omniture

Mahkamah A.S. Berpihak kepada Agility dalam Kes Fitnah KGL

Agility Public Warehousing Company KSCP
2019-08-09 01:40 192

Mahkamah Pennsylvania Sahkan Perintah 2018 berpihak kepada Agility

BANDAR RAYA KUWAIT, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Minggu lalu, mahkamah negeri di Amerika Syarikat mengekalkan perintah mahkamah rendah yang memihak kepada Agility dalam kes yang timbul setelah surat pemberi maklumat memaklumkan kerajaan A.S. tentang hubungan perniagaan yang terjalin antara KGL dan entiti-entiti Iran milik negeri.

Mahkamah Atasan Pennsylvania menolak rayuan KGL terhadap penghakiman ringkasan mahkamah rendah yang memihak kepada Agility dalam tuntutan fitnah yang dibawa oleh KGL pada tahun 2012. Kedua-dua syarikat merupakan penyedia perkhidmatan logistik yang memegang kontrak-kontrak kerajaan A.S.

Dalam mengesahkan pelepasan ini, Mahkamah Atasan mengiktiraf kesimpulan mahkamah perbicaraan bahawa "tiada isu sebenar berhubung fakta penting bahawa penegasan fakta..berkaitan hubungan KGL dengan entiti-entiti Iran sebahagian besarnya adalah benar."

Keputusan oleh Mahkamah Atasan Pennsylvania ialah satu kemenangan untuk hak pemberi maklumat dan untuk ketelusan dalam kontrak kerajaan.

Mahkamah Atasan mengesahkan penemuan oleh mahkamah rendah bahawa surat-surat yang dihantar oleh Agility kepada pelbagai agensi dan pejabat kerajaan A.S. yang mengurus hal-hal yang menimbulkan kebimbangan orang awam serta mengandungi ucapan politik yang dilindungi, selain maklumat tentang hubungan KGL dengan entiti-entiti Iran yang umumnya tidak dipertikaikan.

Mahkamah perbicaraan asal menolak dakwaan KGL pada tahun 2018 selepas memutuskan bahawa KGL gagal menunjukkan bahawa ia telah mengalami kemudaratan lantaran tindakan oleh Agility.

Latar Belakang AGILITY
Agility ialah sebuah syarikat logistik bertaraf global dengan pendapatan tahunan mencecah $5.1 bilion dan menggaji 26,000 kakitangan di lebih 100 negara. Ia merupakan salah satu penyedia penghantaran barang angkut dan logistik kontrak terkemuka di dunia, dan sebuah peneraju dan pelabur dalam teknologi untuk meningkatkan kecekapan rantaian bekalan. Agility ialah perintis dalam pasaran baru muncul dan salah satu pemilik dan pemaju persendirian yang terbesar bagi pergudangan dan taman perindustrian ringan di Timur Tengah, Afrika dan Asia. Syarikat-syarikat subsidiari Agility menawarkan logistik bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, pengurusan hartanah dan kemudahan komersial, pendigitalan kastam, dan perkhidmatan infrastruktur jarak jauh.

Untuk maklumat lanjut tentang Agility, kunjungi www.agility.com 
Twitter: twitter.com/agility 
LinkedIn: linkedin.com/company/agility 
YouTube: youtube.com/user/agilitycorp

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946505/Agility_Public_Warehousing_Company_Logo.jpg

Source: Agility Public Warehousing Company KSCP
Related Links:
Keywords: Transportation Legal issues