omniture

Yoma Bank sasar revolusikan perbankan di Myanmar sambil promosikan peminjaman bertanggungjawab, manfaatkan penyelesaian keputusan Experian

Experian
2019-08-16 09:00 384
  • Berusaha untuk mengubah akses pasaran besar-besaran kepada pinjaman tidak bercagar melalui penyelesaian Smart Credit mereka, membolehkan pelanggan mengawal proses membuat keputusan kredit mereka sendiri
  • Permohonan pinjaman diproses oleh platform Pembawaan Digital Onboarding Experian, dengan keputusan kelulusan dibuat melalui enjin Decisioning Experian
  • Perjalanan pembawaan disepadukan dalam aplikasi perbankan mudah alih Yoma Bank untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Yoma Bank, salah sebuah bank swasta yang terbesar di Myanmar, bersama-sama Experian, peneraju dunia bagi perkhidmatan maklumat, telah merevolusikan dan menjadikan pemberian pinjaman tidak bercagar lebih mudah diakses di Myanmar menerusi peningkatan penyelesaian Smart Credit. Smart Credit ialah produk pertama seumpamanya di Myanmar yang menawarkan pemberian pinjaman tidak bercagar kepada pelanggan pasaran besar-besaran dan akan membantu menyediakan akses kewangan yang lebih besar kepada penduduk yang tidak menggunakan perkhidmatan perbankan di negara tersebut.  

Yoma Bank is working with Experian to make unsecured lending more accessible to consumers in Myanmar.
Yoma Bank is working with Experian to make unsecured lending more accessible to consumers in Myanmar.

Dengan hampir 54 juta penduduk dan bilangan warga Myanmar dengan akses kewangan formal hanya 48%, menurut dapatan daripada kajian "Making Access Possible, (MAP) 2018", terdapatnya potensi besar untuk institusi-institusi pemberian pinjaman di Myanmar melonjak secara digital, menyesuaikan saluran dan perkhidmatan mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan meskipun di kawasan luar bandar, lalu mendorong rangkuman kewangan. Pertumbuhan ini didorong terutamanya oleh peningkatan pesat dalam penggunaan telefon pintar dan penembusan internet. Dengan penyelesaian Smart Credit, Yoma Bank dan Experian menjadi peneraju untuk menyediakan perkhidmatan digital bagi tujuan peminjaman, pembayaran dan simpanan, di samping mempromosikan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab. Pemberian pinjaman yang bertanggungjawab dapat membantu melindungi pelanggan daripada mengambil hutang dalam keadaan mereka tidak mampu untuk membuat bayaran balik.

Menggunakan aplikasi perbankan mudah alih Yoma Bank, yang pantas, tangkas dan boleh diskala, pelanggan boleh memohon pinjaman peribadi tidak bercagar melalui platform Digital Onboarding Experian. Keputusan kelulusan diproses oleh enjin Decisioning Experian. Enjin berkenaan menghuraikan skor kredit berasaskan permintaan waktu sebenar dan memberi keputusan kredit berkaitan untuk permintaan mikropeminjaman. Ia mengambil daripada pelbagai sumber data yang unik kepada pasaran-pasaran yang sedang membangun seperti Myanmar, menggabungkan data daripada pengendali mudah alih pelanggan, data perbankan terdahulu, demografi dan data yang dilaporkan sendiri.

Platform permohonan pinjaman Smart Credit direka untuk membolehkan pelanggan mengawal proses membuat keputusan kredit mereka sendiri, dengan setiap kelulusan adalah berdasarkan perbankan individu, simpanan dan tingkah laku transaksi pelanggan. Perkongsian Smart Credit membolehkan Yoma Bank dengan keupayaan untuk memanfaatkan data alternatif untuk membuat keputusan pemberian pinjaman yang lebih baik dan berdasarkan penyelesaian Digital Onboarding amalan terbaik Experian.

Dev Dhiman, Pengarah Urusan, Pasaran Asia Tenggara & Baru Muncul, Experian berkata, "Penyelesaian Smart Credit membawakan inovasi dalam pasaran seperti Myanmar dengan data awam yang terhad tentang pelanggan atau perniagaan yang tersedia dan merupakan produk pertama seumpamanya untuk mempelopori akses kepada pinjaman tidak bercagar untuk pengguna dengan cara yang mudah dan automatik secara meluas."

"Perkongsian kami dengan Yoma Bank memperkukuh tumpuan kami terhadap pemberian pinjaman yang bertanggungjawab, meluaskan keterlihatan pemberi pinjaman dan meningkatkan akses kredit. Ia turut mengesahkan dan mengukuhkan komitmen berterusan Experian terhadap Myanmar dengan mendayakan dan memperdalam akses kepada perkhidmatan perbankan kewangan formal untuk berjuta-juta penduduk di negara berkenaan," tambah beliau.

Keupayaan penyelesaian keputusan Experian akan membantu menyediakan pandangan kredit pengguna yang lebih komprehensif kepada pelanggan tanpa maklumat kredit dengan peningkatan potensi terhadap keterangkuman kredit, menerusi keupayaan untuk memanfaatkan jenis baharu data alternatif untuk penilaian risiko, di samping menyediakan pandangan unik bagaimana akaun menunjukkan prestasi pada peringkat awal dalam hubungan kredit.  

"Penyelesaian Smart Credit akan membolehkan Yoma Bank memperoleh pelanggan perbankan runcit baharu. Platform ini juga tangkas, lalu membolehkan bank untuk bertindak balas pantas terhadap perubahan dalam sasaran atau kriteria kredit. Menuju masa depan, kami berharap agar ini akan turut mendorong pelanggan untuk menggunakan aplikasi perbankan mudah alih kami secara tetap," kata Mark Flaming, Ketua Pegawai Digital, Yoma Bank. "Experian memiliki rekod prestasi yang cemerlang menerusi pewujudan perjalanan pembawaan dan enjin keputusan di seluruh dunia. Kami teruja dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan rakan kongsi sealiran untuk meningkatkan kehidupan pengguna di seluruh negara," tambah beliau.

Penyelesaian Smart Credit dapat menyingkirkan kertas kerja yang rumit, membolehkan permohonan pinjaman selesai hanya dalam beberapa minit. Platform tersebut telah membolehkan Yoma Bank memperoleh 1,100 pelanggan perbankan runcit baharu sehari – meningkat daripada 500 pelanggan sehari enam bulan lalu. Pertumbuhan pemerolehan pelanggan mencecah 120 peratus dalam enam bulan pertama sejak pelancaran penyelesaian berkenaan. Dalam tempoh tiga bulan, pelanggan mencapai purata 15 transaksi sebulan untuk produk-produk Yoma Bank

Dibina pada platform pemberian pinjaman boleh diskala, penyelesaian tersebut direka bagi memenuhi keperluan pasaran Myanmar yang pelbagai dari segi geografi dan menjadikannya lebih mudah untuk pengguna memasuki ekosistem kewangan Yoma Bank. Tawaran digital yang dipertingkat akan melengkapi 70 cawangan fizikal Yoma Bank di Myanmar, lalu meningkatkan akses kewangan untuk perniagaan kecil-kecilan selain individu-individu yang tidak menggunakan perkhidmatan perbankan di seluruh negara tersebut.

Yoma Bank dan Experian baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pencapaian Perniagaan The Asian Banker bagi kategori "Inisiatif, Aplikasi atau Program Data dan Analitik Terbaik 2019" di Program Anugerah Inovasi Teknologi Kewangan 2019. Upacara penganugerahan telahpun diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan (The Future of Finance Summit), mesyuarat tahunan utama untuk pembuat-pembuat keputusan dalam industri perkhidmatan kewangan di rantau Asia Pasifik, diadakan di Bangkok pada 30 Mei 2019.

 

Latar Belakang Experian 

Experian ialah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Semasa detik-detik penting dalam kehidupan - bermula dengan membeli rumah atau kereta, atau menghantar anak ke kolej, mengembangkan perniagaan dengan berhubung bersama pelanggan baharu - kami memperkasa pengguna dan pelanggan kami untuk mengurus data mereka dengan yakin. Kami membantu individu-individu untuk melakukan kawalan kewangan dan mengakses perkhidmatan kewangan, perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih pintar dan berkembang maju, pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab dan organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti. 

Kami mempunyai 16,500 kakitangan yang beroperasi merentas 39 negara dan setiap hari kami melabur dalam teknologi baharu, individu berbakat dan inovasi bagi membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang. Kami disenaraikan pada Bursa Saham London (EXPN) dan merupakan sebahagian daripada FTSE 100 Index.

Ketahui lebih lanjut di http://www.experian.com.my/ atau kunjungi hab kandungan global kami di blog berita global kami untuk mendapatkan berita dan pandangan terkini daripada Kumpulan.

Latar Belakang Yoma Bank

Ditubuhkan pada tahun 1993, Yoma Bank ialah bank domestik yang paling progresif di Myanmar. Sejak beberapa tahun lalu, Yoma Bank membuat pelaburan penting dalam keutamaan strategik - individu, teknologi dan tadbir urus korporat. Yoma Bank ialah bank kelima terbesar di Myanmar menerusi aset-aset dengan lebih 3000 kakitangan dan 80 cawangan di seluruh negara. Pada tahun 2015, Yoma Bank menjalin perkongsian strategik dengan Telenor (syarikat telekomunikasi asing terbesar Myanmar) untuk membangunkan perkhidmatan kewangan digital seluruh negara melalui pembentukan Wave Money, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan mudah alih. Yoma Bank komited terhadap rangkuman kewangan di Myanmar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190806/2542897-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190805/2542897-1LOGO-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190806/2542897-1LOGO-b?lang=0

 

Source: Experian
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology