omniture

Lvliang China terokai laluan untuk pembangunan pengelompokan berkualiti tinggi industri pengekokan

The People's Government of Lvliang City
2019-07-15 20:08 375

LVLIANG, China, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Lvliang, tapak pengekokan penting China di Wilayah Shanxi Province telah memajukan industri pengekokannya ke arah pembangunan pengelompokan berkualiti tinggi, iaitu laluan baharu untuk industri tonggaknya, menurut Seminar Jalur dan Jalan Kedua mengenai Pembangunan Mesra Alam Industri Pengekokan Arang Batu, dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Bandar Lvliang serta diadakan pada hari Sabtu di Bandar Xiaoyi, Wilayah Shanxi.

Satu laporan yang dikeluarkan di seminar ini menunjukkan bahawa output kok di Bandar Lvliang menyumbang kira-kira 25 peratus daripada output keseluruhan Wilayah Shanxi. Menjelang akhir tahun 2018, bilangan perusahaan pengekokan di bandar ini menurun kepada 19, dengan kapasiti pengeluaran kok berjumlah 47.45 juta tan. Perusahaan pengekokan di bandar ini telah memenuhi semua standard had emisi khusus untuk perlindungan alam sekitar.

Dalam usaha untuk memastikan pembangunan pengelompokan dan kawalan perlindungan alam sekitar yang ketat, Lvliang membina tiga tapak kimia arang batu 10 juta tan dan satu tapak untuk 5 juta tan. Taman Industri Kimia Arang Batu Xiaoyi, selaku salah satu tapak berkenaan, setakat ini menjadi tumpuan kepada lebih 90 perusahaan, yang menjana nilai output keseluruhan sebanyak 20.273 bilion yuan setahun.

Wang Liwei, Datuk Bandar untuk Bandar Lvliang, berkata bahawa Lvliang akan terus memperluas industri pengekokan arang batu ke arah pengeluaran berkualiti tinggi, melaksanakan 19 projek industri kimia arang batu moden berkualiti tinggi dengan jumlah pelaburan sebanyak 47 bilion yuan dan berusaha untuk membina kluster industri kimia arang batu moden bernilai 50 bilion yuan.

Source: The People's Government of Lvliang City
Keywords: Banking/Financial Service Mining Mining/Metals Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research