omniture

Spencer Stuart Lancar Unit Baharu Dibentuk daripada Perniagaan Berkaitan Bakat Diperoleh daripada Aon

Spencer Stuart
2019-07-15 21:00 326

CHICAGO, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Spencer Stuart, sebuah firma carian eksekutif dan khidmat nasihat kepimpinan yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran unit perniagaan baharu yang dibentuk daripada perniagaan Budaya & Penglibatan, Penilaian & Pembangunan Kepimpinan serta Sumber Manusia & Khidmat Nasihat Bakat yang diperoleh daripada Aon dalam satu urus niaga yang ditutup pada 1 Julai. Secara kolektif, perniagaan ini membentuk entiti berbeza yang kini dikenali sebagai Kincentric: A Spencer Stuart Company.  

Meskipun namanya baharu, Kincentric mempunyai sejarah yang masyhur dalam membantu pelanggan memupuk perubahan dan mempercepatkan kejayaan melalui pasukan pakar globalnya, pandangan terbukti dan teknologi intuitif.

Kevin Connelly, kini merupakan ketua pegawai eksekutif Kincentric dan bekas pengerusi serta ketua pegawai eksekutif Spencer Stuart berkata: "Nama baharu kami, Kincentric meletakkan individu sebagai tumpuan dalam perniagaan. Kami akan terus memberi tumpuan bagi membantu organisasi-organisasi berubah dari dalam, menyediakan cara baharu untuk menyerlahkan kuasa individu dan pasukan."

Pengalaman mendalam Kincentric melengkapi portfolio khidmat nasihat kepimpinan Spencer Stuart – termasuk penilaian & pembangunan eksekutif, penggantian Ketua Pegawai Eksekutif, keberkesanan pasukan, pembentukan budaya, keberkesanan lembaga dan aspek individu dalam integrasi penggabungan.

Ben Williams, ketua pegawai eksekutif Spencer Stuart, berkata: "Ini merupakan langkah selanjutnya dalam perjalanan kami untuk melanjutkan keupayaan khidmat nasihat kepimpinan kami untuk pelanggan kami. Ketika pemimpin-pemimpin semakin memberi tumpua pada kepimpinan, budaya dan penglibatan untuk mendorong perubahan dan hasil positif dalam organisasi-organisasi mereka, Spencer Stuart dan Kincentric bersama-sama berada di kedudukan unik untuk terlibat dengan pihak Lembaga dan Pegawai-pegawai Atasan dengan lebih mendalam tentang alat untuk peningkatan yang kritikal ini."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perniagaan ini, sila kunjungi www.kincentric.com.

Latar Belakang Spencer Stuart
Di Spencer Stuart, kami mengetahui betapa pentingnya kepimpinan. Kami dipercayai oleh organisasi-organisasi seluruh dunia untuk membantu mereka membuat keputusan kepimpinan peringkat kanan yang memberi kesan berkekalan ke atas perusahaan mereka. Melalui carian eksekutif kami, khidmat nasihat lembaga dan juga kepimpinan, kami membantu membina dan meningkatkan pasukan berprestasi tinggi untuk pelanggan-pelanggan terpilih bermula dengan syarikat-syarikat multinasional utama kepada syarikat-syarikat baru muncul serta institusi-institusi bukan untung.

Milik persendirian sejak tahun 1956, kami menumpu untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, pandangan dan hasil melalui usaha-usaha kolaboratif sepasukan pakar — kini mencakupi lebih 60 pejabat, lebih 30 negara dan lebih 50 bidang pengkhususan amalan. Lembaga dan pemimpin sentiasa mencari Spencer Stuart untuk membantu menangani keperluan kepimpinan mereka yang berkembang dalam bidang-bidang seperti carian eksekutif peringkat kanan, perekrutan lembaga, keberkesanan lembaga, perancangan penggantian, penilaian pengurusan kanan mendalam, penglibatan kakitangan dan banyak lagi aspek budaya dan keberkesanan organisasi. Untuk maklumat lanjut tentang Spencer Stuart, sila kunjungi www.spencerstuart.com.  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946676/Kincentric_Spencer_Stuart_Logo.jpg  

 

Source: Spencer Stuart
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion