omniture

GEP Menang Penghormatan Tertinggi dalam Perundingan Perolehan di Anugerah Pengurusan Bekalan CIPS Asia di Singapura

GEP
2019-07-20 10:21 227

- Disenarai-pendek dua kali dalam kategori perundingan, GEP menang untuk satu transformasi besar-besaran sumber-untuk-bayar di rantau APAC

CLARK, NJ, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- GEP, sebuah pembekal perisian dan perkhidmatan terkemuka global bagi perolehan dan pengurusan rantaian bekalan untuk perusahaan Fortune 500 dan Global 2000 di seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai pemenang dalam kategori Projek Perundingan Perolehan Terbaik di Anugerah Pengurusan Bekalan CIPS Asia 2019, yang diadakan baru-baru di Singapura.

Dihormati sebagai penanda aras bagi kecemerlangan, Anugerah Pengurusan Bekalan CIPS ialah salah satu pengiktirafan paling berprestij dalam perolehan dan rantaian bekalan.

GEP telah diberi penghormatan untuk mengubah operasi perolehan syarikat CGP Fortune 500, menyampaikan beratus-ratus juta dalam penjimatan hasil keuntungan dan peningkatan besar kecekapan operasi dalam penglibatan berbilang tahun. Satu lagi projek GEP - transformasi sumber-untuk-bayar bagi syarikat F & B global yang besar - juga disenarai pendek untuk anugerah dalam kategori Projek Perundingan Perolehan Terbaik.

GEP, unik di kalangan penyedia penyelesaian perniagaan global, menawarkan penyelesaian transformasi perniagaan bersatu yang menggabungkan keupayaan global dalam perundingan pengurusan strategik, perkhidmatan terurus dan platform perisian perolehan dan rantaian bekalan terkemuka industri -- SMART by GEP®.

Telah lama diiktiraf sebagai pemimpin pemikiran dalam bidang perolehan dan rantaian bekalan, GEP rutin menerima markah yang tinggi daripada penganalisis bagi penggunaan teknologi digital yang inovatif dan sangat berkesan dalam operasi dan perkhidmatan penghantaran.

Latar Belakang GEP

GEP membantu perusahaan global beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan, memperoleh kelebihan daya saing, meningkatkan keuntungan, dan memaksimumkan perniagaan dan nilai pemegang saham.

Pemikiran segar, produk inovatif, domain yang tiada tandingan dan kepakaran subjek, dan pekerja yang pintar dan bersemangat - ini adalah cara GEP mencipta dan menyampaikan penyelesaian rantaian bekalan bersatu pada skala, kuasa dan keberkesanan yang terunggul.

Dinamakan sebagai Pemimpin dalam Gartner Magic Quadrants, Pemenang untuk Perisian Perolehan Terbaik dan Penyedia P2P Terbaik di Anugerah Perolehan Dunia, dan Pembekal Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Perolehan EPIC, GEP sering dihormati sebagai penginovasi dan pemimpin dalam sumber-untuk-bayar dan perisian perolehan tidak langsung oleh Gartner, Forrester, IDC, Procument Leaders, Spend Matters, PayStream dan Ardent Partners.

GEP juga diberikan kedudukan sebagai pemimpin dalam perkhidmatan perolehan terurus (penyumberan luar perolehan) oleh Everest Group, NelsonHall, IDC, ISG, HFS dan IAOP. Di samping itu, firma penyelidikan utama dalam sektor perundingan pengurusan, ALM Intelligence, meletakkan GEP sebagai pemimpin dalam strategi perolehan dan perundingan rantaian bekalan.

Dengan 18 pejabat dan pusat operasi di EMEA, Asia dan benua Amerika, GEP yang berpangkalan di Clark, New Jersey membantu perusahaan di seluruh dunia merealisasi objektif strategik, operasi dan kewangan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai perkhidmatan strategik dan terurus komprehensif kami, sila layari www.gep.com. Untuk maklumat lanjut mengenai SMART by GEP, platform sumber-untuk-bayar bersepadu natif-awan kami, sila lawati www.smartbygep.com.

Hubungan Media

Al Girardi
Naib Presiden, Perhubungan Pemasaran & Penganalisis
GEP
Telefon: +1 732-382-6565
E-mel: al.girardi@gep.com

Source: GEP
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards