omniture

Melabur dalam Masa Depan Industri Tenusu Thailand: Yili Alu-alukan Kakitangan Chomothana ke China untuk Penggabungan Budaya dan Latihan Operasi

Yili Group
2019-07-25 06:10 269

HOHHOT, China, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Yili Group, sebuah syarikat tenusu terkemuka yang disenaraikan di Shanghai (SHA: 600887), melancarkan program latihan Chomthana, yang menyaksikan pengurus dan wakil kakitangan daripada pengedar ais krim dan makanan sejuk beku yang terbesar dan paling terkenal di Thailand mengunjungi Yili Group China untuk menjalankan integrasi budaya jenama dan mempelajari tentang keadaan operasi kumpulan keseluruhan di Ibu Pejabat Global Yili di Inner Mongolia mulai 10 hingga 14 Julai lalu.

Melabur dalam Masa Depan Industri Tenusu Thailand: Yili Alu-alukan Kakitangan Chomothana ke China untuk Penggabungan Budaya dan Latihan Operasi
Melabur dalam Masa Depan Industri Tenusu Thailand: Yili Alu-alukan Kakitangan Chomothana ke China untuk Penggabungan Budaya dan Latihan Operasi

Seramai empat belas anggota kakitangan daripada sembilan jabatan termasuk pengeluaran, kualiti, tenaga, sumber manusia, import & eksport, penyelidikan dan jualan mengambil bahagian dalam kursus latihan budaya syarikat dan teknologi baru muncul selama lima hari di ibu pejabat Yili.

"Kami dengan sukacitanya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan nilai dan budaya teras Yili kepada pasukan kami di Thailand, membolehkan mereka merasai kemesraan menjadi sebahagian daripada pasukan global seramai 50,000 orang," kata kakitangan daripada Jabatan Sumber Manusia Yili Group. "Saya berharap lawatan ini akan membolehkan mereka memahami misi Yili dan tumpuan kami untuk menggunakan teknologi terkini dalam usaha mencipta sumber yang paling canggih dan dipercayai di dunia bagi pemakanan tenusu dan inovasi dalam industri ini."

Dengan memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran kakitangannya, syarikat mengkhusus kepada pembangunan bakat pada skala global, melahirkan bukan sahaja pakar-pakar yang mengkhusus dalam bidang merentas seluruh rantaian perindustrian, tetapi juga kemahiran baharu untuk menawarkan lebih banyak pilihan yang profesional buat diri mereka sendiri. Pada Mei 2019, "Anugerah Kecemerlangan dalam Amalan" disampaikan kepada Yili oleh Persatuan Pembangunan Bakat (ATD), sebuah persatuan bukan untung yang menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang membangunkan bakat di tempat kerja, sebagai pengiktirafan kepada peranannya dalam mencipta bakat global dalam industri tenusu.

Kami percaya dengan apa yang kami saksikan dan perolehi melalui lawatan ini, kami bersedia untuk meningkatkan tahap protokol pengurusan keseluruhan kami di Chomthana dan menyediakan lebih banyak produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi di Indonesia bersama-sama Yili Group," kata En. Thanapol, Pengurus Pengeluaran daripada Chomthana.

Setelah mewujudkan sumber global, inovasi dan sistem pemasaran serta pendekatan pembangunan bakat premium berdasarkan strateginya, syarikat ini akan terus melabur bagi meluaskan pembangunan bakat, berusaha untuk menyediakan setiap kakitangan dengan set kemahiran yang akan menyediakan asas kukuh bagi tujuan pembangunan industri tenusu.

Latar Belakang Yili

Bermula pada tahun 1956, Yili Group merupakan pengeluar produk tenusu yang terbesar di China dengan lebih 60 tahun pembangunan. Kini, Yili menduduki tempat pertama di Asia menurut Rabobank 2018 "Global Diary Top 20" dan merupakan satu-satunya firma tenusu yang menawarkan perkhidmatan untuk kedua-dua sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk. Menggunakan teknologi, Yili menyasarkan untuk membina platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama penyelidikan Industri-Universiti yang terkemuka di dunia untuk industri makanan Kesihatan. Yili dianugerahkan "amalan terbaik China dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)" oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia pada tahun 2017 dan menduduki tempat ketiga dalam senarai "50 Terbaik Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia" oleh Brand Finance pada tahun 2019. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190723/2531923-1?lang=0

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages