omniture

LONGi capai kedudukan kebolehuntungan mencatat rekod dalam keputusan Bloomberg NEF terkini

LONGi Solar
2019-08-08 21:06 540

XI'AN, China, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- LONGi Solar, subsidiari LONGi Green Energy Technology Co., Ltd, telah mencatatkan kedudukan kebolehuntungan yang tertinggi seumpamanya dalam Kebolehuntungan Modul & Penyongsang Solar Bloomberg New Energy Finance (BNEF) 2019 yang dikeluarkan baru-baru ini.

 

LONGi capai kedudukan kebolehuntungan mencatat rekod dalam keputusan Bloomberg NEF terkini
LONGi capai kedudukan kebolehuntungan mencatat rekod dalam keputusan Bloomberg NEF terkini

BNEF meninjau bank, dana, pemaju, EPC dan firma ketekunan wajar teknikal yang menyenaraikan 48 pengeluar modul yang dianggap oleh mereka sebagai menguntungkan (iaitu boleh digunakan dalam projek solar dengan hutang bukan rekursa). Dalam keputusan 2019, LONGi meningkat dengan ketara kepada 91%, yang tertinggi seumpamanya, penunjuk jelas berhubung kematangan LONGi sebagai jenama yang kukuh dalam industri.

LONGi turut menerima "bintang" yang menunjukkan Kad Skor Keandalan Modul PV 2019 PV Evolution Labs (PVEL) "Pelaksana Terbaik". Modul-modul LONGi meraih gelaran "Pelaksana Terbaik" antara keempat-empat kategori ujian PVEL iaitu haba lembap, kitaran haba, beban mekanikal dan ujian degradasi teraruh berpotensi (PID).

BNEF turut menamakan "15 jenama Modul PV Terbaik digunakan dalam projek pembiayaan pinjaman berjangka" sejak 1 Julai 2017. Tiga jenama terkemuka membekalkan hampir 5GW tawaran dibiayai berjangka. LONGI ialah jenama kedua paling banyak digunakan dengan 1,447 MW tawaran dibiayai.

LONGi turut disenaraikan sebagai pengeluar modul paling mempunyai kepercayaan kredit. BNEF menggunakan skor Altman-Z - kombinasi nisbah kewangan - untuk mengakses kebolehpercayaan kredit pengeluar. Ia merupakan penunjuk risiko sesebuah syarikat memfailkan kebankrapan dalam tempoh dua tahun akan datang. LONGi dinilai pada skor 3.1 yang menunjukkan tahap kesihatan kewangan yang kukuh dan kebarangkalian kebankrapan adalah amat tipis. Skor Altman-Z LONGi merupakan yang tertinggi antara pengeluar-pengeluar modul bidang khusus.

Selain kebolehuntungan dan keandalan LONGi, firma turut beroperasi secara meluas sebagai salah satu pengeluar solar yang terbesar dari segi kapasiti pengeluaran sedia ada dan yang dirancang. Menurut analisis berterusan oleh PV Tech tentang pengumuman pengembangan kapasiti global, jumlah kapasiti pemasangan modul jenama LONGi Solar dijangka melangkaui 13GW pada tahun 2019, menjadi pengeluar modul yang terbesar di dunia dengan pengembangan terkini.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545758-1?lang=0

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities