omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao: Cipta produk dan platform budaya dengan tarikan global

Perfect World Co., Ltd.
2019-08-09 18:51 498

SHANGHAI, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada malam menjelang Ekspo & Persidangan Hiburan Digital China (ChinaJoy) ke-17, Perfect World mengadakan sidang akhbar di Shanghai. Bertepatan dengan ulang tahun ke-15 Perfect World, sidang akhbar berkenaan bertemakan "Aspirasi untuk Masa Depan."

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao berkata di sidang akhbar ini bahawa misi bimbingan syarikat dari awal adalah untuk membolehkan pengguna menikmati gaya hidup bermanfaat yang dapat dijayakan melalui kemajuan dalam teknologi, digandingkan dengan inovasi dalam seni dan kreativiti. Misi ini akan kekal supaya Perfect World dapat terus berkhidmat kepada pengguna seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Xiao
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert Xiao

Menumpu pada tiga perniagaan senaraian utama: filem dan TV, permainan dan e-sukan

Perfect World mula melancarkan perniagaan permainan pada tahun 2004. Judul pertamanya Perfect World mencapai kejayaan yang belum pernah dikecapi sebelum ini untuk enjin 3D proprietarinya, yang pertama seumpamanya di China, selain untuk kandungan berbahasa Cina tradisionalnya daripada The Classic of Mountains and Seas, menyumbang kepada kemunculan awal industri permainan Cina. Pada tahun 2008, Perfect World memulakan perniagaan filem dan TV pada tahun 2018 dan sejak itu berkembang pesat menjadi penerbit kandungan filem, siri TV dan rancangan aneka ragam yang berkualiti tinggi.

Sejak 15 tahun lalu, firma ini diiktiraf oleh pengguna atas keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pengeluaran luar biasanya biarpun berdepan dengan persaingan industri yang sengit, sementara penggunaan strategiknya yang berpandangan jauh telah membuka laluan untuk penerimaan pendekatan baharu untuk pembangunan berterusan syarikat.

Sebagai sebahagian daripada hala tujunya untuk tahun 2019, Perfect World sedang merancang pelancaran beberapa siri TV termasuk Youth FightSingle QueenThe Legendary TavernFearlessFlight Test HeroLegend of YouthMeng Jian Ji,Skate Into LoveAnother MeThe Best of You In My MindLove Under the MoonHomelandGuardian AngelYear After YearBurningChinese Peacekeeping Force dan Bi Hai Dan Xin, selain filem-filem Happy Little Submarine: Space Pals dan The Whistleblower dan juga rancangan aneka ragam Back to Field 3.

Untuk perniagaan permainannya, produk-produk utama Perfect World tahun ini termasuk judul-judul mudah alih Return of the Condor Heroes 2Forsaken WorldAlbireoNew SwordsmanNew Fantasy Zhu XianPerfect World Mobile dan ReEvolve. Permainan konsol Human: Fall Flat dan Absolver juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Selain perniagaan filem dan TV serta permainan, Perfect World telah meraih kedudukan yang kukuh dalam sektor e-sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat bukan sahaja merupakan satu-satunya pengedar rasmi untuk judul-judul e-sukan terkenal DOTA2 dan CS:GO, tetapi juga terus mewujudkan acara-acara e-sukan berprofil tinggi seperti Kejohanan Asia DOTA2. Khususnya, Kejohanan DOTA2 Antarabangsa (TI9), dianjurkan oleh Valve Corporation di bawah bimbingan Perfect World, akan dimulakan di Shanghai bulan ini. Setakat ini, Perfect World telah menjadi salah sebuah syarikat e-sukan yang terkemuka.

Memperkenalkan falsafah "Lima Tambahan" buat julung kalinya

Perfect World merupakan antara firma hiburan pertama yang berkembang melangkaui sempadan pasaran asal dan, sebagai langkah pertama dalam pelan tindakan globalisasinya, Perfect World menubuhkan subsidiari milik penuh di AS pada tahun 2008. Sepanjang 11 tahun lalu, firma ini telah membawa produk-produknya ke lebih 100 negara dan wilayah dengan pasaran-pasaran utama berada di AS, Eropah dan Asia. Perfect World mempunyai lebih 20 subsidiari di seluruh dunia, terutamanya di AS, Belanda, Perancis, Korea Selatan dan Jepun. Ia juga merupakan syarikat Cina pertama yang menjalin perkongsian jangka panjang dengan salah satu studio "Big Five" di Hollywood.

Dr. Xiao mengenangkan kembali, "Perfect World dapat melihat korelasi antara pertumbuhan syarikat dan peningkatan minat dalam budaya Cina di seluruh dunia. Dengan begitu ramai kakitangan, pengguna dan rakan kongsi berkualiti tinggi dalam pasaran luar negara, secara dasarnya kami telah menyelesaikan penerimaan global kami dan memasuki tahap penyepaduan sumber global dengan lebih cekap dan mengeluarkan produk-produk bertaraf dunia yang menarik."

Mengulas tentang eksport kebudayaan, Dr. Xiao berkata bahawa apa yang diusahakan oleh syarikat-syarikat adalah sama ada produk-produk kebudayaan mereka menarik, menekankan bahawa mereka yang berjaya dalam pengembangan global mereka perlu membangunkan pemahaman mendalam tentang nilai paling lazim yang menyatukan semua anggota manusia bersama-sama.

Buat julung kalinya, beliau menghuraikan falsafah "Lima Tambahan" Perfect World, yang dipecahkan kepada "batasan tambahan" yang mempromosikan penyediaan sumber global, "teknologi tambahan" yang mencipta pengalaman baharu dalam penggunaan hiburan bertemakan kebudayaan, "kediaman tambahan" yang meningkatkan tarikan budaya Cina, "format tambahan" yang mencapai penyepaduan berbilang format serta "perasaan tambahan" yang menekankan tanggungjawab sosial.

Di sidang akhbar berkenaan, Dr. Xiao berkata bahawa Perfect World merancang untuk menumpu pada tiga bidang pada masa depan. Pertama sekali, syarikat akan terus mempromosikan perniagaan e-sukannya. Selain mengendalikan produk-produk e-sukan dan meningkatkan acara e-sukan, ia akan meneroka model perniagaan yang terpelbagai dan meningkatkan pelaburan dalam pendidikan e-sukan, mempromosikan pertukaran budaya antara golongan muda di seluruh dunia.

Keduanya, syarikat akan mematuhi strategi globalisasinya, memperkenalkan produk-produk berkualiti yang merupakan campuran versi dengan tarikan aliran utama dalam banyak pasaran dan disetempatkan bagi memenuhi jangkaan pengusaha dalam segmen-segmen pasaran berbeza. Ketiga, syarikat akan membina kluster perindustrian, mempromosikan model-model berbeza untuk penyepaduan rentas sempadan dengan tumpuan pada teknologi, IP dan pengguna yang membentuk aspek teras penonton, kata beliau.

Sejak 15 tahun lalu, Perfect World bukan sahaja memperoleh pengiktirafan pengguna atas keupayaan R&D serta pengeluaran luar biasanya, tetapi juga kelebihan unik yang terkumpul hasil pewujudan kluster perindustrian. Hari ini, Perfect World sentiasa menginovasi. Sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Xiao di sidang akhbar berkenaan, syarikat perlu terus mencipta produk dan platform kebudayaan dengan tarikan global, yang mencerminkan misinya berkaitan pengembangan berterusan ke dalam pasaran dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2541003-1?lang=0

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news