omniture

Acara menandakan 100 hari hingga CIIE

China International Import Expo
2019-08-02 16:52 347

SHANGHAI, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kini, hanya tinggal kurang daripada 100 hari sehingga pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kedua. Acara pemadanan pra-ekspo untuk pempamer dan pembeli telahpun diadakan di Shanghai pada 26 Julai, yang mana sekitar 100 buah syarikat yang terlibat dalam industri makanan, pertanian dan penjagaan kesihatan hadir ke acara tersebut untuk mempamerkan produk mereka serta bertemu dengan bakal pembeli.

Acara menandakan 100 hari hingga CIIE
Acara menandakan 100 hari hingga CIIE

Lebih 60 negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam astaka negara bagi CIIE kedua yang berlangsung di Shanghai mulai 5 hingga 10 November, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan pada 26 Julai.

Perkhidmatan pos kebangsaan China, dengan kerjasama Biro Ekspo Import Antarabangsa China mengeluarkan 5,000 keping poskad khas bagi mengalu-alukan kedatangan pempamer serta pembeli ke CIIE kedua pada 25 Julai.

Di samping itu, pihak penganjur ekspo mengumumkan beberapa dasar sokongan dan mendedahkan butiran tentang kerja-kerja persediaan untuk CIIE kedua.

Pentadbiran Am Kastam telah menubuhkan pejabat khas di lokasi ekspo – Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan untuk memantau prosedur kelulusan untuk pameran asing dan menyediakan perkhidmatan sehenti untuk syarikat-syarikat yang mengadakan pameran di ekspo ini.

Selain itu, 13 dasar telahpun diperkenalkan untuk menjadikan prosedur kastam lebih mudah untuk ekspo tahun ini manakala senarai item yang disekat dan item yang dilarang telahpun disiarkan pada laman sesawang rasmi mereka.

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar telah menyelaraskan prosedur untuk meluluskan import dan eksport tumbuhan dan haiwan akuatik yang terancam ke perbandaran Shanghai.

Pentadbiran Harta Intelek Shanghai berkata ia akan memberi keutamaan bagi mengkaji semula permohonan daripada pempamer ekspo dan ia akan menyediakan tetingkap perkhidmatan khas di lokasi ekspo.

Ekspo ini merupakan ekspo peringkat kebangsaan pertama di dunia yang dikhususkan untuk import. Tahun lalu, ekspo pertama melabuhkan tirai dengan nilai hasrat perjanjian yang masuk mencecah lebih $57.8 bilion dalam setahun.

Lebih 3,000 syarikat asing dari 150 negara dan wilayah telah mengesahkan penyertaan mereka dalam CIIE kedua, menurut Sun Chenghai, timbalan pengarah biro CIIE.

Sejumlah 39 misi perdagangan domestik yang terdiri daripada hampir 600 misi sub-perdagangan dari wilayah, daerah berautonomi dan perbandaran turut dibentuk, kata beliau, menambah bahawa pendaftaran untuk pengunjung profesional telah dibuka sejak 1 Julai yang lalu.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2540965-1?lang=0

Source: China International Import Expo
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news