HONG KONG, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hadiah LUI Che Woo -- Hadiah untuk Peradaban Dunia mengumumkan tiga penerima bagi tahun 2019. Dipuji atas pencapaian luar biasa mereka bagi menggalakkan peradaban dunia demi dunia yang lebih baik, penerima-penerima bagi tahun 2019 ialah:
Sidang akhbar pengumuman penerima Hadiah LUI Che Woo 2019 dihoskan oleh Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi Hadiah LUI Che Woo, yang diiringi oleh Dr. Moses Cheng Mo-chi, ahli Lembaga Gabenor dan Profesor Lawrence J. Lau, Pengerusi Jawatankuasa Cadangan Hadiah.
Hadiah Kemampanan 2019 dianugerahkan kepada The Nature Conservancy. Sebuah pertubuhan bukan untung alam sekitar global dengan misi "untuk melindungi daratan dan perairan yang menjadi pergantungan semua hidupan", The Nature Conservancy menghimpunkan sektor berbeza untuk bersama-sama menangani cabaran terbesar dan paling penting dalam alam semula jadi seperti perubahan iklim. The Nature Conservancy memajukan usaha pemuliharaan melalui teknologi canggih, perkongsian dan dasar bagi mencapai hasil yang bertahan lama. Dengan sokongan daripada lebih 400 saintis dan lebih satu juta ahli, tugas pemuliharaannya membuat capaian meluas ke 72 negara dalam enam benua; sejak penubuhannya pada tahun 1951.
Di Hong Kong, The Nature Conservancy memupuk dan memperkasa pemimpin-pemimpin alam sekitar masa depan, memberi kesan kepada lebih 400 pelajar Hong Kong di 77 sekolah menerusi aktiviti Pendidikan.
Cik Sally Jewell, Ketua Pegawai Eksekutif The Nature Conservancy, berkata, "Rakan-rakan sejawat saya dan saya sendiri amat berbesar hati kerana dapat menjadi penerima Hadiah LUI Che Woo untuk Kemampanan. Mencipta sebuah dunia yang mana penduduk dan alam semula jadi dapat berkembang maju merupakan satu cabaran yang amat besar dan The Nature Conservancy bersyukur atas undi keyakinan ini terhadap kerja-kerja kami. Penerimaan Hadiah ini akan menambah momentum penting kepada usaha-usaha kami untuk mencapai misi kami – melindungi daratan dan perairan yang menjadi pergantungan semua hidupan."
Hadiah Pembaikan Kebajikan 2019 dianugerahkan kepada Dr. Jennifer A. Doudna. Seorang ahli biokimia Amerika, Dr. Doudna ialah pencipta bersama CRISPR-Cas9 -- teknologi penyuntingan genom revolusioner yang membolehkan bahan genetik dimasukkan, dikeluarkan atau diubah dalam sel haiwan dan tumbuhan. Lebih pantas, lebih murah dan lebih tepat berbanding mana-mana alatan penyuntingan gen terdahulu, CRISPR-Cas9 telah digelar sebagai salah satu penemuan yang paling hebat di dunia. CRISPR-Cas9 dapat menjadi kunci untuk merawat atau mencegah penyakit-penyakit genetik yang diwarisi seperti sista fibrosis atau penyakit sel sabit, selain penyakit-penyakit yang lebih rumit seperti kanser, penyakit jantung dan juga HIV. Teknologi tersebut juga boleh membantu merekayasa tumbuhan yang mampu bertahan terhadap perubahan iklim dan tanaman dengan nilai pemakanan yang lebih baik. Aplikasi-aplikasi berpotensinya untuk meningkatkan kebajikan manusia adalah amat luas dan usaha oleh Dr. Doudna telahpun memberi harapan kepada berjuta-juta individu di dunia.
Dr. Doudna berkata, "Saya berasa gembira untuk menerima pengiktirafan ini daripada Hadiah LUI Che Woo yang mengiktiraf teknologi CRISPR-Cas9. Pengiktirafan peringkat antarabangsa seperti ini dapat menginspirasikan dan menyokong kemajuan saintifik yang dapat memperbaiki kebajikan penduduk seluruh dunia. Bagi pihak pelajar-pelajar saya, rakan-rakan sejawat dan rakan-rakan kerjasama saya, kami menghargai anugerah ini dan peluang untuk menekankan keperluan untuk masyarakat kita menggunakan teknologi CRISPR dengan bertanggungjawab."
Hadiah Tenaga Positif 2019 dianugerahkan kepada Cik Fan Jinshi. Cik Fan mendapat gelaran "Anak Perempuan Dunhuang" atas dedikasi beliau dalam mengkaji dan memelihara Grotto Mogao di Dunhuang, China yang merupakan tapak budaya penting yang menempatkan salah satu koleksi budaya Buddha yang paling penting di dunia. Seorang wanita yang jarang dilihat dalam bidang beliau, Cik Fan telah mengatasi banyak cabaran sosial dan kewangan; dan kekal komited terhadap tugas beliau dengan berani selama 56 tahun – membuat kemajuan hebat dalam pemahaman arkeologi dan sejarah tentang khazanah budaya yang penting ini. Sumbangan utama beliau terhadap pemeliharaan digital dan penyebaran luas telah dapat menakrifkan piawaian baharu untuk pemeliharaan budaya yang berjaya. Tenaga positif beliau dan keazaman yang tidak berbelah bahagi ketika berdepan dengan halangan, kesukaran dan kesusahan telah menginspirasikan ramai orang.
Cik Fan berkata, "Penerimaan Hadiah LUI Che Woo merupakan satu penghormatan yang besar. Kerja-kerja saya selama bertahun-tahun untuk Grotto Mogao dilakukan bukan untuk diri saya, sebaliknya sebagai khidmat untuk budaya, seni dan sejarah mengagumkan yang dirangkumkan oleh tapak unik ini. Saya berharap agar kemenangan Hadiah LUI Che Woo dalam kategori Tenaga Positif akan menggalakkan semua orang untuk memberi pertimbangan dengan lebih kuat tentang kepentingan warisan bersama kita dan hubungan sebagai penduduk dunia."
Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi Hadiah LUI Che Woo berkata, "Saya amat berbesar hati untuk mendedahkan dan meraikan bersama-sama tiga penerima Hadiah LUI Che Woo 2019 kami. Setiap penerima telah membuat sumbangan besar kepada peradaban dunia – meningkatkan kemampanan, memperbaiki kebajikan manusia dan menggalakkan tenaga yang positif. Saya dengan seikhlas hati mengucapkan tahniah kepada para penerima dan saya amat terhutang budi kepada Majlis Hadiah, Jawatankuasa Cadangan Hadiah dan Panel Pemilihan atas usaha-usaha bersepadu mereka untuk membantu kami mengiktiraf penerima-penerima luar biasa ini. Kami akan bersama-sama melangkah ke hadapan menerusi misi kami untuk menyemai benih muhibah dan menggunakan platform antarabangsa Hadiah LUI Che Woo untuk membantu membina masa depan yang lebih baik."
Upacara Penyampaian Anugerah bagi Hadiah LUI Che Woo 2019 akan berlangsung pada 3 Oktober 2019. Wakil-wakil daripada The Nature Conservancy, Dr. Jennifer A. Doudna dan Cik Fan Jinshi akan diberi penghormatan secara rasminya menerusi anugerah-anugerah masing-masing.
Dalam pada itu, tempoh pencalonan untuk Hadiah LUI Che Woo 2020 akan bermula pada September tahun ini. Jemputan-jemputan akan dihantar kepada lebih 1,000 penama, termasuk ketua universiti, institusi akademik dan organisasi profesional. Pencalonan akan dipertimbangkan tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara (untuk individu), atau lokasi (untuk organisasi).
Untuk aset multimedia, sila muat turun di pautan berikut: https://www.webcargo.net/l/pYIDYgM6UY/
Latar Belakang Hadiah LUI Che Woo
Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo pada tahun 2015, Hadiah LUI Che Woo – Hadiah untuk Peradaban Dunia ialah anugerah rentas sektor bertaraf antarabangsa untuk memajukan peradaban dunia dan mengilhamkan orang ramai demi membina dunia yang lebih harmoni. Anugerah inovatif ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu mahupun organisasi di serata dunia atas sumbangan luar biasa dan menggalakkan kesinambungan usaha tersebut menerusi tiga objektif: pembangunan dunia yang mampan, pembaikan kebajikan umat manusia dan galakan terhadap sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga yang positif.
Setiap penerima hadiah menerima anugerah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi. Setiap Hadiah dianugerahkan kepada satu penerima, sama ada individu mahupun organisasi.
Hadiah LUI Che Woo dikelolakan dan diurus oleh LUI Che Woo Prize Limited, sebuah syarikat amal yang dihadkan menerusi jaminan yang diperbadankan di Hong Kong.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.luiprize.org
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-e?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190819/2535704-1-f?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1LOGO?lang=0