Suncheon Bay yang semakin popular sebagai destinasi ekopelancongan, semakin ramai pelancong telah berkunjung kawasan ini.

Bandar ini menganjurkan Ekspo Taman Suncheon Bay dan mewujudkan Taman Negara Suncheon Bay bagi tujuan memelihara Rizab Tanah Lembap Suncheon Bay dengan lebih baik.

Ketua-ketua kerajaan di 18 kawasan dalam tujuh negara di mana letaknya tapak Ramsar merancang untuk mengadakan persidangan global di Suncheon mulai 23-25 Oktober.

Tokong Seonam di Gunung Jogye, Suncheon disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada bulan Jun tahun lalu. Tokong ini terkenal dengan Jambatan Seungseon yang ditetapkan sebagai Khazanah Kebangsaan No. 400 dan dikatakan merupakan jambatan batu lengkung yang paling cantik di Korea.

Kampung Rakyat Naganeupseong, ditetapkan sebagai tapak bersejarah No. 302, ialah kubu kota Dinasti Joseon yang masih terpelihara dengan baik, mempunyai rumah-rumah berbumbung jerami dan tempat tinggal harian yang berasal dari kawasan selatan menerusi kawasan dapur, bilik tanah liat dan beranda gaya Korea.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522023-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522023-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522023-1-c

Source: Suncheon City Hall
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel