omniture

Gavin Bambury dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif OANDA

OANDA
2019-08-23 07:00 546

LONDON, 23 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Peneraju global bagi perkhidmatan perdagangan berbilang aset dalam talian serta data dan analitik mata wang, OANDA Global Corporation dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan pemimpin industri Gavin Bambury sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada hari Isnin 26 Ogos 2019. Berpangkalan di London, beliau akan turut berkhidmat sebagai pengarah dalam Lembaga OANDA Global Corporation.

Gavin Bambury, Ketua Pegawai Eksekutif OANDA
Gavin Bambury, Ketua Pegawai Eksekutif OANDA

Dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam teknologi kewangan dan sektor perdagangan, Bambury pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepimpinan di institusi-institusi kewangan bertaraf dunia termasuk Citibank dan Deutsche Bank. Beliau turut menghabiskan masa selama enam tahun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ion Trading Technologies, sebuah syarikat perisian perdagangan dengan pendapatan melebihi EUR250 juta. Beliau menyertai OANDA daripada Integral Development Corporation.

Pengerusi Lembaga, Tim Howkins mengulas, "Kami amat gembira untuk mengalu-alukan Gavin ke OANDA. Seorang ahli profesional berpengalaman, beliau menggabungkan pengetahuan mendalam tentang teknologi kewangan dengan pemahaman yang tiada tandingan dalam sektor perdagangan, yang akan menjadi amat bernilai ketika kami terus melaksanakan visi strategik firma pada tahun-tahun akan datang."

Bambury menambah, "Saya berasa gembira untuk menyertai OANDA, sebagai jenama bertaraf dunia yang memberi tumpuan pada pelanggannya, syarikat telah menikmati kejayaan yang luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya yakin kami dapat membangunkan asas-asas ini, dan melalui pelaburan, secara organik dan tidak organik, kami akan meluaskan liputan global kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan kami, membolehkan kami untuk terus menjadi peneraju yang dipercayai dalam FX."

Latar Belakang OANDA

Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA ialah syarikat pertama yang berkongsi data kadar pertukaran secara percuma di Internet, melancarkan platform dagangan FX yang membantu merintis pembangunan perdagangan mata wang berasaskan web lima tahun kemudian. Hari ini, firma ini menyediakan perdagangan berbilang aset dalam talian, data dan analitik mata wang kepada pelanggan jualan runcit dan korporat, menunjukkan kepakaran yang tiada tandingan dalam pertukaran asing. Dengan entiti-entiti dikawal selia dalam enam pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, OANDA tetap berdedikasi untuk mengubah perniagaan pertukaran asing. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi oanda.com atau ikuti kami di Twitter, Facebook atau YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190821/2557709-1?lang=0

Source: OANDA
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology