omniture

Bekas eksekutif kanan General Motors jadi Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Syarikat Baharu EV Seres

Seres
2019-07-25 10:48 351

SAN FRANCISCO, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Bekas eksekutif kanan General Motors James Taylor mengambil tempat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama syarikat baharu kenderaan elektrik (EV) China, Seres, dan beliau memperkenalkan pelarasan dan rancangan baharu syarikat  kepada sekumpulan pelawat dari Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang China.

Pasukan Silicon Valley masih meneraju penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat meskipun telah menghapuskan 17 jawatan, dan pasukan ini sedang mengusahakan teknologi bateri generasi seterusnya dan model kereta baharu, kata Taylor.

Seawal tahun 2016, apabila Seres menubuhkan pejabat di Amerika Syarikat, ia memngambil keputusan membangunkan teknologi teras EV berasaskan teknologi tanah tinggi Silicon Valley, kata Taylor.

Tiga tahun selepas pemupukan, syarikat Amerika Seres telah membentuk tatasusun pembangunan global dalam empat negara dengan Silicon Valley sebagai teras dan melengkapkan R&D teknologi teras pemanduan-elektrik secra bebas, seperti motor, kawalan elektrik dan bateri, jelas Taylor.

Lebih 1,000 pencapaian teknologi syarikat sedang memohon atau telah memperoleh paten teknikal di China dan di AS, menurut beliau.

Taylor juga mendedahkan beliau akan bertemu dengan pembuat kenderaan AS yang lain untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dalam bidang elektrifikasi kenderaan.

Semasa berkhidmat sebagai eksekutif kanan General Motors, Taylor memimpin rekaan inovatif dan penambahbaikan teknologi model baharu Cadillac, yang menyumbang kepada kemunculan semula jenama ini.

Memberi maklum balas terhadap laporan media terdahulu yang menyatakan bahawa syarikat telah membuang 90 pekerja di pejabat Silicon Valleynya, Taylor menjelaskan hanya 47 pekerjaan yang dibuang di seluruh AS dan ia merupakan pelarasan yang perlu dilaksanakan mengikut rancangan baharu syarikat dan keadaan pasaran yang berubah.

Beliau sementara itu berkata: "Seres telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran versi pengeluaran SF5 crossover di AS kerana ketidaktentuan pasaran AS kekal, dan syarikat akan menumpu kepada pelancaran produk di China." Apabila keadaan pasaran kembali memberangsangkan, model ini akan dilancarkan di AS.

Sebelum ini dikenali sebagai SF Motors, Seres merupakan unit EV bagi Chongqing Sokon Industry Group (Sokon) China.

 

Source: Seres
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements