omniture

Vakrangee bakal Tubuhkan Infrastruktur Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Seluruh India

Vakrangee Limited
2019-07-17 12:31 167

MUMBAI, India, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat telah membuat keputusan untuk menubuhkan kemudahan Infrastruktur Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) melalui Outlet-outlet Nextgen Vakrangee Kendra.

Vakrangee mempunyai 3,504 Nextgen Vakrangee Kendra yang berada di 19 negeri, 366 daerah dan 2,186 poskod. Lebih 68% outlet adalah dari bandar-bandar Tahap 5 dan Tahap 6. Sasaran yang dirancangkan oleh mereka adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 75,000 outlet menjelang Tahun Fiskal 2021-22 dan 3,00,000 outlet menjelang Tahun Fiskal 2024-25.

Vakrangee merancang untuk memanfaatkan kehadiran kukuh ini dengan menjadi penggerak untuk kemudahan pengecasan EV melalui jaringan outlet Jualannya yang dikenali sebagai Vakrangee Kendra. Mereka terus memberi tumpuan untuk meluaskan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di Nextgen Vakrangee Kendra eksklusif mereka.

Untuk semua pengendali yang ingin menyediakan perkhidmatan Kenderaan Elektrik di India, adalah lebih baik bagi mereka untuk memanfaatkan infrastruktur pengecasan Vakrangee daripada membina infrastruktur mereka sendiri. Vakrangee turut membina jejak pengecasan besar berasaskan Pan India melalui rangkaian Outlet Nextgen Vakrangee Kendra mereka.

Mengulas tentang hal ini, En. Dinesh Nandwana, Pengerusi Eksekutif berkata bahawa, "Kami percaya sektor kenderaan elektrik ialah satu peluang pertumbuhan yang amat besar untuk tahun-tahun akan datang dan kami ingin bersiap sedia untuk masa depan dengan membangunkan jejak Pan India bagi infrastruktur pengecasan EV. Kami ingin menjadi penggerak dengan menyediakan platform pengedaran untuk kemudahan pengecasan EV melalui perkongsian kami dengan penyedia perkhidmatan EV."

Kerajaan menjangkakan 25 peratus daripada kenderaan keseluruhan di jalan raya merupakan kenderaan elektrik menjelang tahun 2030, yang memerlukan pembinaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang mantap di seluruh negara, menurut Kementerian Hal Ehwal Perumahan Kesatuan dan Bandar. Mengikut garis panduan, sekurang-kurangnya satu stesen disediakan setiap 25 Km di setiap sisi lebuh raya/jalan raya.

Latar Belakang Vakrangee Limited (Kod BSE: 511431) (Kod NSE: VAKRANGEE)

Diperbadankan pada tahun 1990, Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan untuk membina rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan kilometer terakhir untuk menyediakan perkhidmatan perbankan & Perkhidmatan Kewangan waktu nyata, ATM, insurans, e-tadbir urus, e-dagang dan logistik kepada pasaran luar bandar yang tidak mendapat perkhidmatan, separa bandar dan bandar. Kedaid-kedai Kemudahan Digital Terbantu dikenali sebagai "Vakrangee Kendra" yang bertindak sebagai "Kedai sehenti" untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan dan produk.

Vakrangee ialah Syarikat yang disenaraikan pada Bursa Saham Bombay (BSE) dan Bursa Saham Negara (NSE) dengan Permodalan Pasaran Rs. 3819 Kror.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://vakrangee.in/ 

Perhubungan Media: 
Ammeet Sabarwal 
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 India:EQVAKRANGEE India:VAKRANGEE
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Transportation Utilities New products/services