omniture

Versi SaaS Penyelesaian Operasi Pembawa Kontena Premium ALLEGRO bakal jadi Pengubah Industri

Model bayar-setiap-penggunaan untuk pelaporan, kebolehcapaian dan pengurusan kos waktu nyata berkuasa
CyberLogitec
2019-07-16 10:00 478

SINGAPURA, 16 Julai 2019 /PRNewswire/ -- CyberLogitec, penyedia yang terkemuka bagi teknologi operasi maritim, pelabuhan/terminal dan logistik, hari ini memperkenalkan SaaS ALLEGRO baharu, penyelesaian operasi pembawa kontena bersepadu.

Penyelesaian ini meluaskan portfolio pengurusan pembawa kontena komprehensif CyberLogitec, yang digunakan oleh pembawa-pembawa global terkemuka seperti Ocean Network Express, Pacific International Lines dan NileDutch. Dengan SaaS ALLEGRO, pembawa kontena akan dapat menikmati kebolehlihatan dan kawalan yang sama daripada rantaian bekalan hujung-ke-hujung mereka di samping hanya membayar untuk fungsi-fungsi modular yang dipilih oleh mereka.

Jason Hyeon, Pengarah Urusan CyberLogitec Global, berkata, "ALLEGRO telah membantu pembawa-pembawa antarabangsa mengubah penggunaan sumber serta hasil kargo dan kami inginkan kejayaan yang sama untuk pembawa-pembawa serantau. Dengan SaaS ALLEGRO, pembawa boleh memilih apa yang diperlukan oleh mereka dan dapat mengelakkan pelaburan CapEx yang besar. SaaS ALLEGRO akan memberi pembawa serantau dengan kedudukan yang baik untuk menyamakan daya saing."

Selain membolehkan proses-proses perkapalan dihoskan pada satu sistem, SaaS ALLEGRO berasaskan awan beroperasi dalam persekitaran operasi yang tangkas dan serasi dengan web serta antara muka yang mesra pengguna, lalu membolehkan pasukan jarak jauh untuk sentiasa mendapat akses mudah kepada data. Memandangkan seluruh rangkaian aktiviti, bermula dengan Tempat Penerimaan kepada Tempat Penyerahan, dikemas kini pada waktu nyata, pembawa dapat mengekalkan kebolehlihatan sepanjang masa terhadap rantaian bekalan secara menyeluruh. Ini menyediakan ruang bagi mempertingkat kecekapan pengendalian dan meningkatkan kawalan pendapatan.

Penyelesaian ini disediakan dalam tiga tahap -- Tahap 1 (Asas), Tahap 2 (Operasi) dan Tahap 3 (Penuh), dengan fungsi-fungsi semakin meningkat pada setiap tahap. Rangkaian pilihan ini membolehkan pembawa memilih penyelesaian yang sesuai dengan keperluan mereka. Tahap 1 disyorkan untuk pembawa yang baru menerokai pendigitalan operasi manakala Tahap 3 dicadangkan untuk pembawa yang inginkan produktiviti maksimum.

SaaS ALLEGRO boleh didapati di seluruh dunia mulai hari ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.cyberlogitec.com

Latar Belakang CyberLogitec

CyberLogitec memperkasakan rantaian bekalan dunia dengan teknologi canggih yang dapat menangani cabaran operasi dan memenuhi permintaan yang berat tuntutannya daripada industri kami. Bermula dengan operasi perkapalan maritim, sistem pengendalian pelabuhan dan terminal kepada penghantaran logistik dan pengurusan gudang, penyelesaian bersepadu kami membantu perniagaan anda bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan operasi yang berubah-ubah. Algoritma termaju daripada teknologi kami mendigitalkan dan mengautomasikan pertukaran data bagi meningkatkan kecekapan, daya saing, produktiviti dan perkhidmatan, tanpa mengira bahagian bekalan global yang anda kendalikan.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190611/2491411-1logo

 

Source: CyberLogitec
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Multimedia/Online/Internet Transportation New products/services