omniture

Halodoc selesaikan pusingan pembiayaan strategik, tatkala ia terus perluas portfolio perkhidmatannya

Halodoc
2019-07-29 09:16 753

  • Pelabur-pelabur strategik untuk pusingan Siri B+ termasuk Bill & Melinda Gates Foundation, salah satu dana kebajikan yang terbesar di dunia, Allianz X dan Prudential

JAKARTA, Indonesia, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Halodoc, platform penjagaan kesihatan dalam talian tempatan Indonesia, telah memperoleh pembiayaan tambahan daripada pelabur-pelabur strategik termasuk Bill & Melinda Gates Foundation, Allianz X dan Prudential. Allianz dan Prudential menyediakan perkhidmatan insurans di Indonesia dan merupakan pengguna perkhidmatan Halodoc. Dana ini akan digunakan untuk melanjutkan komitmen Halodoc bagi memudahkan penjagaan kesihatan melalui teknologi di Indonesia.

Halodoc completes strategic funding round, as it continues to expand its portfolio of services
Halodoc completes strategic funding round, as it continues to expand its portfolio of services

 

Halodoc telah mengumpul tiga pusingan pembiayaan daripada pelabur-pelabur institusi, dengan pembiayaan paling terkini ditutup awal tahun ini, dipimpin oeh UOB Venture Management. Pelabur-pelabur lain dalam pusingan pembiayaan ini termasuk Singtel Innov8, Korea Investment Partners dan WuXi AppTec. Pelabur-pelabur sedia ada seperti Go-Ventures, BliBli, Openspace Ventures dan Investidea turut mengambil bahagian. Secara keseluruhan, Halodoc telah mengumpul hampir USD100 juta (sekitar IDR1,4 Trilion).

Halodoc mengendalikan platform mudah alih untuk pesakit-pesakit mengakses doktor-doktor pada bila-bila masa dalam sehari dan penyerahan farmasi di seluruh 50 bandar, serta perkhidmatan makmal di rumah, lalu meningkatkan kebolehcapaian kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah, berpatutan dan andal. Secara purata, Halodoc berkhidmat kepada sekitar 7 juta pesakit sebulan di seluruh Indonesia dengan 80% pesakit menetap di luar dari bandar-bandar utama Jakarta dan Surabaya.

"Sebagai aplikasi penjagaan kesihatan dalam talian dengan misi untuk memudahkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, perkongsian strategik ini akan membantu meningkatkan kualiti dan bilangan pilihan penjagaan kesihatan yang disediakan kepada penduduk Indonesia yang tinggal di luar dari bandar-bandar utama, khususnya di luar Jawa yang mana infrastruktur penjagaan kesihatan kurang mantap. Halodoc bermatlamat untuk belajar daripada rekod prestasi Bill & Melinda Gates Foundation yang telah lama wujud dalam bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan amalan terbaik serta meningkatkan kualiti hidup di seluruh dunia," kata Jonathan Sudharta, Ketua Pegawai Eksekutif Halodoc.

"Sedia maklum dengan kesukaran kebolehcapaian kemudahan penjagaan kesihatan di Indonesia, Halodoc komited terhadap inisiatif baharu bersama pelabur-pelabur kami, untuk membantu penduduk Indonesia mengakses perkhidmatan kesihatan dengan lebih mudah. Kami berharap agar kami dapat bersama-sama membawakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi serta berpatutan di seluruh Indonesia," tambah Jonathan

"Halodoc berjaya mendorong transformasi digital dalam industri penjagaan kesihatan Indonesia melalui pendekatan holistiknya terhadap perjalanan pesakit dan rakan-rakan kongsi strategik yang mantap seperti Allianz dan GO-Jek," tambah Carsten Middendorf, Pengarah Pelaburan di Allianz X. "Pelaburan ini menekankan komitmen kami terhadap perniagaan yang transformatif dalam pasaran-pasaran baru muncul serta menyediakan insurans yang berpatutan kepada masyarakat yang kurang mendapat kemudahan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Halodoc merentas pelbagai vertikal dan membantu mengukuhkan operasi dan jaringan mereka dalam pasaran Asia Tenggara yang lebih luas."

"Di Allianz, keperluan pelanggan diutamakan," kata Todd Swihart, Pengarah Urusan Penyelesaian Kesihatan & Korporat Allianz, Allianz Life Indonesia. Melalui perkongsian yang strategik dengan Halodoc ini, kami akan mengukuhkan perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Digital sepanjang masa kami dan meluaskan Ekosistem Kesihatan kami yang melengkapi rangkaian perkhidmatan kesihatan kami serta jaringan penyedia penjagaan kesihatan. Dengan menyediakan pelanggan akses menyeluruh kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, kami akan berupaya meluaskan perlindungan insurans kepada lebih ramai penduduk Indonesia."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190723/2531806-1-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190723/2531806-1logo?lang=0

 

Source: Halodoc
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Insurance Internet Technology Financing agreements