omniture

Sistem Minyak Mentah Pertengahan AS Terkemuka Oryx Umum Pelaburan $550 Juta daripada QIA

Qatar Investment Authority
2019-08-08 22:59 233

MIDLAND, Texas, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Oryx Midstream Services (Oryx), pengendali minyak mentah pertengahan milik persendirian yang terbesar di Lembangan Permian, hari ini mengumumkan bahawa rakan sekutu Qatar Investment Authority (QIA) telah memperoleh kepentingan yang besar dalam Oryx daripada rakan sekutu Stonepeak Infrastructure Partners (Stonepeak). Selain itu, QIA menyatakan komitmen untuk melabur dalam pembangunan Oryx bersama Stonepeak.Jumlah pelaburan QIA dalam Oryx akan mencecah kira-kira $550 juta.

 

QIA Oryx Stonepeak Investment
QIA Oryx Stonepeak Investment

 

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, Oryx mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengendali pertengahan yang utama di Lembangan Permian, di Barat Daya AS. Sistem Oryx mengangkut minyak mentah ke hab pasaran bagi tujuan penghantaran utama ke Pantai Teluk. Sistem ini membantu dalam pembekalan kilang penapisan domestik dan pasaran eksport AS yang semakin berkembang. Setelah bahagian sistem yang sedang dibangunkan siap sepenuhnya, jumlah kapasiti pengangkutan Oryx akan melangkaui 900,000 tong sehari dan mengakses pelbagai pilihan bawa pulang, memberikan pelanggan dengan kefleksibelan perkhidmatan berbeza yang diperlukan oleh mereka untuk memaksimumkan nilai pengeluaran mereka. Pasukan Oryx komited terhadap piawaian tinggi keselamatan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar apabila ia menyediakan perkhidmatan yang tekal dan andal kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif QIA, Mansoor Al-Mahmoud, mengulas: "Kami percaya bahawa Oryx mewakili platform pertengahan yang kukuh dengan potensi pertumbuhan yang amat besar dan kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi baharu kami di Stonepeak. Pemerolehan ini merupakan satu demonstrasi selanjutnya strategi QIA untuk meningkatkan saiz portfolio AS kami dan untuk melabur lebih banyak dalam projek-projek infrastruktur utama."

Perkongsian ini merupakan yang terkini dalam siri pelaburan yang dijalankan oleh QIA di seluruh AS yang mana QIA menyasarkan untuk meningkatkan pelaburan kepada $45 bilion pada tahun-tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Oryx, Brett Wiggs, mengulas, "Pelaburan dan komitmen penting daripada QIA bersama sokongan operasi dan modal yang kukuh daripada Stonepeak akan membolehkan kami untuk terus mengembangkan jejak kami di Lembangan Permian dan membawakan tahap perkhidmatan tertinggi kepada pelanggan semasa dan masa depan. Kami teruja untuk memimpin Oryx dalam perkongsian bersama pelabur-pelabur bertaraf dunia ini."

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Stonepeak, Michael Dorrell mengulas, "Kami berbesar hati dengan adanya QIA melabur bersama Stonepeak bagi menyokong pembangunan berterusan Oryx. Kami percaya Oryx ialah platform strategik yang berkedudukan unik dan aset infrastruktur Amerika Utara yang penting. Stonepeak dan Oryx kekal fokus untuk menyediakan perkhidmatan pertengahan yang kritikal bagi menampung pengeluaran Permian yang semakin berkembang dan juga komitmen QIA terhadap Oryx dapat melanjutkan matlamat ini dengan penuh bermakna."

White & Case LLP berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada QIA. Sidley Austin LLP berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada Stonepeak.

Latar Belakang Qatar Investment Authority (QIA) 

Qatar Investment Authority ialah Kumpulan Wang Kekayaan Berdaulat yang terkemuka di dunia yang menawarkan kekuatan ekonomi untuk generasi-generasi masa depan Qatar. QIA merupakan penyumbang utama bagi merealisasikan Wawasan Negara Qatar 2030, dengan berusaha untuk mempelbagaikan dan memaksimumkan pelaburan jangka panjang dan pertumbuhan mampan. Menerusi komitmen global dan pemegang kepentingan QIA, kakitangan QIA, warganegara dan warga antarabangsa, beroperasi menurut piawaian kewangan dan prinsip-prinsip pelaburan tertinggi. Pelaburan QIA bertanggungjawab secara sosial, ekonomi dan alam sekitar yang memandang melangkaui pulangan jangka pendek, tatkala QIA meneruskan pembangunan yang lebih luas, inovatif dan seimbang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.qia.qa.

Latar Belakang Oryx Midstream Services 

Oryx Midstream yang berpangkalan di Midland ialah pengendali minyak mentah pertengahan milik persendirian yang terbesar di Lembangan Permian. Syarikat memiliki dan mengendalikan sistem pengumpulan dan pengangkutan minyak mentah yang disokong oleh hampir satu juta ekar di bawah dedikasi jangka panjang daripada lebih 20 pelanggan. 2.1 juta tong simpanan sistem dan kira-kira 1,200 batu saluran paip yang digunakan dan sedang dibina mencakupi lapan daerah di Texas dan dua daerah di New Mexico. Dipimpin oleh pasukan berpengalaman dengan lebih 160 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas, Oryx berdedikasi untuk menyediakan pengeluar dengan penyelesaian dan kefleksibelan melalui suit penuh perkhidmatan pertengahan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.oryxmidstream.com.

Latar Belakang Stonepeak Infrastructure Partners 

Stonepeak Infrastructure Partners ialah sebuah firma ekuiti persendirian bertumpu infrastruktur dengan aset bawah pengurusan mencecah lebih $15 bilion dan mempunyai pejabat-pejabat di Houston, New York dan juga Austin. Stonepeak melabur dalam perniagaan dan projek dengan aset fizikal berkekalan yang menyediakan perkhidmatan penting kepada pelanggan dan berusaha untuk aktif menjalin kerjasama dengan pasukan pengurusan berkualiti tinggi, memudahkan penambahbaikan operasi dan menyediakan modal untuk inisiatif pertumbuhan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.stonepeakpartners.com.

Penafian

Beberapa kenyataan dalam siaran media ini mungkin merupakan kenyataan pandang ke hadapan atau kenyataan dengan jangkaan masa depan berdasarkan maklumat yang tersedia masa kini. Kenyataan sedemikian biasanya tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan. Faktor-faktor seperti perkembangan keadaan ekonomi umum, keadaan pasaran masa depan, peristiwa kerugian bencana luar biasa, perubahan dalam pasaran modal dan keadaan-keadaan lain boleh menyebabkan peristiwa atau keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding yang dijangkakan oleh kenyataan sedemikian. Stonepeak, QIA dan Oryx tidak membuat apa-apa perwakilan atau jaminan, yang dinyatakan atau tersirat, mengenai ketepatan, kesempurnaan atau status yang dikemas kini dalam kenyataan sedemikian. Oleh yang demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun Stonepeak, QIA, Oryx atau mana-mana syarikat-syarikat bersekutu masing-masing tidak akan dipertanggungjawabkan kepada sesiapa sahaja atas apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil lantaran maklumat dan/atau kenyataan dalam siaran media ini atau untuk apa-apa ganti rugi yang berkaitan.

 

QIA Oryx Stonepeak Investment
QIA Oryx Stonepeak Investment

 

QIA Oryx Stonepeak Investment
QIA Oryx Stonepeak Investment

 

QIA Oryx Stonepeak Investment
QIA Oryx Stonepeak Investment

 

 

 

 

Source: Qatar Investment Authority
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Venture Capital