omniture

Wavecell Diambil Alih oleh 8x8, Dayakan 8x8 Tembusi Pasaran Platform-sebagai-satu-Perkhidmatan (CPaaS) Komunikasi Global dan Menambah kepada Platform Komunikasi Awan Utama Industri

Wavecell luaskan platform awan, teknologi tunggal 8x8 untuk sertakan keupayaan penyediaan perkhidmatan dan API untuk SMS, Aplikasi Sembang, Suara dan Video
Wavecell Pte. Ltd.
2019-07-22 09:31 299

SINGAPURA, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- 8x8, Inc. (NYSE: EGHT), penyedia awan yang terkemuka bagi penyelesaian suara, video, sembang dan pusat perhubungan untuk lebih satu juta pengguna di seluruh dunia, hari ini mengumumkan pemerolehan Wavecell Pte. Ltd. milik persendirian, penyedia Platform Komunikasi-sebagai-satu-Perkhidmatan (CPaaS) global yang berpangkalan di Singapura, untuk kira-kira USD $125 juta dalam bentuk tunai dan saham. Pemerolehan ini menyediakan 8x8 dengan platform teknologi yang mantap dan perniagaan pendapatan dengan pertumbuhan tinggi untuk meneruskan CPaaS ke peringkat global dan menunjukkan pengembangan semula jadi perniagaan awan 8x8 daripada Komunikasi Seragam-sebagai-satu-Perkhidmatan (UCaaS), Pusat Perhubungan-sebagai-satu-Perkhidmatan (CCaaS) dan Video ke dalam pasaran CPaaS.

Wavecell dijangka terus mempercepatkan pertumbuhan 8x8, meluaskan kehadiran antarabangsanya dan mengukuhkan keupayaan teknologi syarikat dalam komunikasi awan. Pemerolehan ini meluaskan kehadiran 8x8 ke dalam pasaran Asia Tenggara yang berkembang pesat, termasuk Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Hong Kong, dengan kumpulan pekerja berbakat dan lebih 500 pelanggan perusahaan termasuk Paidy, Lalamove dan Tokopedia. Wavecell turut membawa pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Asia yang membolehkan 8x8 terus mempercepatkan pertumbuhan dalam inovasi dan penyerahan produk.

"8x8 kini merupakan satu-satunya penyedia awan yang memiliki tindanan teknologi penuh, berskala global, natif awan yang menawarkan penyelesaian suara, video, pemesejan dan pusat perhubungan yang disediakan secara aplikasi diprapakej dan sebagai API kelas-perusahaan. Kami teruja untuk mengalu-alukan pekerja Wavecell ke dalam keluarga 8x8. Kini kami memiliki kehadiran pasaran signifikan di Asia dan berharap untuk terus berkembang di rantau ini dan seluruh dunia bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang," kata Vik Verma, Ketua Pegawai Eksekutif 8x8, Inc.

"Dengan pemerolehan Wavecell, kini kami dapat menawarkan pelanggan dengan API kelas-perusahaan, membawa penyelesaian CPaaS kepada platform komunikasi global kami," kata Dejan Deklich, Ketua Pegawai Produk 8x8, Inc.

"Kami berasa gembira untuk menjadi sebahagian daripada 8x8, salah satu platform komunikasi awan yang terkemuka di dunia. Kini adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan peluasan global perkhidmatan UCaaS, CCaaS dan CPaaS untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami untuk perkhidmatan komunikasi dan untuk terus mendorong inovasi yang lebih besar," kata Olivier Gerhardt, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Wavecell.

Terma-terma Transaksi dan Kesan Kewangan 

Di bawah terma-terma perjanjian, 8x8 memperoleh Wavecell untuk jumlah pertimbangan kira-kira sebanyak USD $125 juta, yang menunjukkan beberapa kali ganda kurang daripada 4x pendapatan tahun 2019  Wavecell yang dianggarkan. Ini merangkumi kira-kira USD $69 juta dalam bentuk tunai dan kira-kira USD $56 juta dalam saham biasa 8x8, yang mana kira-kira $12 juta saham biasa tertakluk kepada sekatan letak hak tertentu sepanjang tempoh tiga tahun. Harga belian tertakluk kepada pelarasan biasa serta penangguhan pembayaran dan pengaturan eskrow bagi setiap terma perjanjian.

Menuju masa depan, Syarikat mengharapkan perniagaan Wavecell memberi hasil akretif kepada kadar pertumbuhan pendapatan 8x8 dan memberi kesan minimum kepada kerugian sebelum cukai bukan-GAAP tahun fiskal penuh 2020.

Penafian Kenyataan Pandang Ke Hadapan 

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini berkaitan dengan, antara perkara lain, peluasan kehadiran 8x8 di peringkat antarabangsa, termasuk Asia Tenggara, pertumbuhan pendapatan masa depan yang dijangkakan daripada Wavecell dan pemecutan pertumbuhan pendapatan 8x8, peluasan perniagaan awan 8x8 ke pasaran CPaaS, pertumbuhan masa depan dalam inovasi dan penyerahan produk, penyepaduan dan peningkatan produk masa depan antara produk Wavecell dan 8x8, panduan yang dikeluarkan sebelum ini oleh 8x8, serta jangkaan 8x8 bahawa pemerolehan Wavecell akan memberi hasil akretif kepada kadar pertumbuhan pendapatan 8x8 dan memberi kesan minimum kepada kerugian sebelum cukai bukan-GAAP tahun fiskal penuh. Kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa, anggaran dan unjuran 8x8 tentang perniagaan dan industrinya, kepercayaan pengurusan dan andaian tertentu yang dibuat oleh 8x8, kesemuanya tertakluk kepada perubahan. Kenyataan pandang ke hadapan umumnya dapat dikenal pasti menerusi penggunaan terminologi pandang ke hadapan seperti "masa depan", "percaya", "menjangkakan", "mungkin", "akan", "berhasrat", "menganggarkan", "terus" atau ungkapan serupa atau berlawanan daripada istilah atau ungkapan berkenaan. Kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidaktentuan, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh kenyataan pandang ke hadapan. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara termasuk penerimaan pelanggan dan tuntutan terhadap perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi awan kami, kualiti dan keandalan perkhidmatan kami, pembatalan pelanggan dan kadar pulangan pelanggan, kebolehan kami mengembangkan perniagaan, risiko berkaitan dengan strategi dan objektif kami untuk operasi masa depan, termasuk pelaksanaan pelan penyepaduan dan realisasi faedah-faedah yang dijangkakan daripada pemerolehan kami, masa dan tahap penambahbaikan dalam keputusan pengendalian daripada peningkatan perbelanjaan dalam pemasaran, jualan serta penyelidikan dan pembangunan, serta faktor-faktor berpotensi lain yang dijelaskan di bawah "Faktor-faktor Risiko" termasuk Laporan Tahunan 8x8 pada Borang 10-K untuk tahun berakhir pada 31 Mac 2019 dan dokumen-dokumen lain 8x8, Inc. yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (disediakan di www.sec.gov). 8x8 mengingatkan anda untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar kepada kenyataan pandang ke hadapan, yang hanya menunjukkan analisis dan tepat hanya setakat tarikh ini. 8x8 tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan bagi menunjukkan peristiwa atau keadaan yang mungkin timbul selepas tarikh siaran media ini, kecuali dikehendaki oleh undang-undang.

Latar Belakang 8x8, Inc. 

Penyelesaian awan 8x8, Inc. (NYSE: EGHT) membantu perniagaan mengubah pengalaman pelanggan dan pekerja mereka. Dengan satu sistem penglibatan untuk suara, video, sembang dan pusat perhubungan serta satu sistem kecerdasan pada satu platform teknologi, perniagaan kini boleh berkomunikasi dengan lebih pantas dan lebih pintar untuk melangkaui kepantasan jangkaan pelanggan. Untuk maklumat tambahan, layari www.8x8.com, atau ikuti 8x8 di LinkedIn, Twitter dan Facebook.

8x8® dan 8x8 X Series™ ialah tanda dagangan 8x8, Inc.

Source: Wavecell Pte. Ltd.
Related Stocks:
NYSE:EGHT
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers