omniture

Infineon dan FuturePlay bersama-sama perkukuh ekosistem syarikat baharu di Korea Selatan

Infineon
2019-07-19 12:28 403

SEOUL, Korea Selatan, 19 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Infineon dan FuturePlay telah menantangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama memperkukuh ekosistem pembangunan perkakasan dan perisian di Korea Selatan dengan membimbing dan memupuk syarikat-syarikat baharu peringkat awal dan pertumbuhan.

Infineon dan FuturePlay akan mengenal pasti kenyataan masalah yang menonjolkan peluang untuk terus membangunkan dan meningkatkan penyelesaian semikonduktor komersial Infineon. Berdasarkan kenyataan masalah ini, FuturePlay akan merujuk kepada syarikat-syarikat baharu daripada sektor-sektor berkaitan teknologi kepada Infineon. Syarikat-syarikat baharu yang dikenal pasti dapat bekerjasama dengan Infineon melalui pelbagai cara. Infineon boleh menawarkan latihan khusus dan akses ke kemudahan makmal. Syarikat-syarikat baharu yang berkaitan secara strategik daripada FuturePlay akan turut disokong dengan sampel produk dan kit pembangunan. Selain itu, Infineon akan menawarkan pakar-pakar bidang khusus teknikalnya dengan penceramah-penceramah di acara-acara FuturePlay dan sebagai mentor-mentor untuk syarikat-syarikat baharu ketika dan apabila diperlukan. Perkongsian ini juga termasuk pengenalan kepada pelanggan Infineon untuk peluang perniagaan atau kolaborasi.

Junghee Ryu, Ketua Pegawai Eksekutif, FuturePlay, berkata: "FuturePlay berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan Infineon, sebuah syarikat teknologi terkemuka dari Jerman, bagi menyokong syarikat-syarikat baharu. Perkongsian ini akan membolehkan FuturePlay mengukuhkan lagi keupayaan inkubasinya untuk syarikat-syarikat baharu dalam bidang teknologi yang mendalam."

"Infineon telah menemui rakan kongsi terbaik dalam FuturePlay sebagai sebuah syarikat bereputasi tinggi antara syarikat-syarikat baharu teknologi tempatan. Perkongsian kami akan membolehkan kami menghubungkan usahawan pintar dan syarikat baharu, untuk memanfaatkan potensi inovasi yang besar di Korea Selatan," kata Chee Seong Chua, Presiden Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd.

"Korea ialah pasaran pertumbuhan utama untuk Infineon dengan permintaan tinggi terhadap penyelesaian kuasa, sensor dan sekuriti serta penyelesaian automotif," kata Scott Lee, Pengarah Urusan Infineon Korea, "Kami ingin memberi tumpuan dalam bidang-bidang sedia ada ini serta mengenal pasti lebih awal sinaran tindakan baharu untuk penyelesaian semikonduktor kami. Dengan menjalin kerjasama dengan FuturePlay, kami bermatlamat untuk berganding bahu dengan usahawan-usahawan yang inovatif dan syarikat-syarikat baharu."

Latar Belakang FuturePlay

Ditubuhkan oleh usahawan-usahawan, FuturePlay ialah pembina syarikat dan pelabur peringkat awal yang memberi tumpuan untuk menginkubasikan syarikat-syarikat baharu dalam teknologi. FuturePlay bermatlamat untuk menyokong individu-individu berbakat dengan "idea dan teknologi", membina syarikat-syarikat baharu teknologi berskala global. FuturePlay berpangkalan di Seoul, Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut tentang FuturePlay, sila kunjungi www.futureplay.co

Latar Belakang Infineon

Infineon Technologies AG ialah peneraju dunia bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci kepada masa depan yang lebih baik. Pada tahun fiskal 2018 (berakhir 30 September), Syarikat melapor jualan kira-kira sebanyak EUR7.6 bilion dan menggaji kira-kira 40,100 kakitangan seluruh dunia. Infineon tersenarai dalam Bursa Saham Frankfurt (simbol saham: IFX) dan dalam pasaran luar sistem bursa saham AS, OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY)

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190619/2502113-1-LOGO?lang=0

Source: Infineon
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Joint ventures